Dah terbayang di mata keenakan resepi kari ayam guna susu cair. Syoknya kalau dapat makan bersama nasi, roti jala ataupun roti. Dengan kuahnya yang padu dan kaw lagi aumm sedapnya.
Memang sekali cuba nak makan lagi dan lagi kalau macam ni. Dah la sihat sebab tak menggunakan santan. Boleh la kalau sesiapa yang tak suka masak kari ayam guna santan.
Cuba resepi ni nanti. Gerenti kuahnya padu dan kaw sama macam guna santan. Rugi kalau tak cuba.
Tak salah kan kalau kita membuat kelainan dengan mencuba. Masak resepi kari ayam guna susu cair. Bosan juga kalau asyik guna santan jer kan.
Ala rasanya tetap sedap dan enak sama dengan bila guna santan. Kalau tak percaya kena la cubanya nanti. Pasti sekali cuba takkan rasa menyesal langsung.
Mesti ramai sukakan resepi kali ni kerana ianya tidak menggunakan santan. Betul tak? Yer la dengan sekarang penyakit datang tak kenal usia.
Jadi kita kena la ambil langkah berjaga-jaga.
Susu Cair Ganti Santan
Ramai yang tertanya-tanya. Kalau tak guna santan, nak masak pakai apa? Ehh jangan risau banyak lagi cara lain untuk gantikan penggunaan santan.
Salah satunya, kita gunakan susu cair ganti santan. Cara ni dah ramai gunakan. Ramai juga yang komen lebih suka guna susu cair berbanding santan lepas tu.
Wahh mesti ada sesuatu kan kenapa ramai sukakan guna susu cair? Mesti rasa masakan gulai atau masakan kita lagi enak. Kalau tak, takkan la ramai yang puji sedap dan suka guna susu cair.
Setiap kali mereka memasak. Susu cair amat bagus untuk gantikan santan kerana santan menyebabkan kolesterol. Kira susu cair salah satu cair untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit kolesterol.
Rempah 4 Sekawan Untuk Kari
Mesti semua dah kenal kan rempah 4 sekawan yang digunakan dalam masakan? Tapi tiada masalah. Jom kita sama-sama ulangkaji lagi hehe.
Nanti kalau selalu tengok takde la tertukar bila nak masak nanti. Rempah 4 sekawan untuk kari. Terdiri daripada kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga.
Biasa 4 sekawan ni digunakan dalam sup dan makanan berempah. Memang lagi umphh dan enak sangat masakan kita nanti. Aroma pun sedap dan menggiurkan tau.
Kalau masak kari memang tak lengkap rasa masakan tanpa 4 sekawan ni.
Cara Penjagaan Barang Dapur Basah Yang Tahan Lama
Pada kali ni saya akan kongsikan cara penjagaan barang dapur yang semua pasti tak sabar nak tahu. Jadi meh kita sama-sama belajar agar kita dapat mengaplikasikannnya nanti. Lepas ni tentu kerja di dapur kita lagi cepat dan kemas jer.
Takde la barang kat dapur tu bersepah jer. Barang dapur basah yang kita beli pun lagi tahan lama dan selamat. Kalau kita sama-sama pelajari tips ni.
-
Ayam
Cara nak simpan barang basah seperti ayam supaya tahan lagi lama mudah jer. Kita bersihkan ayam seperti biasa. Kemudian, masukkan ayam ke dalam bekas bertutup atau beg ziplock.
Bila dah simpan di dalam bekas bertutup atau beg ziplock boleh masukkan ke dalam peti ais. Seeloknya di bahagian sejuk beku.
-
Ikan
Selepas bersihkan ikan seperti biasa. Kita masukkan ke dalam bekas tertutup atau beg ziplock. Kemudian, bekas tadi kita simpan di dalam peti sejuk bahagian sejuk beku. Nanti kalau nak guna hanya keluarkan sahaja.
Seeloknya, jangan gaul ikan bersama pes atau ramuan. Nanti ikan tersebut akan basi atau tidak tahan lama.
-
Daging
Kalau nak simpan daging kita hanya perlu masukkan dalam bekas tertutup dan beg plastik kedap udara. Jika nak memudahkan proses masakan. Sebaiknya, kita asingkan daging mengikut bahagian sebelum disimpan.
Bagi mengelakkan kerosakan pada daging. Sebaiknya, simpan daging di dalam ruang sejuk beku selepas dibersihkan. Baru la daging akan segar dan tahan lama.
-
Udang
Selepas beli udang di pasar. Kita bersihkan ia seperti biasa dengan memotong janggut udang. Kemudian, belah bahagian tengah belakang udang untuk membuang urat hitam.
Lepas dah bersih semuanya. Kita simpan udang di dalam bekas kedap udara atau beg ziplock. Sebelum simpan ia di dalam peti sejuk ruang sejuk beku.
Kita boleh isikan air di dalam bekas sama paras dengan udang. Nanti udang tersebut lagi segar dan tahan lama.
Terima kasih kepada Puan Bahiah Saripuddin kerana sudi berkongsi resepi kari ayam guna susu cair. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki untuk selalu berkongsi. Tanpa membuang masa lagi, jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak?
Mesti semua dah tak sabar nak memasak kan?
Resepi Kari Ayam Guna Susu Cair
Bahan-bahan:
- Ayam
- Bawang putih + bawang besar yang dikisar
- Rempah sekawan
- Serbuk kari + serbuk cili kering
- Susu cair.
Bahan-bahan yang diperlukan.
Cara Penyediaan:
Tumis dulu bahan seperti di dalam gambar.
Masukkan bawang yang dikisar.
Bila garing masuk bancuhan serbuk kari dengan serbuk cili kering. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan ayam dan kacau sebati.
Bila ayam dah digaul sebati. Masukkan susu cair.
Ni rahsia bertambah sedap. Letak la sikit gula melaka dan asam keping.
Tambahkn garam secukupnya.
Siap untuk dihidangkan buat seisi keluarga.
Semoga perkongsian mengenai resepi pada kali ni. Ianya dapat memberikan manfaat buat semua para pembaca. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini kepada insan yang tersayang.
Julia Child said “you don’t have to cook fancy or complicated masterpieces, just good food from fresh ingredients”. In other word, it means that our cooking will become fancy. If we use fresh ingredients.
Kadang-kadang orang beranggapan mereka perlu memasak hidangan yang mewah baru la nampak sedap. Tapi kemewahan dan sedap sesuatu masakan terletak pada kesegaran bahan yang digunakan. Keep fighting and do not give up.
Selamat mencubanya di rumah. Good luck guys.
Sya pun lbih suka guna ssu cair.. ??