Masalah Pola Tidur | 10 Cara Tidurkan Kanak-Kanak Istimewa
Mungkin ada yang menganggap remeh masalah ni. Nak tidurkan anak je pun.. Tapi bagi ibu bapa anak istimewa kadang2 ia akan jadi masalah besar. Lagi2 bagi yang anaknya speech delay@ tak pandai bercakap. Ia sebenarnya bukan sahaja menjejaskan perkembangan anak tapi memberi kesan kepada emosi ibu bapa anak istimewa terutamanya jika kedua-duanya bekerja. Ditambah pula kalau kita memiliki anak kecil yg terpaksa diuruskan. Penatnya Allah saja Yang tahu. Apabila tiap2 hari melihat group WhatsApps ibu bapa anak istimewa ini, ada saja setiap hari anak yang tak pergi sekolah sebab tidur lambat dan susah bangun, ada juga terfikir suatu hari nanti aku terpaksa berhenti kerja bila anak itu dah semakin besar dan susah diangkat. Bukan nak biar anak sendirian di rumah tanpa pengawasan.
Susah juga bila anak kita, Siang tidur malam berjaga. Kalau tidur pun tak lama, cepat pula terjaga. Kat sekolah tidur, kat rumah aktif menggila. Apabila seorang anak tak tidur, satu keluarga akan rasa tempiasnya. Mula2 bolehlah bersabar tapi kalau berlarutan ia akan menjadi stress kepada ibu bapa. Kurang rehat, kurang tidur akan menganggu aktiviti seharian ibu bapa. Mengantuk, not perform well, kadang2 berdengkur di tempat kerja dan pernah juga saya pitam di depan rakan. Jika anak anda hanya tidak tidur mungkin masih ok, tapi bila anda terbangun dari terlelap dan melihat barang bersepah, bilik berterabur, telefon musnah… Ohh.. ya ampun.. Nak marah dia tak faham apa2. Jadi apa yang kita boleh buat. Is perlu tindakan bersepadu. Bermula dari ibu bapa, anak, keluarga Dan masyarakat.
1. Kawal emosi anda.
Anak istimewa ada keistimewaan menyerap emosi. Semakin anda tertekan semakin banyak energi negatif akan keluar. Anda akan melihat anak anda makin tantrum dan susah untuk tidur.
2. Kenal pasti pola tidur.
Anda perlu tahu bila anak anda tidur, berapa lama, jadi itulah kesempatan untuk anda sama-sama tidur walaupun selalunya 4-5jam sahaja sebelum anak anda bangun semula malah kadang2 lagi singkat dari itu. Dia bangun dengan keadaan serba aktif sedangkan anda masih mamai.
3. Dapatkan rehat secukupnya ya, sila bergilir-gilir. Jaga diri anda dahulu. Jika anda tidak cukup tidur kemungkinan untuk stress tinggi. Ada juga boleh menyebabkan depression. Mengapa anda diuji sebegitu. Anda lelah. Exhausted. Body weakness. Sila berbincang dengan pasangan. Jika pasangan anda terlalu letih, beri peluang untuk tidur sebentar sebelum anda tidur kemudian. Jika anda perlu tidur siang sebentar sila lakukan sebelum anda berperang pada waktu malam.
4. Pastikan persekitaran selesa.
Kadang2 demand anak2 ni tinggi. Nak sejuk, tak nak panas. Nak bersih walaupun dia suka sepah. Nak perut kenyang, pampers kering macam2. Jadi kenalpasti suasana yang disukainya. Kadang2 nak tidur berteman jadi ibu kena tinggalkan semua kerja rumah yang bertimbun semata2 anak tak boleh tidur kalau tak bermain dengan kaki ibu.???
4. Aktif semasa siang.
Tak dinafikan anak istimewa ini ada yang mempunyai tenaga yang cukup banyak. Lakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh dan mengalirkan energi yang berlebihan supaya anak anda penat di siang hari Dan tidur pada malamnya.
5. Kawal pemakanan pencetus energi.
Jangan beri makanan/minuman manis dan bergula pada anak anda. Jangan terlalu kesian anak anda tak makan gula-gula, coklat, biskut, kek, Milo dan sebagainya tapi lebih kesiankan diri anda yang tak boleh tidur malam.
6. No gadjet.
Hadkan penggunaan gadjet walaupun video favourite anak anda adalah zikir dan doa. Walaupun mereka istimewa tp mereka celik IT, pandai buka YouTube, dan baling telefon bila internet slow. Jangan biar ketagihan. Lagi2 main game sampai lupa tidur malam. Rampas handphone dan bertegas supaya tiada bunyi bising yang menganggu anda sekeluarga untuk tidur malam.
7. Berceritalah dan Dapatkan bantuan.
Jika anda tidak mampu berjaga malam beritahu pasangan, keluarga Dan rakan rapat untuk dapatkan bantuan Dan sokongan. Kadang2 pelukan itu lebih bermakna dari kata2. Jika anda perlukan orang lain untuk membersihkan rumah contohnya, silakan. Yang penting jaga diri anda dahulu.
8. Supplement.
Berjaga malam memang meletihkan. Berbincang dengan doktor tentang kondisi kesihatan anda dan adakah anda perlu makanan tambahan. Makan sebaiknya Dan jaga kesihatan.
9. Ruqyah.
Sering bacakan ayat2 suci Al -quran untuk menenangkan jiwa anak2 istimewa ini. Jangan biarkan jiwa anak2 ini kosong takut2 unsur negatif senang menyerap ke jiwa mereka. Amalkan maathurat, ruqyah sharriyah, ruqyah anak istimewa terbitan Akademi Al-faqeh, terapi wuduq, terapi ais dan berjumpa ustaz2 yang dipercayai.
10. Istigfar dan solat malam.
Ingat semua ujian ini datangnya dari Allah. Jika semua iktiar kita tidak berhasil tapi yakinlah Allah tidak pernah meninggalkan kita. Mungkin ini caranya Allah mahu mendekatkan kita kepadanya. Banyakkan istigfar dan ambil kesempatan waktu yang terjaga itu untuk solat malam dan membaca AlQuran. Pasti jiwa kita akan menjadi lebih tenang. Kita tenang, anak pun tenang, Insyaallah.