resepi sambal sotong kembang 1

Sesiapa yang bosan makan ikan dengan ayam boleh la cuba resepi sambal sotong kembang. Resepi ni memang simple, mudah dan senang untuk dimasak. Rugi sangat kalau anda tak cuba dulu resepi ni.

Yer la kita faham mana tak bosan kalau tiap-tiap hari makan resepi ayam dan ikan jer kan. Jadi untuk hilangkan perasaan muak dan bosan tu. Anda boleh la cuba sendiri resepi ni.

Pasti takkan menyesal tau. Memang berbaloi dan rasanya pun memang sedap sangat. Mungkin sesiapa yang gemar makan seafood akan sukakan resepi ni.

resepi-sambal-sotong-kembang-1 Resepi Sambal Sotong Kembang Simple. Makan Sekali Tak Cukup

Yer la siapa jer yang tak suka makan resepi sambal sotong kembang ni. Tak kira muda atau tua, bangsa dan agama suka makan juadah ni. Umm sedapnya makan juadah ni dengan nasi putih yang masih panas-panas.

Cara Hilangkan Hanyir Sotong Kembang

resepi-sambal-sotong-kembang-1 Resepi Sambal Sotong Kembang Simple. Makan Sekali Tak Cukup

Nak masak resepi sambal sotong kembang ni mesti perlukan sotong sebagai bahan utama. Tapi sotong yang kita akan gunakan untuk memasak resepi ni ialah sotong kembang. Mesti ada segelintir daripada kita yang tak kenal rupa sotong kembang ni kan.

Rupanya sedikit kembang berbanding sotong biasa. Tapi rasa sotong ni sama jer sedap macam sotong yang lain. Umm yummy.

Tapi cara hilangkan hanyir sotong kembang dan siangnya perlu kita tahu. Supaya masakan kita lagi sedap dan tekstur sotong pun lagi lembut bila dikunyah. Aumm.

  • Pastikan Anda Bersihkan Betul-Betul

Cara hilangkan hanyir sotong kembang mudah jer. Anda perlu bersihkan sotong kembang hingga betul-betul bersih.

  • Celur Dalam Air Panas

Kemudian, sotong kembang tadi dicelur ke dalam air panas yang mendidih selama 5-7 minit.

  • Angkat dan Toskan Seketika

Lepas tu, boleh angkat dan toskan seketika. Kemudian, boleh la dimasak seperti biasa. Diingatkan bahawa sotong kembang ni dah separuh masak selepas dicelur . Jadi, anda hanya perlu masukkan sotong kembang bila sambal dah betul-betul masak dengan sempurna.

Kira, kacau biar sotong kembang sebati dengan sambal kemudian boleh ditutup api. Senang kan. Semudah ABC jer.

Cara Hilangkan Air Sotong

Ada sesetengah orang tak sukakan sambal yang cair. Lagi pula, sambal yang sedap ialah bila ianya betul-betul kering. Jadi nak tahu tak cara hilangkan air sotong supaya sambal tak jadi terlalu cair.

Cara hilangkan air sotong mudah sahaja. Dijamin kalau anda ikut cara ni pasti masakan anda lagi sedap dan menggiurkan. Anda hanya perlu panaskan kuali.

resepi-sambal-sotong-kembang-1 Resepi Sambal Sotong Kembang Simple. Makan Sekali Tak Cukup
pinterest.com

Bila kuali dah panas, masukkan sotong kembang yang dah siap dicuci bersih. Kacau sotong kembang hingga air dalam sotong sepenuhnya keluar. Angkat dan toskan seketika sotong sebelum dimasukkan ke dalam sambal.

Mmm yummy. Memang mudah sangat dan rugi kalau tak dicuba. Lagi pula, siapa je yang tak suka makan menu yang berasaskan sotong kan.

Petua Masak Sambal Sotong

Macam biasa, apa-apa masakan pun ada petuanya yang perlu kita ikut. Petua masak resepi sambal sotong kembang mudah jer. Caranya, kalau anda nakkan sambal yang nampak cantik, menarik dan menggiurkan bila dipandang.

  • Tumis Bahan Kisar Menggunakan Minyak Mencukupi Serta Api Perlahan

Anda perlu tahu cara menumis yang betul. Mula-mula, anda tumiskan bahan yang dikisar menggunakan minyak yang banyak dan api perlahan. Api perlahan bertujuan untuk memastikan sambal masak dengan sempurna.

  • Pastikan Sambal Betul-Betul Dah Pecah Minyak

Pastikan sambal masak hingga pecah minyak dan garing. Bila dah nampak sambal dah betul-betul pecah minyak. Maknanya, sambal anda dah masak dengan sempurna.

Nanti kalau anda tak suka minyak yang terlalu banyak dalam sambal. Boleh la sendukkan sedikit minyak daripada sambal. Kalau anda nak warna sambal menjadi merah tua dan lagi nampak menarik tertarik bila orang pandang.

Anda hanya perlu tambahkan gula perang jer. Hasilnya, warna sambal lagi nampak menarik dan menyelerakan. Mmm bestnya sambal sotong ni bila dimakan pula dengan nasi lemak atau nasi putih.

resepi-sambal-sotong-kembang-1 Resepi Sambal Sotong Kembang Simple. Makan Sekali Tak Cukup
semuanyajdt.com

Jadi lepas ni ramai-ramai la cuba masak resepi ni sendiri kat rumah. Kalau anda beli kat kedai atau restoran dah berapa ringgit kan tambahan pula kuantitinya pun sedikit jer. Tapi kalau masak sendiri.

Kita lagi puas hati dan berbaloi dengan harga sotong yang kita beli. Dan kalau tak habis, kita boleh jer panggil jiran makan kat rumah. Sekali sekala kita bagi jiran-jiran makan apa salahnya kan.

Mungkin kalau kita tolong orang dengan bagi mereka makan. Kita akan semakin dimurahkan rezeki. Mana tahu kan sebabnya besar ganjaran kalau kita bersedekah dan tolong jiran kita.

resepi-sambal-sotong-kembang-1 Resepi Sambal Sotong Kembang Simple. Makan Sekali Tak Cukup
hmetro.com.my

Ala bukannya dapat untung pun kalau kalau kita amalkan sikap kedekut dengan orang sekeliling. Lagi rugi ada la sebab siapa jer yang tak nak buat kebaikan. Betul tak?

Dan kalau tak nak sotong jadi liat bila nak makan nanti. Elakkan memasak sotong terlalu lama. Masak kejap jer dan bila sotong dah masak sempurna terus tutup api.

Jangan kita kacau lama-lama sebab nanti masa nak makan sotong akan jadi liat dan tak lembut.

Tips Masak Sambal Biar Tahan Lama

Rahsia sambal sotong ni sedap, menggiurkan dan menyelerakan bukan sahaja disebabkan sotong segar. Tapi disebabkan cara kita masak sambalnya. Kalau kita guna tips masak sambal yang betul maka ia akan lagi sedap dan tahan lama.

Kalau gunakan yang ikut suka hati kita jer. Mana mungkin nak sedap sambal kita. Sebab tu tips masak sambal biar tahan lama dan sedap tu penting untuk kita ketahui.

  • Buang Biji Cili Kering 

Caranya mudah sahaja iaitu cili kering yang digunakan untuk memasak sambal. Mesti dibuang bijinya dan direbus seketika. Baru la ditoskan dan dikisar halus.

Tujuan kita buang biji cili kering untuk mengurangkan ketajaman pedas sambal. Tapi kalau anda sukakan pedas yang kaw. Anda boleh jer kisar semua sekali tanpa buang biji.

  • Tumis Bahan Kisar Menggunakan Minyak Yang Banyak

Selain itu, sebaiknya semasa anda nak menumis bahan kisar. Gunakan minyak dalam kuantiti yang banyak supaya bahan kisar masak dengan sempurna. Kalau kita gunakan minyak dalam kuantiti yang sedikit nanti bahan tumisan kita cepat hangit.

Kalau anda tak suka sambal yang ada banyak minyak. Anda boleh jer buang sedikit minyak selepas bahan tumisan dah betul-betul pecah minyak. Hanya pastikan kuantiti minyak yang digunakan untuk menumis tu.

Boleh menenggelamkan bahan tumisan. Haa baru la confirm bahan tumisan akan masak dengan sempurna. Pastikan bahan tumisan dimasak hingga pecah minyak.

  • Tips Nak Tahu Sambal Pecah Minyak

Senang jer nak tahu samaada bahan yang ditumis pecah minyak atau tidak. Caranya, perhatikan sambal dan minyak akan menjadi terapung dan terpisah daripada bahagian tepinya. Kalau macam tu maknanya bahan tumisan dah betul-betul pecah minyak.

Sambal yang pecah minyak juga akan bertukar warna menjadi merah tua. Memang warnanya nanti akan memukau semua mata-mata yang memandang tau. Secara automatik, selera makan akan terbuka seluas alam.

Haa maka jalan penyelesaiaannya, kita makan jer la. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Kalau anda rasa sambalnya sedikit kering.

resepi-sambal-sotong-kembang-1 Resepi Sambal Sotong Kembang Simple. Makan Sekali Tak Cukup

Jangan risau. Tuangkan jer air sedikit kemudian kacau lagi hingga sambal betul-betul pecah minyak. Senang kan.

Terima kasih kepada Puan Bahiah Saripuddin yang sudi kongsikan resepi sambal sotong kembang. Memang sambal ni sedap dan membuka selera makan kami seisi keluarga. Rugi tau kalau tak cuba masak dan makannya sendiri.

Meh kita usha bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak.

 

Resepi Sambal Sotong Kembang  

Bahan-bahan:

  • 1 ekor sotong kembang
  • 8-9 biji cili kering besar
  • 4 biji bawang merah
  • 1/2 biji bawang holland
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci belacan (cheyah suka bakar dulu)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

resepi-sambal-sotong-kembang-1 Resepi Sambal Sotong Kembang Simple. Makan Sekali Tak Cukup

Cara Penyediaannya:

  1. Masukkan bawang merah, bawang holland, bawang putih, halia dan belacan ke dalam mesin pengisar/blender. Manakala, cili kering mesti dibuang bijinya terlebih dahulu kemudian baru la direbus seketika untuk melembutkannya. Kemudian, kisar cili kering hingga halus.
  2. Kemudian, panaskan periuk dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar tadi. Bila dah naik bau baru dimasukkan cili kering yang dikisar tadi. Kacau hingga pecah minyak dan garing.
  3. Jika sambal kering, anda boleh masukkan sedikit air. Kemudian kacau lagi hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  4. Kemudian, masukkan sotong kembang yang dipotong mengikut citarasa masing-masing. Kacau lagi supaya sotong sebati dengan sambal.
  5. Boleh tutup periuk seketika untuk membolehkan sotong masak dengan sempurna. Tutup api. Siap untuk dihidangkan.

resepi-sambal-sotong-kembang-1 Resepi Sambal Sotong Kembang Simple. Makan Sekali Tak Cukup

Kisarkan semua bahan-bahan kecuali cili kering.

resepi-sambal-sotong-kembang-1 Resepi Sambal Sotong Kembang Simple. Makan Sekali Tak Cukup

Tumiskan bawang tu dulu bagi kering air.

resepi-sambal-sotong-kembang-1 Resepi Sambal Sotong Kembang Simple. Makan Sekali Tak Cukup

Cili kering direbus bagi lembut.

resepi-sambal-sotong-kembang-1 Resepi Sambal Sotong Kembang Simple. Makan Sekali Tak Cukup

Selepas cili kering dibasuh, toskan seketika. Kemudian kisar je guna bekas bawang tadi.

resepi-sambal-sotong-kembang-1 Resepi Sambal Sotong Kembang Simple. Makan Sekali Tak Cukup

Masukkan dalam bahan yang kita kisarkan tadi.

resepi-sambal-sotong-kembang-1 Resepi Sambal Sotong Kembang Simple. Makan Sekali Tak Cukup

Kacaukan sebati sehingga ia pecah minyak.

resepi-sambal-sotong-kembang-1 Resepi Sambal Sotong Kembang Simple. Makan Sekali Tak Cukup

Boleh masukkan garam. Cheyah guna 1/3 sudu besar.

resepi-sambal-sotong-kembang-1 Resepi Sambal Sotong Kembang Simple. Makan Sekali Tak Cukup

Masukkan gula jika suka. Cheyah guna 1/2 sudu besar.

resepi-sambal-sotong-kembang-1 Resepi Sambal Sotong Kembang Simple. Makan Sekali Tak Cukup

Potong sotong kembang tu. Cheyah suka potong petak. Ada yang suka memanjang. Terpulang pada anda semua.

resepi-sambal-sotong-kembang-1 Resepi Sambal Sotong Kembang Simple. Makan Sekali Tak Cukup

Masukkan dalam sambal yang dah masak tu. Cheyah tak rebus ye sotong tu. Masuk terus je lepas basuh bagi bersih.

resepi-sambal-sotong-kembang-1 Resepi Sambal Sotong Kembang Simple. Makan Sekali Tak Cukup

Cheyah akan tutup dahulu seketika. Kemudian, masak dengan api yang kecil nak bagi semua sebati. Tak perlu tambah air. Sotong tu akan keluarkan airnya. Proses ni mengambil masa dalam 5-8 minit. Sebab tu cheyah tak rebus. Kita tutup bagi sotong tu lembut dalam sambal baru sedap sambal sebati dengan sotong.

resepi-sambal-sotong-kembang-1 Resepi Sambal Sotong Kembang Simple. Makan Sekali Tak Cukup

Dah nampak masak tu. Boleh la angkat.

resepi-sambal-sotong-kembang-1 Resepi Sambal Sotong Kembang Simple. Makan Sekali Tak Cukup

Dah siap! Ready nak makan.

 

 

Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini kepada semua kenalan anda. Semoga sedikit perkongsian mengenai resepi ini memberikan manfaat kepada semua pembaca. Selamat mencuba.

Selalu ingat yang, jangan menyerah sebelum mencuba. Tapi kalau masih gagal selepas kita dah mencuba. Jangan putus asa.

Tapi usaha la lagi dan lagi. Sebabnya, tiada kejayaan tanpa berdepan kegagalan terlebih dahulu. Usaha dan doa kena kita lakukan sebelum kita tawakal sepenuhnya kepada Sang Pencipta.