nasi dagang versi kelantan kelate 3

Negeri Cik Siti Wan Kembang dikenali kaya dengan pelbagai masakan yang sedap antaranya nasi dagang. Sesiapa yang berkunjung ke negeri itu kalau tak singgah makan juadah ni memang tak lengkap. Dengan keenakan rasa gulai dan nasinya memang mampu menggoda nafsu makan kita.

Saya yakin pasti ramai yang dapat bayangkan keenakan juadah ni. Dengan gulainya yang dimasak menggunakan serbuk rempah asli dari Kelantan. Perghh memang daripada yang tak berselera nak makan terus tambah nasi berpinggan-pinggan.

Juadah ini dimasak menggunakan style Kelantan dan rasanya sedap kerana berasnya berwana perang kemerahan. Juadah ini sedap dimakan bersama gulai ikan tongkol, sambal ikan dan acar timun. Haish sampai telan air liur sambil menaip saya sekarang ni.

nasi-dagang-versi-kelantan-kelate-2-4 Nasi Dagang Style Kelantan yang Sedap dan Mudah Habuan Perut Yang Suka Mengidam Macam-Macam

Semata-mata nak describe kepada anda semua betapa sedapnya juadah ni. Keenakannya tu tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Anda yang kena merasainya sendiri.

Baru la sampai maksud apa yang saya nak sampaikan sekarang ni. Jadi, sesiapa yang belum cuba nasi dagang yang dimasak menggunakan style Kelantan. Mereka amat rugi sebab tak dapat peluang lagi nak rasa masakan yang digilai ramai.

Juadah ni biasa penduduk Kelantan makan ketika sarapan pagi, makan tengahari, dan makan malam pun ada tau. Tu tak dikira lagi ketika jamuan atau kenduri mesti akan dihidangkan dengan juadah ni. Fuhh merecik sungguh bila bayangkan suapan pertama saya bila mula-mula makan dulu.

Sampai sekarang masih terasa keenakannya juadah ni kat lidah. Paling penting ia dah mendapat tempat di hati saya ewah. Ni kalau dapat peluang untuk berkunjung lagi ke Kelantan pasti saya akan balas dendam kat juadah ni.

Saya akan cari kedai makan yang ada nasi dagang masakan ni dan makan hingga puas hati. Kalau tak memang tak balik pun takpe haha. Betul la kan, siapa suruh sedap sangat rasa masakan ni.

Kan dah menjadi igauan ramai. Tapi takpe benda boleh beli dan makan, buat apa kecoh-kecoh lagi kan?

Tips Gulai Ikan Tongkol Sedap Untuk Nasi Dagang

Nak masak gulai ikan tongkol yang sedap untuk dimakan bersama nasi dagang. Pertama sekali, kita kena pilih ikan tongkol putih yang saiznya agak besar. Nanti baru la syok nak masak gulai ikan tongkol dan rasanya juga lebih sedap.

Tips seterusnya saya dapat daripada nenek saya. Katanya, kalau gulai ikan tongkol hendak dimakan pada pagi esok. Malam tu kita kena masak gulai tersebut sebab lagi lama gulai tu dimasak lagi umphh rasanya.

Sebabnya bila esok nak makan gulai tu semua rempah dah sebati dengan kuah gulai dan ikan. Jadi tak pelik kalau kuah dan ikan gulai tongkol begitu sedap dan membangkitkan selera.

Tapi jangan lupa untuk rebus terlebih dahulu ikan tongkol yang nak dimasak gulai. Sebabnya bila nak masak nanti kuah gulai akan cepat meresap ke dalam ikan.  Bila guna tips ni rasa gulai kita lagi sedap dan menyangkut bila dimakan dengan nasi.

Seterusnya, untuk bagi gulai ikan tongkol kita tahan lama, sedap dan tidak berbau hanyir. Pastikan kita cuci bersih segala darah yang ada pada ikan. Sepertimana yang semua sedia maklum, ikan tongkol ni ada banyak darah.

nasi-dagang-versi-kelantan-kelate-2-4 Nasi Dagang Style Kelantan yang Sedap dan Mudah Habuan Perut Yang Suka Mengidam Macam-Macam
kredit:umpan.com.my

Memang kadang-kadang sedikit mengerikan bila tengok darahnya yang banyak tu. Sebab tu kena cuci bagi bersih ikan daripada darah dan sebagainya.

Lepas ini kalau mengidam nak makan juadah ni yang menggunakan style Kelantan. Dah tiada masalah untuk masaknya sendiri.

Terima kasih untuk Cik Raja Amanina sudi sumbangkan resepi asal nasi dagang untuk kita cuba. Tanpa buang masa, kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak.

Nasi Dagang

Bahan-bahan:

Nasi
– sekilo beras nasi dagang
– 2 genggam beras pulut
– 1 kotak kecil santan kara+tambah air 1cawan
– 8 ulas bawang merah dimayang halus
– 2 ulas bawang putih dihiris
– 3 inci halia dimayang halus
– 1 helai daun pandan
– 2 sudu kecil halba
– 1 sudu gula
– 1 sudu kecil garam

Cara Penyediaan:

  1. Beras pulut dan beras nasi dagang dicuci hingga bersih kemudian sekitar 4 jam atau semalaman rendamkan ia.
  2. Panaskan periuk. Masukkan santan dengan bawang merah, bawang putih, halia, halba dan daun pandan. Letakkan garam dan gula secukup rasa kemudian masak hingga semua bahan mendidih.
  3. Nasi dagang yang direndam tadi perlu ditoskan seketika untuk buang airnya. Kemudian, beras yang ditoskan perlu dikukus selama 20 minit atau hingga wapnya naik ke udara.
  4. Sediakan bekas sederhana besar. Bila beras nasi dagang sudah masak angkat dan masukkan ke dalam bekas tadi. Santan yang dimasak dituangkan kedalam bekas mengandungi beras nasi dagang dan digaul hingga sebati kedua-dua bahan tadi.
  5. Kemudian, nasi dagang tadi dikukus untuk kali kedua supaya nasinya betul-betul masak dengan sempurna. Tutup api dan angkat nasi  dagang kemudian menggunakan garfu yang bersih gembur nasi dagang tadi.

Gulai Ikan Tongkol

Bahan-bahan:

– seekor ikan tongkol direbus (nak lagi sedap rebus dan biarkan semalaman)
– ikan tongkol di rebus bersama garam dan asam keping

*bahan kisar:
– 7 ulas bawang merah
– 2 ulas bawang putih
– 2 inci kunyit hidup
– 2 inci lengkuas
– 1 senduk cili giling@cili kisar
– 1/2 sudu kecil lada hitam
*kisar hingga halus

– Santan secukupnya
– 1/2 sudu kecil halba
– 1 keping asam keping
– gula garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Bahan kisar iaitu bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, lengkuas, cili giling/cili kisar dan lada hitam dikisar hingga halus.
  2. Panaskan kuali kemudian masukkan sedikit minyak dan tumis bahan yang telah dikisar halus hingga kekuningan. Tuangkan santan serta masukkan halba dan asam keping.
  3. Kacau seketika untuk elakkan santan daripada berketul. Biarkan kuah mendidih seketika.
  4. Kemudian, ikan tongkol dimasukkan satu persatu. Letakkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan kuah dan ikan tongkol masak dengan sempurna (jika nak kuah sedikit pekat biarkan ia mendidih lama sikit).
  5. Tutup api kemudian angkat dan hidangkan bersama nasi dagang.

 

Sambal Nyor@Sambal Ikan

Bahan-bahan:

– 1 biji kelapa parut digoreng hingga perang
– 3 batang serai dihiris halus
– 6 ulas bawang merah dihiris
– 1 inci halia
– sedikit lada hitam
– ikan rebus@ikan bakar 4-5ekor asingkan tulang
– gula melaka(dihiris halus)
– garam

Cara penyediaan:

  1. Kelapa parut dikisar atau ditumbuk halus dengan bahan lain seperti isi ikan, bawang merah, serai, halia dan lada hitam.
  2. Tambahkan gula melaka dan garam secukupnya. Untuk bagi sambal ikan tahan lama, lepas dah siap kisar seeloknya sangai atau goreng sambal ikan sekali lagi.
  3. Siap untuk dihidangkan.

Acar Timun

Bahan-bahan:
– 2 biji timun
– sedikit kubis dihiris
carrot hiris
– cili padi dihiris
– 2 biji bawang besar dihiris
– sedikit pewarna kuning(optional je)
– 1 senduk kecil cuka
– gula
– garam
– sedikit air

nasi-dagang-versi-kelantan-kelate-2-4 Nasi Dagang Style Kelantan yang Sedap dan Mudah Habuan Perut Yang Suka Mengidam Macam-Macam

Cara penyediaan:

  1. Satukan bahan-bahan di atas dalam mangkuk sederhana. Kemudian kacau biar ia sebati dan letakkan gula dan garam secukupnya. Siap untuk dihidangkan.

Semoga sedikit perkongsian yang diberi mampu memberi manfaat kepada semua. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini kepada yang tersayang. Selamat mencuba.

nasi-dagang-versi-kelantan-kelate-2-4 Nasi Dagang Style Kelantan yang Sedap dan Mudah Habuan Perut Yang Suka Mengidam Macam-Macam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.