resepi sup tulang 2

Daging korban tengah banyak ni jom la kita masak resipi sup tulang. Rugi sangat kalau time raya korban dengan daging tengah penuh stok. Kita tak masak juadah yang sememangnya sangat menggiurkan ni.

Ni kalau kata sesiapa yang sememangnya peminat daging pasti akan tahu macam mana sedapnya rasa daging. Lagi-lagi kalau kita masak part tulang lembu. Perghh tak perlu cerita lagi kot sebab semua dah tahu sedapnya tu tahap mana.

Ada yang tanya saya,  sedap sangat ke kalau masak tulang lembu dengan cara macam tu. Ehh jangan negative sangat yer. Tak cuba lagi maka tak tahu.

resepi-sup-tulang-2 Resipi Sup Tulang Terliur Nak Makan Sempena Raya Korban Setahun Sekali

If you judge the food without taste it first. Haishh pasti anda akan menyesal sangat-sangat. Lagipun ni bukan bahagian daging tau tapi bahagian tulang.

Haa mesti ada yang kata ala tak syok la makan resipi sup tulang sebab takde daging langsung. Ehh tulang la sedap kita nak makan sambil feeling. Lagipun bukannya daging kat bahagian tulang tu tiada langsung.

Ada jer dan rasanya juga jauh lagi sedap daripada kita makan daging sahaja. Kalau tanya saya, saya lebih suka makan bahagian tulang sebab ada kedua-dua bahagian. Tulang untuk kita pegang dan hisap sikit-sikit dan daging untuk kita kunyah pun ada.

resepi-sup-tulang-2 Resipi Sup Tulang Terliur Nak Makan Sempena Raya Korban Setahun Sekali
uihere.com

Perghh memang sedap giler. Sangat puas hati kalau makan juadah ini. Confirm sekali makan nak lagi.

Kalau orang tanya kalau bahagian tulang sedap dimasak dengan juadah apa. Memang jawapan paling tepat ialah sedap sangat kalau dimasak sup tulang. Sesiapa yang dah cuba makan juadah ini jer yang tahu akan keenakannya.

Haa pada sesiapa yang pernah tanya saya tulang lembu sedap di masak apa. Haa resipi sup tulang la jawapan yang anda semua nantikan. Padu giler kuah sup tulang dihirup bila masih panas-panas.

resepi-sup-tulang-2 Resipi Sup Tulang Terliur Nak Makan Sempena Raya Korban Setahun Sekali

Antara rahsia kenapa juadah ini sedap dari yang lain ialah kerana kuah supnya yang rasa sungguh kaw. Mmm hingga menjilat jari tau. Kalau bab nasi tak perlu nak cerita la kan.

Sampai tak terkira dah berapa senduk nasi tambah ke dalam pinggan. Kalau macam ni la gayanya. Confirm yang baru ada niat nak diet atau sememangnya dah diet akan tergugat nafsu makannya.

Betulkan? Ala tak usah berdalih la kita dah biasa dengan benda-benda macam tu. Cakap nak diet lepas tu tunda.

resepi-sup-tulang-2 Resipi Sup Tulang Terliur Nak Makan Sempena Raya Korban Setahun Sekali

Dari esok ke esok. Lepas tu hasrat nak diet terkubur macam tu sahaja. Tapi dah nak buat macam mana kan.

Yer la dah siapa jer yang mampu tempis godaan sup tulang ni. Saya pun kalah punya bila disuruh antara diet dengan sup tulang. Haish, jarang-jarang jer orang tolak bila disuakan juadah seenak ini.

Cara Memasak Resipi Sup Tulang Paling Sedap dan Mudah

resepi-sup-tulang-2 Resipi Sup Tulang Terliur Nak Makan Sempena Raya Korban Setahun Sekali
agrobazaar.com.my

Bagi memudahkan anda semua nak masak resipi sup tulang yang paling sedap dan mudah. Saya akan kongsikan sedikit tips untuk anda semua. Nanti boleh la try tips ni masa nak masak nanti.

Sebagaimana yang semua sedia maklum. Nak memasak juadah ni biar bahagian tulangnya memang memakan masa yang lama. Kalau yang jenis tak sabar haish memang menangis juga nak tunggu.

Melainkan kalau anda nak guna pressure cooker noxxa. Memang diakui proses memasaknya lebih cepat. Jadi, semasa proses nak merebus tulang biar ia empuk.

resepi-sup-tulang-2 Resipi Sup Tulang Terliur Nak Makan Sempena Raya Korban Setahun Sekali
amway.net

Kita akan nampak minyak dan buih-buih terapung di permukaan sup. Jangan risau yer itu adalah minyak daripada lemak di bahagian tulang. Kita hanya perlu sendukkan ia dan buang.

Maka masalah dah pun selesai yeayy. Lagi satu, daun sup, daun bawang atau bawang goreng sebaiknya ditaburkan semasa nak hidang nanti. Rasa sup tulang kita pun akan lagi sedap dan menggiurkan.

Cuba anda makan sup tulang dengan telur dadar, sambal belacan yang pedas kaw serta ulam-ulaman. Pergghh dijamin memang membangkitkan selera makan sesiapa sahaja. Jangan lupa untuk cuba tau.

resepi-sup-tulang-2 Resipi Sup Tulang Terliur Nak Makan Sempena Raya Korban Setahun Sekali
matrunner.com.my

Perkongsian resipi sup tulang ini adalah daripada kenalan Facebook saya iaitu Puan Bahiah Saripuddin. Terima kasih diatas kesudian beliau berkongsi resepi ini. Sedap sangat dan rugi kalau tak cuba.

Meh kita usha sikit bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak. Mesti ramai tertanya-tanya kan apa bahan yang kita gunakan untuk jadikan sup tulang lagi sedap. Tanpa buang masa lagi jom kita usha hehe.

 

Resipi Sup Tulang Paling Sedap dan Mudah

Bahan-bahan:

  • 1 kg Tulang daging lembu
  • 1 peket sup siam Adabi
  • 1 peket sup tulang Adabi
  • 2 biji bawang merah dimayang
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1 inci halia ditumbuk
  • 2 inci lengkuas diketuk
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun sup penambah aroma kita

Cara penyediaan:

  1. Bersihkan tulang terlebih dahulu dan biarkan seketika. Panaskan periuk kemudian masukkan air secukupnya dan bahagian tulang yang telah dibersihkan tadi. Masak selama 40 minit menggunakan api sederhana hingga tulang empuk. Pastikan anda tutup periuk supaya tulang masak dengan sempurna.
  2. Tumbuk bawang putih dan halia menggunakan lesung batu. Panaskan kuali. Masukkan bawang putih, halia, bawang merah dan lengkuas kemudian tumis hingga kekuningan dan garing.
  3. Kemudian, masukkan bahan yang ditumis ke dalam kuah sup. Masukkan sup siam dan rempah sup tulang. Kacau biar semua bahan sebati. Kemudian, perasakan dengan garam dan gula.
  4. Kacau lagi sekali dan tutup periuk. Biarkan mereneh sebentar. Bila tulang sudah empuk dan masak dengan sempurna. Tutup api.
  5. Angkat dan siap untuk dihidangkan. Taburkan daun sup, daun bawang atau bawang goreng untuk membangkitkan aroma yang lagi sedap pada kuah sup.

resepi-sup-tulang-2 Resipi Sup Tulang Terliur Nak Makan Sempena Raya Korban Setahun Sekali

Semoga perkongsian kali ini memberikan manfaat buat semua. Jangan lupa untuk kongsikan resepi kepada semua kenalan karib anda. Bila berkongsi resepi dengan semua inshaAllah ilmu kita akan makin berkembang.

Jangan amalkan sikap kedekut ilmu takut kelak kita yang rugi. Selamat mencuba.