Orang Kaya Dan Orang Miskin Menurut Perspektif Hamka Yang Bikin Menangis-06

Apabila sebut kaya, maka harta benda menjadi ukuran. Tidak pelik dan janggal setiap dari kita ingin kehidupan yang menyenangkan.

Kaya menurut Hamka dalam karyanya ‘Tasawwuf Moden’ itu membawa makna;

1. Siapa yang paling sedikit keperluannya, itulah orang yang paling kaya dan siapa yang amat banyak keperluan itulah orang yang miskin.

2. Allah-lah yang paling kaya, kerana tidak punya keperluan mahupun keinginan. Sementara raja-raja adalah orang yang paling miskin kerana memiliki banyak keperluan. Kehidupan di dunia akan selalu diikat dengan aturan dan keperluan.

3. Orang yang ingin menjadi kaya maka tipsnya adalah, cukupkan apa yang ada. Jangan tergoda dengan apa yang dimiliki orang lain. Tetap taat kepada Allah, dan miliki jiwa yang tenteram dalam menghadapi kehidupan.

4. Orang yang ingat pada sesuatu yang belum ada, ingin ini ingin itu, maka orang tersebut bererti menginginkan kemiskinan. Sedangkan orang yang menginginkan datangnya kekayaan, hidupnya berdiri di atas kesederhanaan kerana menyalurkan hartanya pada sesuatu yang bermanfaat.

5. Kekayaan hakiki ialah mencukupkan apa yang ada, sudi menerima berapapun kerana itulah nikmat Tuhan. Juga tidak kecewa bila jumlahnya berkurang, kerana harta hanyalah titipan. Datang dan pergi.

6. Jika dilimpahkan banyak harta, penggunaannya harus untuk amal dan ibadah, untuk membina keteguhan hati menyembah Tuhan. Harta tidak dicintai kerana dia harta. Harta hanya dicintai sebab dia pemberian Tuhan. Dipergunakan kepada yang berfaedah dan yang ada manfaat buat bekal pulang kepadaNya.

Fb Azlan Zainal

Jom sertai kami di Telegram
http://t.me/kitpramenulisworksheet