Hai semua… apa khabar??? Dah ada menu ke nak masak apa hari ni??? Kalau takde meh saya kongsikan satu menu yang sedap iaitu resepi sup sayur sawi dengan telur.

Haaa bunyinya pun dah sedap kalau masak ni lagi… sedap. Masakan ni bukan hanya sesuai untuk dimakan dengan nasi. Kalau diratah begitu sahaja dan dihirup kuahnya pasti sangat sedap.

Kenapa saya memilih untuk memasak sup sayur sawi dengan telur??? Yer la kita kan tahu makan sayur ni baik untuk kesihatan. Sayur sawi mengandungi vitamin K, vitamin A, vitamin C dan kaya dengan serat dan  mineral. Wahh bestnya sayur ni.

resepi sup sayur sawi dengan telur
imgbin.com

 

Kebaikan Sayur Sawi Untuk Badan

Kebaikan sayur ni apa??? Haa kebaikan sayur ni adalah menangani kanser, membantu pembekuan darah, mencegah diabetes dan kanser kolon. Ishh Ishh banyaknya khasiat sayur ni yer…

Orang cakap tak kenal maka tak cinta kan?? Tahukah anda nama lain bagi sayur sawi dalam bahasa inggeris ialah  mustard tau. Sawi juga termasuk dalam kategori genus brassica, iaitu spesies brassica juncea.

 

resepi sup sayur sawi dengan telur 1
s3.amazonaws.com
Mustard Greens (Brassica juncea)

Kalau dalam perdagangan international pula sawi dikenali dengan beberapa istialah iaitu green mustard, chinese mustard, indian mustard dan sarepta mustard. Ehh ehh ehh banyak lagi rupanya saya belum tahu tentang sayur bernama sawi ni.

Kalau dulu tahu makan resepi sup sayur sawi dengan telur sahaja. Alhamdulillah sekarang ni dah tahu sikit-sikit tentang sayur ni. Hehehe…

resepi sup sayur sawi dengan telur 7

Sayur sawi antara tanaman yang tahan terhadap cuaca. Ehh yer ke??? Kalau nak tahu memang betul sayur sawi adalah tanaman yang tahan terhadap cuaca.

Kalau musim hujan, tanaman ni tahan terhadap terpaan air hujan yang membasahinya. Dan kalau musim kemarau, ianya tahan dengan panasnya cuaca. Asalkan kita siram mengikut rutin yang ditetapkan.

Jangan tak siram pulak nanti mati kekeringan la sawi tu. Huhuhu…Jadi boleh la anda semua tanam sendiri tanaman ni di rumah. Nanti hasilnya lebih terjamin sebab kita tidak menggunakan sebarang racun untuk menanamnya.

Sayur Sawi Tanaman Organik Tau!

Tanaman organik gituu…Lagipun tak rugi bila kita berbudi pada tanah ni. Hasilnya sangat lumayan sebab kualitinya terjamin dan jimat duit. Hehehe…

Ayah saya selalu cakap, kalau nak sesuatu tanaman kita menjadi kita kena belajar ilmu yang betul untuk menanam. Jangan main hentam sahaja takut nanti tak menjadi. Sebabnya kita kalau nak buat sesuatu kerja kena buat sepenuh hati.

Haa nanti kalau gagal pun kita tak kan menyesal sebab kita dah mencuba sehabis baik. Kalau tak jadi tu mungkin bukan rezeki kita lagi.

Tips Masak Sayur Sawi 

Tapi kalau dah takde masa nak tanam sendiri baik beli sahaja kat pasar. Lagi cepat, mudah dan jimat masa tapi kena berbelanja lebih la. Jangan risau mesti berbaloi sebab nak masak resepi sup sayur sawi dengan telur.

Sedikit tips memasak daripada saya kalau nak masak resepi sup sayur sawi dengan telur. Pertama, masukkan dulu bahagian batang sawi sebab bahagian ni sedikit keras berbanding daunnya. Kemudian baru masukkan daun sawi.

Haa nanti takde la rosak tekstur sayur sawi nanti. Sebab sayur ni kalau kita masak lama-lama akan merosakkan rasa dan zat dalam sayur berkenaan.

Bagi yang tak makan sayur sebabkan sayur pahit atau tidak enak. Anda patut cuba makan sup sawi dengan telur ni. Sebab macam yang saya cakap masakan ni sangat enak dan berkhasiat. Elok untuk tubuh badan dan tumbesaran.

resepi sup sayur sawi dengan telur 3
cdn.motherhood.com.my

Jadi kalau boleh ajarkan anak-anak anda makan sayur seawal usia bayi. Jangan nanti bila mereka dah besar kita baru terhegeh-hegeh nak suapkan sayur kepada mereka. Sudah terlambat sebab mereka dah biasa tak makan sayur.

Ok, tanpa buang masa lagi. Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak resepi sup sayur sawi dengan telur.

resepi sup sayur sawi dengan telur 6

Resepi Sup Sayur Sawi Dengan Telur

Bahan-bahan:

resepi sayur sawi dengan telur 4 resepi sayur sawi dengan telur 3

Cara penyediaannya:

  1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga garing.
  2. Masukkan air secukupnya dan biarkan ianya mendidih seketika. Kemudian masukkan sedikit garam, kicap manis, sos tiram, perasa Maggi dan lada sulah. Kacau seketika biar sebati.
  3. Kemudian, masukkan sayur  sawi, cili padi dan masukkan telur. Perlahankan api. Biarkan ianya masak seketika. Sebaiknya tutup periuk dan biarkan mendidih.
  4. Angkat dan siap untuk dihidangkan untuk seisi keluarga.

resepi sayur sawi dengan telur 1

Selamat mencuba masakan ini. Amat sesuai dihirup kuahnya ketika masih panas atau di makan bersama nasi panas, sambal belacan dan ikan goreng. Dan jangan lupa untuk kongsikan kepada yang tersayang yerr. Bye-bye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.