Tips Parenting | Teknik Bercerita Daripada Seorang Ayah

Artikel dibawah adalah berbentuk perkongsiaan daripada Nurkhomsiah Bakrim. Tips parenting amat penting dalam kehidupan kanak-kanak seharian. Ibu bapa mereka dakwat dan anak-anak merupakan kain putih. Oleh itu, menjadi tanggungjawab dakwat untuk mencorakkan kain putih tersebut samada ingin menjadikan kain putih tersebut berharga atau menjadi tidak berguna.

Ruangan tips parenting ini adalah untuk menyebarkan artikel-artikel dan perkongsiaan yang bermanfaat berkaitan tips parenting bagi memastikan ibu bapa mempunyai panduaan dalam bab tips parenting. Jom kita hayati perkongsiaan tips parenting teknik bercerita daripada seirang ayah dibawah ini.

 

Biasanya, mommy yang rajin bercerita dgn anak-anak.

Sesekali, bila ayah pulak yang ambil alih.. Auranya terasa berbeza.

Suara, intonasi dan gaya penyampaian daripada figura seorang ayah tentu berbeza daripada si ibu.

Antara buku favourite pilihan anak-anak ialah Ziyad & Tiger Adventures yang penuh dengan moral values.

tips-parenting Tips Parenting | Teknik Bercerita Daripada Seorang Ayah

Secara fitrahnya, kanak-kanak sukakan animals. Buku ni seronok dibaca sebab terdapat 10 jenis haiwan berbeza yang disebut dalam al-Quran;

* Elephant (al-Fil: 1)

* Birds (al-Maidah: 31)

* Camel (Hud: 64)

* Bees (al-Nahl: 68)

* Ants (an-Naml: 18)

* Spider ( al-Ankabut: 41)

* Horse ( al-Aadiyat: 1)

* Donkey (an-Nahl: 8)

* Mosquito (al-Baqarah: 26)

* Monkey (al-A’raf: 166)

Setiap sesi story telling tak perlu lama.. 10-15 minit je.

Content yang diceritakan tak perlu semua.. Satu atau dua jenis haiwan je.

Most importantly, they know and learn something happily with the most important man in their life!

Thank You, Allah.

 

Tips memilih cerita untuk didengarkan kepada anak

1. Ibu bapa perlu sedar bahawa anak-anak dapat menyerap maklumat dengan sangat cepat ketika masih kecil.

Sekiranya ada maklumat yang diterima itu mengelirukan, kesannya mungkin tidak kelihatan pada masa itu tetapi pada kemudian hari apabila anak itu menjadi besar.

2. Jauhkan anak-anak daripada cerita yang mempunyai kesan negatif seperti cerita yang memburukan orang lain ataupun cerita tentang keluhan ibu bapa.

3. Cerita haiwan, terutamanya cerita yang mengandungi banyak pelajaran dan nasihat. Penggunaan haiwan sebagai peranan dalam cerita akan menggalakkan anak untuk berimaginatif. Melalui imaginasi inilah munculnya idea-idea kreatif.