resepi pulut sekaya 1

Ada tak disini penggemar setia resepi pulut sekaya/ kuih tok aji serban. Teksturnya yang lembut dan sedikit lemak manis menjadikan ia antara kuih kegemaran ramai. Ditambah dengan cara penyediaannya sungguh mudah kerana menggunakan sukatan cawan.

Jadi sesiapa pun senang nak belajar buatnya sendiri di rumah. Dah tak perlu susah-susah nak beli di kedai lagi. Bahan-bahan yang diperlukan juga senang jer nak carikan.

Haa tunggu apa lagi meh la pakat-pakat belajar cara nak masak resepi ini. Pasti anda semua akan terpegun dan puas hati dengan hasilnya. Sungguh sedap dan menggiurkan selera makan sesiapa yang mencubanya.

resepi-pulut-sekaya-1 Resepi Pulut Sekaya/ Kuih Tok Aji Serban Sukatan Cawan Lemak Manis

Resepi pulut sekaya/ kuih tok aji serban ni biasanya di makan untuk sarapan dan minum petang bersama keluarga. Tapi ada jer yang hidangkan masa majlis kenduri atau majis keraian lain. Disebabkan rasanya yang enak serta teksturnya lembut maka ramai yang sukakan kuih ini.

Kalau di Kelantan kuih ini dikenali sebagai pulut seri kaya telur atau sekaya telur. Manakala, di Terengganu ianya lebih sinonim dengan panggilan kuih tok aji serban. Kalau anda berkunjung ke Terengganu cuba singgah di Pasar Payang dan nikmati kuih ini.

Pasti sekali cuba nak lagi dan lagi. Kalau anda pernah cuba rasa kuih ini daripada air tangan orang yang pakar dalam membuatnya. Pasti anda akan kata kuih ini sungguh sedap.

resepi-pulut-sekaya-1 Resepi Pulut Sekaya/ Kuih Tok Aji Serban Sukatan Cawan Lemak Manis
liputan6.com

Tapi apa yang sedikit mengecewakan. Ada sesetengah penjual yang sanggup mengurangkan kuantiti bahan yang tidak sepatutnya untuk keuntungan diri sendiri. Disebabkan itu rasa kuih pulut sekaya/kuih tok aji serban tidak menggiurkan dan lemak manis bila dimakan.

Jadi, jalan penyelesaian yang paling baik untuk dapatkan rasa kuih yang asli. Kita belajar buatnya sendiri kat rumah. Secara tidak langsung, boleh kita jimatkan sedikit perbelanjaan serta makan pun lagi puas hati.

Kalau kita buat sendiri kuih ini. Kita dapat makan sepuas hati kerana kita buat dalam bilangan yang banyak. Jadi, memang syok sangat bila nak makan.

resepi-pulut-sekaya-1 Resepi Pulut Sekaya/ Kuih Tok Aji Serban Sukatan Cawan Lemak Manis
tribunnews.com

Tak risau dah jika berebut kuih tak cukup sebab pasti kita dapat makan sampai habis. Bahan-bahan pun kita boleh masukkan ikut suka kita. Yang pastinya takde istilah kedekut untuk lebihkan bahan-bahan dalam masakan.

Cara Buat Pulut Sekaya Sukatan Cawan

Resepi pulut sekaya/ kuih tok aji serban ni sama jer dengan kuih lain. Memerlukan cara buat yang betul agar hasilnya lebih sedap. Kalau tak memang akan ada yang kurang pada kuih nanti bila nak makan.

  • Kukus Pulut Sebanyak Dua Kali

Cara buat resepi ini yang menggunakan sukatan cawan menjadikan prosesnya lebih mudah. Cara untuk buatkan kuih ni lagi sedap, kukus pulut sebanyak dua kali. Kali pertama tanpa santan kemudian ali kedua baru la dimasukkan santan sekali sebelum dikukus.

Bagi membolehkan lapisan pulut melekat dengan mampat pada lapisan telur. Ambilkan garfu dan cakarkan pada pulut yang siap dimampatkan. Hasilnya, kuih akan lagi nampak cantik, kemas dan menarik.

Sebab lapisan pulut bercantum dengan elok dengan lapisan atas. Yummy sangat rasanya bila makan nanti. Selain itu, semasa proses mengukus kuih.

  • Balutkan Tudung Periuk Pengukus Dengak Kain

Balutkan tudung periuk yang digunakan untuk mengukus dengan kain atau lap menggunakan tisu dapur. Supaya air tidak menitik pada permukaan kuih. Untuk menjadikan tekstur pulut lagi lembut.

  • Rendam Pulut Selama 30 Minit Hingga Sejam

Selepas cuci bersih pulut. Anda kena rendamkan ia selama 30 minit hingga sejam. Nanti hasilnya pulut lagi lembut dan mudah untuk masak bila dikukus.

Dan jangan lupa untuk basuh telur hingga bersih sebelum menggunakannya. Walaupun syok memasak macam mana sekalipun. Aspek kebersihan tak boleh kita abaikan macam tu jer.

Cara Buang Pusat Telur

resepi-pulut-sekaya-1 Resepi Pulut Sekaya/ Kuih Tok Aji Serban Sukatan Cawan Lemak Manis
facebook.com

Jangan ingatkan manusia jer yang ada tali pusat. Kalau nak tahu, telur pun ada serta sinonim dengan panggilan tali pusat telur. Atau nama saintifiknya ialah chalaza.

Didalam cengkerang telur ada kuning telur kan. Jadi pusat telur kegunaannnya untuk ikat kuning telur pada kedudukannya. Haa mesti ramai yang kagum dengan pusat telur.

Kebiasaannya satu biji telur yang masih fresh mengandung 2 pusat telur. Maka, kita perlu buang ia untuk mengelakkan masakan berbau hanyir. Kalau telur yang dah tak fresh pusat telur yang kita akan nampak hanya ada 1 je.

resepi-pulut-sekaya-1 Resepi Pulut Sekaya/ Kuih Tok Aji Serban Sukatan Cawan Lemak Manis
astroawani.com

Nak tahu tak biasanya masakan apa yang memerlukan untuk kita buang pusat telur? Haa kalau nak tahu antara masakannya ialah kuih talam, sekaya telur dan sebagainya. Cara nak buang pusat telur atau bahagian putih kental yang ada pada telur senang jer.

Pecahkan telur tapi pastikan bahagian kuning telur tidak pecah yer. Buang bahagian putih telur yang keruh dan kental atau biasa dipanggil pusat telur. Nak lagi senang gunakan tangan atau garfu.

Ikut keselesaan masing-masing. Yang penting sekali, anda buang bahagian pusat telur tu jer. Kalau nak buang dengan menggunakan apa-apa alatan terserah kepada diri sendiri.

Haa ilmu sebegini amat penting juga untuk diketahui. Saya yakin ramai yang tak tahu apa itu pusat telur sebelum ini. Jadi dengan perkongsian info pada kali ini.

Diharapkan agar ianya memberi manfaat buat semua.

Cara Pilih Telur Elok

Nak membuat kuih ini sudah tentu menggunakan telur dalam kuantiti yang banyak. Jadi amat penting untuk kita tahu cara pilih telur elok supaya telur yang digunakan berkualiti. Bila telur berkualiti maka masakan kita pun akan lebih sedap dan menyelerakan.

resepi-pulut-sekaya-1 Resepi Pulut Sekaya/ Kuih Tok Aji Serban Sukatan Cawan Lemak Manis
pinterest.com
  • Perhatikan Bentuk Telur

Pertama, perhatikan bentuk telur. Telur yang elok ialah berbentuk lonjong kerana kandungan kuning telur banyak berbanding telur berbentuk bulat. Selain itu, telur elok boleh dikenalpasti jika kita menghidunya.

  • Hidu Bau Telur

Dan telur berkenaan tidak mengeluarkan bau busuk. Anda juga boleh mengetahui samaada telur elok atau tidak. Jika anda goncangkan telur serta anda rasa telur masih padat maknanya telur masih elok.

  • Goncangkan Telur Untuk Ketahui Kepadatannya

Manakala kalau ada bunyi macam ada sesuatu yang longgar di dalam telur maka telur sudah tidak elok. Banyak lagi cara nak pilih telur elok. Nanti lain kali kita kongsikan lagi buat semua.

Terima kasih kepada Raja Amanina yang sudi kongsikan resepi pulut sekaya/ kuih tok aji serban. Sedap sangat rasa kuih ini sampai licin sepinggan kami makan. Mesti anda semua dah tak sabar nak tahu bahan apa yang digunakan untuk membuat kuih ini.

Jom kita tengok sama-sama.

 

Resepi Pulut Sekaya/ Kuih Tok Aji Serban Sukatan Cawan

Bahan-bahan lapisan bawah:
-2 1/2 cawan beras pulut (rendam 1/2jam)
-2 1/2 cawan santan cair
-secubit garam

Cara Penyediaan:

  1. Beras pulut dibersihkan dan direndam selama 30 minit. Angkat dan toskan seketika kemudian masukkan ia ke dalam loyang bersaiz 9 inci (ikut mana yang ada). Pastikan anda alaskan denga plastik sebelum masukkan beras pulut.
  2. Kemudian, tuangkan santan 1 2/2 cawan. Panaskan kukusan, bila kukusan dah cukup panas. Kukus beras pulut selama 20 minit.
  3. Selepas 20 minit, keluarkan loyang tadi serta kacau pulut biar rata. Kemudian, tuangkan baki santan yang masih tinggal 1 cawan.
  4. Masukkan kembali ke dalam kukusan. Kukus pulut seperti biasa selama 15 minit.
  5. Bila dah masak sempurna boleh la diangkat. Kemudian, gaul biar rata serta tekan pulut biar ia padat dan mampat. Pastikan anda goreskan sedikit permukaan pulut untuk memudahkan lapisan atas bercantum dengan pulut nanti.

Bahan-bahan Lapisan atas:
-7 biji telur(buang pusat telur untuk elak bau telur@hanyir)
-1 1/2 cawan santan pekat
-secubit garam
-2 keping gula melaka
-3 sudu besar gula pasir@gula perang
-1/2 cawan air
-sehelai daun pandan

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan gula, gula melaka, air secukupnya, dan daun pandan ke dalam periuk. Masak semua bahan tadi hingga larut. Kemudian, angkat dan tapiskan ia. Biarkan seketika hingga suam.
  2. Masukkan telur, santan, garam dan bahan yang dimasak tadi ke dalam blender. Kemudian, kisar hingga hancur dan sebati.
  3. Loyang yang berisi pulut dipanaskan selama 10 minit. Kemudian, masukkan adunan yang telah dikisar tadi ke atas pulut.
  4. Masukkan loyang berisi pulut sekaya ke dalam kukusan. Kukus ia selama 45 minit menggunakan api sederhana. Pastikan anda membalut periuk kukusan menggunakan kain untuk mengelakkan air menitik pada permukaan kuih.
  5. Tutup api bila kuih dah masak dengan sempurna. Angkat dan sejukkan seketika sebelum dipotong cantik-cantik.
  6. Siap untuk dihidangkan bersama minuman kegemaran anda.

resepi-pulut-sekaya-1 Resepi Pulut Sekaya/ Kuih Tok Aji Serban Sukatan Cawan Lemak Manis

Selamat mencuba. Kongsikan resepi yang superb dan awesome ini kepada semua kenalan anda. Semoga perkongsian pada kali ini bermanfaat buat semua.