nasi lemak daun pandan resepi

Tiada idea nak masak untuk sarapan pagi ni? Apa kata anda cuba masak resepi nasi lemak pandan.  Pasti bila cuba sekali nak lagi.

Kebiasaannya menu ini dimakan ketika sarapan. Namun, orang zaman sekarang ni dah boleh adapt. Dan mereka makan bila-bila masa mereka suka.

Tidak kira pagi atau malam. Hebat bukan masakan ni. Bukan sahaja menjadi kegemaran semua orang.

nasi-lemak-daun-pandan Nasi Lemak Pandan Sungguh Jeliro Versi Raja Amanina

Malah, ianya menjadi makanan kesukaan semua lapisan masyarakat. Tidak kira Melayu, Cina atau India. Pasti semua orang tertanya-tanya sebab apa resepi nasi lemak pandan ini menjadi kesukaan ramai kan.

Takkan tak suka kalau dari jauh tengok sambalnya yang kemerah-merahan tu kan. Aishh geram sungguh. Yang tak lalu makan nasi terus bertambah-tambah nasi dalam pinggan.

Fuhh hebat penangan menu ni hingga tiada siapa yang dapat menempisnya. Sekali dia datang terus kecur air liur ni. Tu belum rasa lagi tau baru tengok jer.

Siapa jer yang dapat menahan daripada mencubanya. Confirm semua akan mengakui keenakan resepi nasi lemak pandan ni. Mesti ada yang pelik kan dengan nama resepi kita pada kali ni.

Kenapa ada perkataan pandan? Betul tak? Haa daun pandan kan baunya wangi.

Fuhh lagi menusuk ke hidung la aroma nasi lemak tu nanti. Sebab tu ramai yang tergoda. Dan yang pasti, bila makan sekali pasti nak lagi dan lagi hehe.

Nak masak mana-mana menu masakan. Kita wajib tahu apa tips yang perlu digunakan ketika memasak. InsyaAllah, masakan yang kita masak nanti bukan jer mampu memikat hati orang yang memakannya.

Malah, kita mampu ikat perut orang yang kita bagi makan tau. Confirm masakan kita menjadi kegemaran semua orang. Siapa yang tak suka kan? Hehe

Tips Masak Sambal Nasi Lemak

Antara tips yang boleh dikongsikan pada kali ni adalah cara untuk masak sambal. Haish sebut sambal jer dah telan air liur. Belum masak resepi nasi lemak pandan lagi ni.

Nak masak apa-apa juadah sekalipun. Kita kena pastikan kita memilih bahan mentah yang segar. Sebaiknya pentingkan kualiti daripada kuantiti.

Sebab apa? Sebabnya, tak guna kuantiti barangan tu banyak tetapi tiada kualiti. Contohnya, buruk, tak segar dan sebagainya.

Bukan sahaja waktu kita dibuang untuk membeli bahan mentah baru. Silap hari bulan, rasa masakan kita juga tidak menepati apa yang kita inginkan. Sebab itu, kita kena bijak memilih bahan mentah.

Nak pilih bahan mentah pun kena ada ilmu jugak tau. Bukan main beli jer apa yang ada depan mata. Nanti diri sendiri yang rugi huhu.

Berbalik kepada tips masak sambal nasi lemak kita tadi. Pertama, kalau nakkan sambal yang sedikit manis. Gunakan bawang merah besar India.

Kalau nak sambal yang kurang manis gunakan bawang besar Holland(kulit perang). Kemudian, semasa anda ingin kisar pastikan guna air yang sedikit sahaja. Tak perlu berlebihan yer.

Kemudian, anda kena asingkan bahan kisaran bawang dengan bahan kisaran cili. Jangan pula anda blend kesemuanya sekali yer. Sedikit tips untuk memudahkan anda semua kisar cili.

Mula-mula, gunting cili kering mengikut saiz yang anda nak dan bijinya dibuang yer. Kemudian, didihkan air seketika.  Tujuan biji cili kering dibuang adalah untuk mengurangkan ketajaman pedas cili kering.

Selain itu, sambal kita lebih cepat masak dan paling penting tahan lama. Nanti tiada masalah cirit birit atau keracunan makanan kalau sesiapa makan sambal kita. Bila dah betul-betul mendidih.

Masukkan cili kering dan rebus hingga lembut. Angkat dan toskan seketika. Tips ini berguna bagi mengurangkan masa untuk memasak cili kering.

Sebaiknya, anda kisar cili kering bersama sedikit minyak tanpa penggunaan air. Anggaran minyak yang digunakan hanya sekadar untuk menggerakkan mesin pengisar sahaja. InshaAllah, masa yang diambil untuk memasak cili kering dalam sambal lebih singkat.

Tips Untuk Menumis Sambal

Terdapat 3 tips untuk menumis sambal resepi nasi lemak pandan agar lebih tahan lama. Pertama, semasa potong cili kering buang bijinya. Kedua, semasa proses untuk menumis. Gunakan minyak yang secukupnya.

Jangan lebih atau kurang. Sebaiknya, sambal ditumis dalam kuantiti minyak yang banyak agar cili masak dengan sekata dan elok. Baru la sambal kita lagi umphh dan sedap.

Pada sesiapa yang tidak sukakan minyak yang banyak ketika menumis. Jangan risau yer. Anda boleh jer keluarkan minyak yang berlebihan selepas sambal masak dengan sempurna nanti.

nasi-lemak-daun-pandan Nasi Lemak Pandan Sungguh Jeliro Versi Raja Amanina
kredit:keluarga.my

Tips yang terakhir dan paling penting adalah tumis bahan tumisan hingga pecah minyak. Rahsia utama keenakan sambal adalah bila kita tumis sampai pecah minyak. Perghh confirm rasa sambal lagi padu.

Mesti ada yang tertanya-tanya, macam mana nak tahu bila sambal dah pecah minyak. Caranya mudah saja. Apabila kelihatan sambal dan minyak terapung dan terpisah di bahagian tepinya.

Serta warna sambal bertukar sedikit gelap. Maksudnya sambal sudah pecah minyak dan telah masak dengan elok. Dan seeloknya, gantikan penggunaan gula putih dengan gula melaka.

Gunakan gula melaka yang dalam bentuk “kerek” atau di negeri Pantai Timur dipanggil “nise”. Kalau anda gunakan “nise” ketika proses menumis. Sambal anda bukan sahaja enak dimakan dan lagi umphh.

Malah, warna sambal anda juga lagi merah berkilat serta mampu memukau. Mana-mana mata yang melihatnya. Senang cerita, memang kecur air liur sesiapa yang terpandangkan sambal anda.

Terima kasih kepada Raja Amanina kerana berkongsi resepi nasi lemak pandan. Pasti semua tak sabar untuk ketahui bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak kan. Jom kita tengok sama-sama.

nasi-lemak-daun-pandan Nasi Lemak Pandan Sungguh Jeliro Versi Raja Amanina

Resepi Nasi Lemak Pandan Versi Raja Amanina

Bahan-bahan Sambal Nasi Lemak Sedap:
-3 genggam cili kering potong cuci bersih dan rebus hingga lembut
-3 biji bawang besar
-7 ulas bawang merah
-belacan sikit je

*kisar cili kering,bawang besar,bawang merah dan belacan bersama sedikit air
*1keping asam keping@sedikit asam jawa
*gula(nak guna gula melaka pun boleh lagi sedap)
*garam secukup rasa
*minyak untuk menumis

Cara Penyediaan:

  1. Tumis bahan kisar hingga betul2 garing.
  2. Kalau pekat sangat boleh tambah air sikit.
  3. Masukkan asam keping masak@reneh lagi hingga pecah minyak.
  4. Perasakan gula garam,ikan bilis nina masukkan sikit je dalam sambal tu.

 

Bahan-bahan Untuk Nasi Lemak Kukus:

-beras(cuci hingga bersih)
-santan(sukatan santan ni sama dengan paras beras)
*santan tu campur air sikit taknak bagi nasi berat@muak sangat)
-2 helai daun pandan
-1 sudu kecil garam
-2 sudu besar minyak masak
-3,4 ulas bawang merah
-1 inci halia
*nak buat nasi lemak pandan boleh kisar 3,4 helai daun pandan dan tapis

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan kukusan.
  2. Satukan semua bahan dalam bekas tahan panas(nina guna loyang).
  3. Kukus nasi hingga masak.
    *nasi cantik berderai,tak berkerak dan lambat basi.
  4. Jika tak nak kukus boleh tanak@masak macam biasa sahaja.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.