tingkah laku autisme

Kanak-Kanak Autisme Tidak Suka Makan Nasi

Pada hari ini kitpramenulis ingin kongsikan luahan dan perkongsian daripada ibu bapa kanak-kanak autisme. Adakah benar kanak-kanak autisme tidak suka makan nasi?. Sepanjang pemerhatian admin di sekolah, kanak-kanak autisme ada yang suka makan nasi dan ada yang tidak suka makan nasi. Bagi kanak-kanak autisme yang tidak suka makan nasi, mereka lebih suka makan makanan seperti gula-gula,biskut,ayam dan sebagainya. Itu adalah pengalaman admin kitpramenulis dot com di sekolah.

Berikut adalah perkongsian ibu bapa daripada group FB Autisme Malaysia :

  1. Makanan yg anak boleh terima setakat ini. (Ada kala okay kadang reject juga).
    1. Mihun
    2. Mee
    3. Roti canai/roti tisu
    4. Roti bakar dengan planta/marjerin (baru explore)
    5. Sushi
    6. Pizza/domino
    7. Ayam goreng/pop corn chicken
    8. Karipap/samosa
    9. Nasi goreng kampung
    11. Nasi ayam (kadang2)
    11. Puff tuna/choclate
    12. Cake chocolate cream 
    Nasi putih memang x nak.

  2. Banyak gak leh makan..sy anak hanya makan nasi goreng atau nasi ayam je. Kecuali di sekolah cikgu paksa makan la jugak alas perot.paling payah nak g mana2 mmg kena sentiasa bawak bekal nasi goreng
  3. anak sya nasi dengan sup…oat dn cake je…yg lain dia tolak….
  4. Ok lah tu.. Ank sy cuma mkn roti, biskut n susu, pisang je.. Dh try bg nasi pasta smua x jln…
  5. Sama mcm ank sy, nak mkn mcm2… Nasi putih & kicap pun dia mkn.. Skrg dh x memilih… Biskut raya pun dah mmn skrg hihi
  6. Ok la Tu,anak saya mkanan Herat mee sahaja,,lain dia mkn honey star,Koko krunch,waffle( jenama gardenia) minuman plak air jus sunquick Oren & Susu Dutch lady( kotak @ botol)
  7. Dulu anak i sama mkn koko krunch, cookie dan susu sangat limited. Ada start perubahan bila buat gosok gigi, lidah dan lelangit mulut, massage muka.
  8. ank saya xmemilih..apa kita mkn dia mkn sx..cth kari,asam pedas,sayur, pendek kata xmemilih..
  9. Anak sy makan nugget ikan,buah epal dan biskut je tiap2 hari.Nasi lgsung x nk mkn.
  10. Anak saya nasi langsung x nak…makan ayam goreng, pop corn chicken n kentang(x kira la Masak apa)… Risau sebenarnya sbb dulu dia kuat makan nasi…
  11. i pun X pasti tp yg i perasan dia x nak makan nasi lepas gigi susu dia dah mula goyang…
  12. Anak saya cuma suka mkn mknan berasaskn tepung dan gandum je mcm roti canai, jemput2, roti putih, lempeng,nestum org dewasa dan kerepek bawang. Nasi mmg dia x mkn
  13. my sis dulu masa umur 3-5 tahun, dia makan udang goreng dgn kari ikan sembilang je. lain semua xnak. kfc ke, mcd ke offer kat dia semua taknak. skrg ni tolak batu dgn kayu je. kakak makan samyang ramen yg pedas tu pun dia rileks je hadap sekali mcm x pedas
  14. ade bdk autisme kt sklh sy,dy suke sgt makan megi.pastu biasakan lak dy mkn ayam goreng..mmg tu ja dy makan
  15. Ank saya nasi putih dh dkat 3bln xmkn
    Asyik mkn biskut kering ja 1f641 Kanak-Kanak Autisme Tidak Suka Makan Nasi
  16. Tahan ja kdg2 tu 2mgu skali Bwak mkn sizzling…..ni biskut favourite dia shaqi 5-7pek DLM tu ada 4pcs
    Kt umah biskut ni mmg buat stock
    P sek pun Bwak bekai ni ja
  17. Anak sy makan kerepok keping & lekor je hri2 biskut sejenis. Nasi langsing xnak dh. Xsentuh stgh tahun da. Skrg je nak makan mee kuning rebus stail trg. Lain2 masakan xnak.
  18. Anak saya akan makan makanan mostly yang warna putih sahaja. Nasi, chicken soup yang clear, mihun goreng putih, pisang, apple, pear, roti, telur putih. 1f641 Kanak-Kanak Autisme Tidak Suka Makan Nasi?1f641 Kanak-Kanak Autisme Tidak Suka Makan Nasi?1f641 Kanak-Kanak Autisme Tidak Suka Makan Nasi? kalau dah warna gelap2 letak kicap atau warna2 terang semua taknak.
  19. Byk jg tu… anak sy segala berkaitan nasi mmg reject.
    Umo dah 5thn 3bln
    Ayam daging ikan (x kisah masak apa pun smua blh masuk)
    Mee mihun fries nugget
    Roti coklat gardenia shj
    Coco crunch
    Pizza
    Roti canai
    Donut
    Hari2 g skolah donut/coco crunch
  20. Sama nasi putih lansung xmkn..byk mkn janjan ,kerepek,mee@maggie,nasi ayam,nugget kfc,roti coklat,kerepek@keropok,dan minuman yg bperisa..
  21. Terima kasih atas sharing all parent. Nampaknya nasi putih makanan susah diterima oleh anak autism. Mungkin kerana tekstur, color n tiada rasa buat anak x suka. Yg penting sentiasa perkenal makanan baru untuk anak kesayangan dan terapi berterusan. I ingat pakar ST ada cakap buat saja terapi setiap hari yg boleh..coz kita x tau bila anak akan bg respon positif n perubahan positif pd bila masa saja. Byk sabar n think positif. Naikkan semangat kita usaha bersama1f641 Kanak-Kanak Autisme Tidak Suka Makan Nasi?

Hasil perkongsiaan dibawah, ramai dalam kalangan ibu bapa mengesahkan bahawa anak-anak autisme mereka tidak menggemari nasi dan memilih alternatif makanan lain sebagai gantian kepada nasi. Mungkin ada penjelasan daripada pakar perubatan atau pakar OT berhubung kanak-kanak autisme tidak suka makan nasi. Sama-sama nantikan penjelasan atau pandangan daripada pakar perubatan. Kami di kitpramenulis dot com hanya memaparkan hasil perkongsiaan ibu bapa kanak-kanak autisme tanpa mengubah suai ayat mereka bagi memberikan bukti.

1f641 Kanak-Kanak Autisme Tidak Suka Makan Nasi

Kepada ibu bapa yang masih tercari-cari group Autisme, mohon join Autisme Malaysia FB Group. Berada di dalam satu komuniti yang seangkatan dengan diri tuan puan, membuatkan kita mendapat lebih banyak input dan cara hasil daripada perkongsiaan ibu bapa kanak-kanak autisme.