resepi ayam masak merah 1

Kalau tiada idea nak masak apa bila kenduri nanti, apa kata cuba masak resepi ayam masak merah? Memang sedap dan simple jer penyediaannya. Lagi pula, juadah ini dimasak ala-ala Kelantan gitu.

Memang dijamin bila suap jer dalam mulut tu. Anda akan dapat rasa keenakannya. Lepas makan pula, anda mesti akan terkenang-kenangkan rasanya yang sedap.

Memang rugi tau kalau jual mahal dan tak nak cuba rasa sedap ke tidak. Yer la sesiapa yang jual mahal ni semua orang tahu yang dia akan rugi. Jadi, jangan suka jual mahal sangat atau memilih dalam bab makanan ni.

Nanti diri sendiri yang rugi. Lagi pula, siapa jer yang tak suka makan juadah ni kan. Semua orang tidak kira tua atau muda pasti sukakan juadah ini.

resepi-ayam-masak-merah-1 Resepi Ayam Masak Merah Sedap Dan Simple. Sesuai Untuk Kenduri

Haa kalau orang tua dan muda pun dah suka. Kalau kanak-kanak lagi la kan sebab ni la antara makanan kegemaran mereka. Siapa jer yang tak suka makan ayam.

Pasti ramai yang menyukainya. Jadi rugi sangat kalau anda tak cuba sendiri masak dan makan resepi ayam masak merah. Pasti sampai terbawa-bawa dalam mimpi sedapnya tu.

Nak memasak resepi yang berasaskan ayam supaya ianya lebih sedap. Mesti la kita kena pilih bahan-bahan mentah yang segar kan. Kalau tak segar nanti ia akan menjejaskan rasa masakan kita.

Lagi segar bahan mentah yang digunakan. Lagi sedap masakan kita nanti. Sebab bahan mentah yang segar rasanya lagi sedap, fresh dan menggiurkan berbanding yang tak segar.

Ciri Pemilihan Ayam Segar

Nak memasak resepi ayam masak merah yang sedap mesti la menggunakan bahan-bahan yang segar. Hari ni kita kongsikan ciri pemilihan ayam segar untuk dijadikan panduan buat semua. Nanti masa nak pilih ayam segar tiada la rasa susah atau menjengkelkan.

Sebabnya kalau anda gunakan cara yang akan dikongsikan sebentar lagi. Pasti anda akan rasa lagi mudah dan cepat nak memilih ayam. Tak percaya?

Susah sebenarnya kalau seseorang itu nak buat keputusan tanpa percayakan orang sekeliling. Memang kena ada was-was atau sangsi pada pandangan yang orang berikan. Supaya tidak mudah tertipu oleh orang yang berniat jahat.

resepi-ayam-masak-merah-1 Resepi Ayam Masak Merah Sedap Dan Simple. Sesuai Untuk Kenduri
kredit gambar: rnudah.com

Tapi, kali ni anda mesti percayakan apa yang saya nak kongsikan pada anda. Kalau tak, anda akan ketinggalan info yang sangat penting ni tau. Bukan mudah nak dapat peluang macam ni.

Yer la susah peluang nak datang bergolek depan mata ni. Jadi selagi ada peluang orang nak bagi. Kita kena ambil peluang itu supaya kita dapat gunakan bila perlukan nanti.

  • Periksa Tekstur Ayam

Pertama, cara pemilihan ayam segar ialah rasa menggunakan tangan yer bukannya lidah. Samaada ayam masih kenyal atau tak. Jika ayam yang segar, dagingnya akan rasa kenyal bila ditekan.

Jangan sesekali beli ayam yang bila kita pegang rasa berair, lembik dan nak hancur. Kalau nak tahu ayam tu dah tak segar. Jangan la kita ni betul sangat macam pembaris pergi beli ayam macam tu yer.

Kang tak pasal-pasal kena marah kat mak, isteri dan sebagainya nanti. Tak pasal-pasal dah ada modal orang nak mengata kita. Jadi, perhatikan betul-betul tau sebelum nak beli.

  • Hidu Bau Ayam

Selain itu, cuba anda hidu bau ayam. Jika ayam berbau busuk sudah tentu la ia tak segar. Ayam yang segar sepatutnya ia takkan mengeluarkan sebarang bau tau.

Haa tu la baru betul-betul ayam segar dari ladang. Kena selalu ingat yang kalau nak memasak apa-apa masakan pun. Bahan mentah mesti la dibeli hanya yang segar dan berkualiti sahaja.

Sebabnya, penggunaan bahan mentah yang segar. Sedikit sebanyak mempengaruhi keenakan rasa masakan kita. Jangan lupa pula lepas ni.

resepi-ayam-masak-merah-1 Resepi Ayam Masak Merah Sedap Dan Simple. Sesuai Untuk Kenduri
kredit gambar: catsfm.my

Diingatkan juga, jangan sesekali membeli ayam yang terdapat kesan lebam padanya. Jika kesan lebam itu datang daripada masa penyembelihan. Ianya tidak menjadi satu kesalahan.

Tapi kalau kesan lebam tu ada disebabkan ayam tu dah lama dan buruk. Sebaiknya lupakan niat anda nak membelinya. Memang ayam tu nak akan menjejaskan rasa masakan kita.

Tak pasal-pasal ada yang masuk hospital sebab cirit birit. Haa sebab tu kalau tiada kerja, jangan suka-suka cari kerja macam tu. Tak pasal-pasal dapat penyakit jer nanti.

  • Pergi Ke Pasar Awal Pagi

Tips yang paling penting ialah anda kena pergi ke pasar pada awal pagi. Bukannya matahari dah lama terpacak atas kepala kita baru nak ke pasar. Sebab tu pepatah ada mengatakan yang kalau kita nak berjaya kita kena berpagi-pagian.

Kalau dah siang baru nak bangun. Maka kita dah golongkan diri sendiri dalam kalangan orang yang gagal. Cuba bayangkan, jika kita bangun awal pasti banyak kerja rumah yang kita boleh siapkan.

Tapi kalau kita bangun lewat. Ianya umpama orang yang bangun awal tu dah siap kemas-kemas dan nak berehat. Tapi kita baru jer nak mula mengemas.

resepi-ayam-masak-merah-1 Resepi Ayam Masak Merah Sedap Dan Simple. Sesuai Untuk Kenduri
sinarharian.com.my

Tak rasa ke kita ni rugi sangat-sangat sebab bangun lewat. Kalau lepas bangun lewat tak rasa bersalah, rugi atau membuang masa. Cuba kita periksa hati masing-masing sebabnya mungkin hati kita ada masalah.

Sebab orang yang normal akan rasa bersalah sangat kalau bangun lewat. Kesimpulannya, bangun la awal yer. Tak susah pun nak bangun awal.

Caranya senang jer iaitu tidur la awal. Badan kita perlu rehat yang cukup untuk kita cergas pada keesokan harinya. Jika tidur tak cukup 8 jam mesti kita akan rasa capat penat, letih dan tak bermaya.

Tips Menumis Hingga Pecah Minyak

Nak memasak resepi ayam masak merah mesti tahu tips menumis hingga pecah minyak. Baru la masakan kita lebih sedap, menarik dan tahan lama. Kalau kita tumis hingga betul-betul pecah minyak pasti masakan kita takkan mudah basi.

Ramai yang tidak menitikberatkan soal ni. Sebab tu makanan yang dimasak mudah basi, tak nampak menarik dan sebagainya. Pada kali ini kita akan kongsikan beberapa tips menumis hingga pecah minyak.

  • Potong Cili Sebelum Direbus

Antaranya sebelum rebus cili kering yang dah dipotong. Pastikan anda membuat bijinya terlebih dahulu. Baru la rasa ketajaman pedasnya akan berkurang.

Tapi kalau nak lagi pedas senang jer. Pilih cili kering yang jenis licin dan nampak berkilat berbanding yang kerinting dan sedikit berkedut. Selain itu, semasa menumis seeloknya gunakan minyak yang banyak.

  • Gunakan Minyak Dalam Kuantiti Banyak Ketika Menumis

Penggunaan minyak yang banyak ketika menumis akan menyebabkan bahan tumisan masak dengan sempurna dan tahan lama. Kalau nak lagi senang. Pastikan semasa anda tuangkan minyak ianya menbolehkan bahan tumisan tenggelam sepenuhnya.

Kalau bahan tumisan pun tak tenggelam maknanya minyak yang digunakan terlalu sedikit. Seterusnya, pastikan anda menumis bahan tumisan hingga betul-betul pecah minyak. Ramai juga yang tak faham/tahu pecah minyak tu rupanya macam mana.

Senang jer nak tahu, bila bahan tumis dah terapung dan terpisah daripada bahagian tepi kuali. Kemudian, warna bahan tumisan akan berubah menjadi sedikit gelap berbanding warna asalnya. Semua tu tanda yang bahan tumisan kita dah masak dengan sempurna dan pecah minyak.

  • Gunakan Api Sederhana Ketika Menumis

Penggunaan api yang sederhana semasa menumis juga penting. Jangan sesekali gunakan api besar semasa menumis. Nanti bahan yang ditumis akan cepat hangit.

Memang kalau nak menumis kita perlu lebih sabar kerana tempoh nak menumis bukannya sekejap. Anda juga perlu sentiasa kacau bahan tumisan supaya ia masak dengan sempurna dan tidak cepat hangit. Kalau yang jenis pemalas tu, anda kena rajin-rajinkan tangan untuk kacau supaya tidak mudah hangit nanti.

Ciri-ciri Yang Perlu Ada Ketika Menumis

Memasak memang kena orang yang rajin dan sabar. Rajin nak kacau bila tengah menumis. Sabar kerana menumis bukannya sebentar kerana ia mangambil masa yang sedikit lama.

Kalau anda ada dua ciri ni maka kerja memasak anda lagi senang. Hasilnya makanan yang dimasak akan lagi sedap dan menyelerakan. Aumm memang menggoda nafsu makan sesiapa jer yang melihatnya.

Senang kan nak masak juadah ni kalau dah tahu tips, cara dan teknik memasak yang betul. Ramai yang kata memasak ni sangat rumit sebab mereka tak menggunakan tips dan cara yang betul. Ni anda semua dah tahu sedikit tips dan cara memasak.

Boleh la hasilkan makanan yang sedap dan menyelerakan biarpun nampak simple jer. Terima kasih kepada Raja Amanina yang sudi kongsikan resepi ayam masak merah untuk dicuba bersama. Memang sangat sedap dan menggiurkan juadah ni.

Apa tunggu lagi. Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak juadah ni.

 

Resepi Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:

  • 10-12 ketul ayam kunyit garamkan dan goreng separuh masak
  • 2 biji bawang besar dikisar
  • 5 ulas bawang merah dikisar
  • 3 ulas bawang putih dikisar
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 2 genggam cili kering rebus&kisar hingga halus
  • 1 batang serai diketuk
  • 2 helai daun limau purut carikkan
  • Asam keping
  • Gula garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Kisar bahan-bahan yang perlu dikisar terlebih dahulu. Panaskan kuali kemudian tuangkan minyak secukupnya.
  2. Masukkan bahan yang dikisar dan cili kering kemudian tumis hingga pecah minyak. Pastikan api sederhana semasa menumis.
  3. Kemudian, serai dan daun limau purut dimasukkan. Kacau secara kerap untuk menjadikannya masak dengan sempurna.
  4. Tuangkan air secukupnya, asam keping dan ayam yang dah dibersihkan dimasukkan.
  5. Kacau biar ayam sebati dengan sambalnya. Kemudian masak hingga ayam betul-betul masak dengan sempurna.
  6. Taburkan bawang yang dihiris kemudian letakkan gula dan garam secukupnya. Kacau biar bawang layu.
  7. Angkat dan siap untuk dihidangkan.

resepi-ayam-masak-merah-1 Resepi Ayam Masak Merah Sedap Dan Simple. Sesuai Untuk Kenduri

Semoga perkongsian resepi pada kali ni memberikan manfaat kepada anda semua. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini kepada semua kenalan anda. If you care that means you will share this recipe to others.

Baru la orang sekeliling anda mendapat peluang untuk rasa juadah ni. Jika anda kedekut ilmu yang anda ada. Maka anda akan rugi tau.

Sebabnya bila kita berkongsi ilmu kita dengan orang lain. Mungkin mereka tergerak hati juga untuk kongsikan ilmu yang mereka ada kepada kita. Jadi sama-sama dapat ilmu la.

Haa kan adil kalau macam tu. Tapi kalau mereka tak kongsikan ilmu yang mereka ada pun kita tak rugi apa-apa. Sebabnya, kita dah dapat pahala kerana mengeratkan silaturahim sesama kita.

Haa jadi tepuk dada tanya la pendapat masing-masing. Kita tak boleh paksa orang sukakan kita dan begitu la sebaliknya. So, make sure you make a decision that will make you happy.

Selamat mencuba.