resepi siakap stim mudah 1

Siapa yang kempunan nak makan resepi siakap stim mudah, sihat dan menyelerakan. Boleh la cuba masak menggunakan resepi ni nanti. Pasti anda akan mengakui keenakannya.

Yang pasti nasi pun akan bertambah-tambah dalam pinggan. Yang tiada selera makan pula pasti selera makan membuak-buak lepas suapan pertama. Tak percaya?

Ehh anda kena percaya sebab tiada lagi yang mampu menempis godaan masakan ni. Fuhh dimasak pula menggunakan ikan siakap yang segar. Aumm memang kena la dengan selera semua.

resepi-ikan-siakap-stim-mudah-2 Resepi Siakap Stim Mudah Jer Tak Susah Lagipun Sihat Tau

Kalau kita order di kedai makan. Mesti harga sepinggan masakan ni mampu mencecah RM30 ke atas. Tapi kalau kita beli ikan siakap dan masak sendiri di rumah mesti lagi jimat.

Betul tak? Lagipun kita boleh kawal banyak aspek seperti kuantiti garam dan gula. Dan yang paling penting kita dapat menjamin kebersihan makanan bila kita masak sendiri.

Nak memasak resepi siakap stim mudah. Sudah semesti bahan utamanya ikan siakap yang segar. Jika ikan siakap masih segar digunakan ia akan menjadikan masakan kita lagi sedap.

resepi-ikan-siakap-stim-mudah-2 Resepi Siakap Stim Mudah Jer Tak Susah Lagipun Sihat Tau
kredit gambar: iluminasi.com

Ini kerana isi ikan yang segar lagi manis dan enak tau. Memang ramai yang mengakuinya. Jadi terdapat 5 tips memilih ikan segar.

Tips Memilih Ikan Segar

  • Teliti Mata Ikan

Istimewa untuk resepi siakap stim mudah pada kali ni. Tips memilih ikan segar adalah teliti mata ikan sebelum membelinya. Mata ikan yang masih segar biasanya kelihatan jernih dan timbul.

Manakala, ikan yang dah tidak segar biasanya berwarna merah menyala dan tenggelam. Ada sesetengah ikan yang matanya merah menyala hingga anda tak sanggup nak tatap matanya lama-lama. Huhu memang menakutkan sungguh.

  • Teliti Warna Pada Insang Ikan

Jika anda nak beli ikan segar. Cuba teliti warna pada insang ikan tersebut terlebih dahulu. Ikan segar insangnya berwarna merah terang dan tidak terlampau berlendir.

Manakala, ikan tidak segar warna insangnya coklat kehitaman dan berlendir. Seeloknya sebelum nak beli ikan. Periksa terlebih dahulu samaada ianya masih segar ataupun tak.

  • Periksa Warna Kulit Serta Sisik Ikan

Ikan segar biasa warna kulitnya berkilat serta sisiknya kelihatan kuat. Manakala, ikan tidak segar biasa warna kulitnya lebih pudar serta sisiknya mudah tercabut. Memang kalau anda pandai tengok ada beza diantara ikan segar dan tidak segar.

Sebab tu ilmu seperti ini amat penting untuk dipelajari.

  • Periksa Tekstur Ikan

Cara nak periksa tekstur ikan senang sahaja. Cuba anda tekan sedikit bahagian perut ikan. Jika ikan masih segar teksturnya lebih keras.

Manakala ikan yang tidak segar teksturnya lebih lembik. Haa ada beza tau tekstur ikan ni. Diingatkan juga kepada anda semua.

Untuk elakkan daripada membeli ikan yang bahagian perutnya sudah pecah. Haish kalau perutnya dah terburai keluar tu maknanya ikan dah tak segar.

  • Hidu Bau Pada Ikan

Ikan segar selalunya akan berbau laut walaupun kita tahu ikan tersebut hanyir. Tapi bau kesegaran daripada lautnya tetap akan ada. Berbeza dengan ikan tidak segar akan berbau hanyir yang sangat kuat.

Mesti ramai dalam kalangan kita yang tak berapa mahir untuk menyiang ikan siakap kan? Kalau sesiapa yang nak belajar cara siang ikan siakap versi mudah. Ada sedikit perkongsian tips yang akan kami kongsikan.

Cara Siang Ikan Siakap

Bila kita siang ikan siakap atau mana-mana ikan sekalipun. Kita bukan sahaja buang sisik, insang dan perutnya. Malah kita perlu memastikan darah beku, lebihan organ dalaman dan urat diatas tulang perut dibuang.

Baru la ikan tersebut dikira betul-betul bersih. Ehh macam rumit jer. Kita takkan rasa rumit kalau kita tahu cara yang betul untuk siang ikan.

Jika kita tak buang urat diatas tulang perut ikan. Ianya akan pecah bila kita memasak nanti. Kemudian, darah daripada urat berkenaan akan meresap ke dalam isi ikan.

resepi-ikan-siakap-stim-mudah-2 Resepi Siakap Stim Mudah Jer Tak Susah Lagipun Sihat Tau
kredit gambar: mingguanwanita.my

Kesannya nanti ia akan menjejaskan rasa ikan tersebut. Huhu tak best kalau benda sebegini terjadi. Betul tak?

Kalau nak tahu, urat ni terletak di kepala hingga ke ekor ikan siakap. Ianya mengandungi lebihan darah. Jadi nak ke tak nak, anda kena buang juga bahagian ni tau.

Cara Bersihkan Ikan Siakap

Bila dah buang semua darah beku, lebihan organ dalaman dan urat diatas tulang perut ikan siakap. Anda boleh cuci ikan hingga bersih. Cara bersihkan ikan siakap, pastikan anda cuci dari bahagian kepala ke bahagian ekor.

Ini untuk mengelakkan jari anda yang gebu mulus daripada tercedera nanti. Cara buang hanyir ikan siakap anda boleh cuba rendamkan ikan dalam bancuhan air asam jawa. Kalau tiada bancuhan air asam jawa tiada masalah.

Anda boleh gantikan dengan air perahan limau nipis atau limau kasturi. Sesetengah orang ada juga menggunakan bancuhan tepung gandum. Semuanya mengikut keselesaan dan kesukaan anda.

resepi-ikan-siakap-stim-mudah-2 Resepi Siakap Stim Mudah Jer Tak Susah Lagipun Sihat Tau
kredit gambar: digitaloceanspaces.com

Sebab yang nak makan nanti anda semua juga. Terima kasih kepada Puan Bahiah Saripuddin sudi kongsikan resepi siakap stim mudah. Jom kita lihat apa bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Siakap Stim Mudah, Sihat Dan Menyelerakan

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap sederhana besar
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan sos ikan
6 ulas bawang putih dicincang
2 inci halia dipotong halus
1/2 biji bawang holland dipotong dady
1 biji tomato dipotong dadu
1 batang serai dipotong nipis
4-5 biji cili padi dipotong halus
2 biji limau nipis
Sedikit daun ketumbar
Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaannya:

1. Lumurkan garam dan gula pada ikan, kemudian letakkan sos tiram. Sapu sebati bagi semua tempat kena termasuk kat dalam perut dia.
2. Campakkan semua bahan-bahan lain. Perah asam limau dan curahkan sos ikan.
3. Sedia untuk direbus selama 30 minit. Dah siap untuk dihidangkan.
resepi-ikan-siakap-stim-mudah-2 Resepi Siakap Stim Mudah Jer Tak Susah Lagipun Sihat Tau
resepi-ikan-siakap-stim-mudah-2 Resepi Siakap Stim Mudah Jer Tak Susah Lagipun Sihat Tau

Semoga sedikit perkongsian dari resepi ini memberi manfaat untuk semua. Jangan lupa untuk kongsikan kepada semua orang yer. Selamat mencuba.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.