resepi ikan siakap 3 rasa simple 1

Dah lama tercari-cari resepi ikan siakap 3 rasa simple? Jangan risau anda telah membuat pilihan yang tepat untuk klik artikel ni hehe. Saya akan kongsikan resepi ni yang gerenti sedap kerana menggunakan cili kering.

Ehh sedap ke kalau guna cili kering dalam resepi ni? Haa itu la anda kena cuba masak dan rasa dulu. Baru anda semua tahu kenapa ramai orang suka guna cili kering dalam resepi ni.

Mmm yummy!!! Dengan membayangkannya sahaja boleh membuatkan perut saya berkeroncong. Saya yakin perut anda pun tengah berkeroncong sekarang ni kan?

resepi-ikan-siakap-3-rasa-simple-2 Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Simple Jer. Gerenti Sedap Guna Cili Kering
liputan6.com

Hehehe mana saya tahu? Ala tak perlu nak nafikan la. Siapa jer tak tergoda lihat resepi ikan siakap 3 rasa simple?

Lagi-lagi kalau yang tengok saja pun dah nampak sedap. Belum masak lagi tu hehe. Kalau dah siap masak dan ada kat depan mata.

Pasti terus terkam sampai tak sempat tengok orang kiri kanan kan? Hehehe nak terkam pun tiada masalah tapi doa makan jangan lupa. Doa makan mesti dibaca setiap kali sebelum dan selepas makan.

resepi-ikan-siakap-3-rasa-simple-2 Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Simple Jer. Gerenti Sedap Guna Cili Kering
antiribet.com

Kalau kita amalkan baca doa makan. InshaAllah makanan yang masuk dalam perut kita lagi berkat serta membawa kebaikan kepada kita. Jadi mulai hari ni jom kita sama-sama amalkan membaca doa makan?

Semoga kehidupan kita lagi berkat dan sejahtera selepas ni. Nak memasak resepi ikan siakap 3 rasa simple. Sudah semestinya kita memerlukan ikan siakap yang segar.

Kalau tiada ikan siakap anda boleh jer gantikan dengan ikan talapia. Semua ikan ni rasanya sungguh sedap dan sesuai dimasak untuk resepi ni. Nak membeli ikan siakap@talapia kita kena tahu tanda ikan segar terlebih dahulu.

resepi-ikan-siakap-3-rasa-simple-2 Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Simple Jer. Gerenti Sedap Guna Cili Kering
semuanyajdt.com

Baru la ikan yang dibeli betul-betul segar, fresh dan berkualiti. Bila dimasak resepi ni pasti lagi enak tau. Perghh dah terbayang ni rasa isi ikan fresh yang manis.

Haishh rasa tak sabar pula nak memasak. Hehehe tapi takpe kita sabar dulu. Jom kenali tanda ikan segar terlebih dahulu.

Tanda Ikan Segar

Terdapat 5 tanda ikan segar yang perlu kita semua ketahui. Jadi sediakan kertas dan pen untuk mencatit yer. Yer la kita nak menuntut ilmu sebaiknya dengan mencatit tau.

resepi-ikan-siakap-3-rasa-simple-2 Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Simple Jer. Gerenti Sedap Guna Cili Kering
ffemagazine.com

Kalau hanya dengan membaca kemungkinan besar kita akan lupa. Jadi untuk elakkan daripada terlupa sebaiknya kita catit. Kemudian, simpan elok-elok bila nak guna nanti kita hanya perlu belek jer.

Ok berbalik kepada tanda ikan segar. Perkongsian ini khas untuk resepi ikan siakap 3 rasa simple.

  • Teliti Mata Ikan

resepi-ikan-siakap-3-rasa-simple-2 Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Simple Jer. Gerenti Sedap Guna Cili Kering
babab.net

Pada pendapat saya, cara paling mudah nak tahu tanda ikan segar ialah teliti mata ikan. Biasa mata ikan segar lebih jernih, cerah, menonjol dan timbul. Berbeza dengan mata ikan tidak segar yang berwarna merah, pudar, tenggelam dan sembap.

Kalau anda teliti betul-betul anda akan dapat agak perbezaan kedua-duanya. Jangan pula main tunjuk dan beli jer. Nanti bila balik rumah anda juga akan menyesal sebab tak beli ikan segar.

resepi-ikan-siakap-3-rasa-simple-2 Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Simple Jer. Gerenti Sedap Guna Cili Kering
pinterest.com

Paling sedih kalau kena bebel dengan mak atau isteri. Huhu jadi untuk elakkan situasi sebegitu. Sebaiknya anda pelajari tanda ikan segar.

Dijamin selepas ni anda takkan ada masalah untuk membeli ikan segar.

  • Teliti Warna Insang Ikan

Seterusnya, tanda ikan segar anda boleh ketahui melalui anda teliti warna insang ikan. Ikan yang masih segar warnanya merah terang, kelihatan basah dan tidak mengeluarkan lendir banyak. Manakala, ikan tidak segar warna insangnya coklat kehitaman atau kelabu, keras dan banyak lendir.

Jadi anda perlu teliti betul-betul sebelum membelinya.

  • Teliti Warna Kulit Dan Sisik Ikan

Tanda ikan segar yang ketiga anda perlu teliti warna kulit dan sisik ikan. Biasanya ikan segar warna kulitnya kelihatan berkilat serta sisiknya juga kuat. Berbeza dengan ikan tidak segar warna kulitnya pudar serta sisiknya juga mudah tercabut.

resepi-ikan-siakap-3-rasa-simple-2 Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Simple Jer. Gerenti Sedap Guna Cili Kering
kupang.tribunnews.com
  • Periksa Tekstur Ikan

Tanda ikan segar yang keempat ialah dengan anda periksa tekstur ikan. Kalau ikan segar bila anda tekan bahagian perutnya akan terasa kenyal dan keras. Berbeza ikan tidak segar bila anda tekan bahagian perutnya terasa lembik serta penuh lendir.

Jadi elakkan daripada membeli ikan tidak segar yer. Paling penting, anda perlu elakkan daripada membeli ikan yang perutnya sudah pecah. Kalau perutnya dah pecah itu petanda ikan sudah tidak segar serta sudah lama.

  • Perhatikan Kehadiran Lalat 

Tanda ikan segar yang terakhir yang anda perlu tahu ialah perhatikan kehadiran lalat. Jika ikan masih segar lalat takkan suka untuk hinggap. Berbeza ikan yang tidak segar dan sudah lama.

Lalat memang suka datang hinggap tau. Silap hari bulan, lalat boleh bawa satu kampung datang hinggap pada ikan tu. Ish ish menakutkan bukan?

resepi-ikan-siakap-3-rasa-simple-2 Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Simple Jer. Gerenti Sedap Guna Cili Kering
suara.com

Jadi anda sebagai pengguna perlu bijak dalam memilih ikan segar. Seeloknya pelajarilah tanda ikan segar ni. Nanti bila nak membeli ikan boleh guna tips ni.

Terima kasih kepada Raja Amanina yang sudi berkongsi resepi ikan siakap 3 rasa simple. Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat buat semua. Mesti anda semua dah tak sabar nak memasak kan?

Jadi tunggu apa lagi? Jom la kita sama-sama usha bahan-bahannya. Mesti perut semua orang berkeroncong kan? Hehehe…

 

Resepi Ikan Siakap@Talapia Sweet Sour

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap@talapia(lumur, garam, kunyit & tepung jagung dan goreng garing)
6 ulas bwg putih (dikisar)
1 biji bwg merah besar (dikisar)
2 inci halia (dikisar)
7 tangkai cili kering(dikisar)
2 sb sos tomato
2 sb sos cili
2 sudu sos tiram
1 batang carrot (potong dadu)
Nenas potong dadu
2 biji tomato (potong dadu)
sedikit daun sup (hiris)
garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Tumis bahan kisar hingga garing dan masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram.
  2. Masak hingga pecah minyak. Kemudian, tambahkan sedikit air.
  3. Masukkan carrot, nenas dan tomato.
  4. Perasakan gula garam dan curahkan kuah ke atas ikan dan taburkan daun sup&bawang hiris.
  5. Siap untuk dinikmati seisi keluarga.

resepi-ikan-siakap-3-rasa-simple-2 Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Simple Jer. Gerenti Sedap Guna Cili Kering

Semoga perkongsian kali ini dapat memberikan manfaat buat kita semua. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini dengan insan tersayang. Now, everyone can cook.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.