resepi daging bakar mudah 13

Buntu tak tahu menu apa nak masak apa hari ni? Jom cuba resepi daging bakar mudah dan sedap dicicah pula dengan sos ala Thai. Perghh memang memikat selera sesiapa sahaja yang mencubanya.

Jadi rugi kalau anda tak cuba resepi ini di rumah. Mesti semua akan sukakannya. Siapa jer yang tak suka makan daging bakar.

Dicicah pula dengan sos ala Thai homemade. Aumm memang menepati citarasa anda semua kan. Sebab tu kena cuba.

resepi-daging-bakar-mudah-4 Resepi Daging Bakar Mudah Sedap Dicicah Sos Ala Thai

Resepi daging bakar mudah memang enak tau. Tapi walaupun ianya enak. Kita mesti tahu bahagian daging lembu mana yang sesuai digunakan untuk menu ni.

Bukannya main beli dan bakar jer tau. Kalau kita pandai pilih bahagian lembu yang sesuai untuk dijadikan daging bakar. Confirm masakan kita lagi sedap dan menggiurkan.

Tips Memilih Bahagian Lembu

  • Bahagian Bahu Lembu (Chuck)

Kalau nak tahu tekstur daging pada bahagian chuck adalah lembut. Tapi lembutnya tidak setanding daging batang pinang. Biasanya bahagian daging chuck amat sesuai dimasak stew, kari dan gulai.

Hal ini kerana, daging bahagian ini dimasak dalamĀ  jangka masa yang lama. Dengan menggunakan api yang rendah sahaja.

  • Bahagian Tulang Rusuk (Rib)

Jika anda tidak tahu, bahagian tulang rusuk terletak pada separuh bahagian atas lembu. Bahagian tulang rusuk menjadi kesukaan ramai tau. Disebabkan untuk mendapatkan hasil daging yang lembut.

Ianya tidak perlukan masa memasak yang agak lama. Bahagian ini memang sedap bila kita perap bersama rempah ratus. Perghh memang sangat menyelerakan dan mampu membuka selera makan sesiapa sahaja.

Biasanya bahagian tulang rusuk ramai orang beli untuk dimasak sup tulang ataupun sup daging. Aumm memang sedap sangat. Tu belum lagi cerita hirup kuah sup panas-panas.

Perghh memang padu sungguh.

  • Daging Batang Pinang (Tenderloin)

Daging batang pinang amat popular di kalangan masyarakat kita. Betul tak? Siapa jer yang tak tahu bahagian daging batang pinang.

Mesti semuanya biasa beli atau dengar. Sebabnya daging batang pinang sangat terkenal kerana bahagian daging ini begitu lembut. Dan sememangnya menjadi rebutan ramai.

Siapa jer yang tak nak berebut kalau daging bahagian ni. Perghh bila kita gigit memang terasa kelembutannya. Memang berbaloi sangat kalau kita beli, masak dan makan ramai-ramai.

resepi-daging-bakar-mudah-4 Resepi Daging Bakar Mudah Sedap Dicicah Sos Ala Thai
pasartanimelawati.com

Bahagian daging ini sesuai dengan masakan di negara kita seperti rendang, gulai, kari dan sebagainya.

  • Daging Batang Pinang (Sirloin)

Ehh sama ke daging sirloin dengan tenderloin? Haa walaupun namanya sama iaitu daging batang pinang. Namun, potongan daging ni berbeza tau.

Terletak di bahagian pinggang lembu ianya merupakan bahagian sirloin. Perghh bahagian ni memang enak kalau kita buat daging bakar atau “harimau menangis”. Memang sedap dan padu tau.

Ini kerana bahagian ni mengandungi lemak yang tinggi. Sebab tu la daging pada bahagian sirloin lebih lembut dan juicy bila dibakar. Mmmm yummy jugak kalau dibuat resepi daging bakar mudah.

resepi-daging-bakar-mudah-4 Resepi Daging Bakar Mudah Sedap Dicicah Sos Ala Thai
sajionline.com.my

Ada banyak lagi bahagian lembu yang lain. Tapi untuk kesempatan kali ini kita kongsikan yang ni terlebih dahulu. Semoga ianya memberikan manfaat untuk kita semua.

Tips Memilih Daging Lembu

Pada kali ni, kami juga akan kongsikan tips memilih daging lembu untuk anda. Tips ni berguna pada yang baru pertama kali nak pergi beli daging di pasar. Tiada masalah, kita sama-sama belajar yer.

Nanti boleh la guna tips memilih daging lembu untuk resepi daging bakar mudah. Rugi kalau tak cuba resepi ni di rumah. Terdapat 5 tips memilih daging lembu.

resepi-daging-bakar-mudah-4 Resepi Daging Bakar Mudah Sedap Dicicah Sos Ala Thai
mohamaddiniesaifullah.files.wordpress.com
  • Perhatikan Warna Daging

Cara paling mudah untuk anda nak tahu samaada daging yang dibeli segar atau tidak. Perhatikan saja warna daging. Daging segar warnanya merah cerah.

Memang kalau anda sekilas pandang pun dapat agak yang daging tu segar. Berbeza dengan daging tidak segar warnanya pucat dan tidak merah seperti biasa.

  • Periksa Tekstur Daging

Cara mudah anda nak periksa tekstur daging. Anda hanya perlu tekan bahagian daging. Jika daging terasa kenyal serta daging kembali semula pada bentuk asal.

Maka daging tersebut adalah daging segar.

  • Hidu Bau

Jika daging segar bau aromanya begitu segar. Tapi kalau daging tidak segar baunya busuk dan berbeza daripada daging segar. Memang kalau sesipa jer yang hidu akan dapat bezakan antara daging segar atau tidak.

resepi-daging-bakar-mudah-4 Resepi Daging Bakar Mudah Sedap Dicicah Sos Ala Thai
i.fullersociety.com
  • Cairan Mengalir Keluar Daripada Daging

Jika anda nak beli daging nanti. Cuba perhatikan jika ada cairan mengalir keluar daripada daging. Jika ada cairan seakan mirip warna darah itu tandanya daging tidak segar.

Cecair yang mengalir seakan darah itu sebenarnya jus ataupun sari daripada daging. Kalau kat pasar raya. Anda akan dapat lihat daging yang dalam plastic wrap ada yang keluar cairan seakan darah.

  • Elakkan Daripada Membeli Daging Beku

Sebaiknya kalau anda nak rasa daging yang segar dan lagi enak bila dimasak. Elakkan daripada membeli daging beku. Biasa daging dibekukan supaya ianya lagi tahan lama.

Sememangnya daging akan tahan lama namun ianya tidak segar seperti daging biasa. Jadilah pengguna yang bijak membuat keputusan ketika membeli. Selamat membeli.

resepi-daging-bakar-mudah-4 Resepi Daging Bakar Mudah Sedap Dicicah Sos Ala Thai
cms.hijabnheels.com

Terima kasih buat Puan Bahiah Saripuddin yang sudi kongsikan resepi daging bakar mudah dan sedap. Jom kita sama-sama tengok bahan apa yang diperlukan untuk memasak.

Resepi Daging Bakar Mudah Sedap Dicicah Sos Ala Thai

Bahan Untuk Perapan Daging:
500 g daging lembu
3 sudu besar brown sugar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam

Cara Penyediaannya:

  1. Untuk perapan ni, tumbuk dulu bawang putih, lada hitam dan garam.
  2. Kemudian gaulkan semua sekali dengan semua bahan.
  3. Nak tips bagi cun masa membakar, tambhkan sedikit minyak masak.
  4. Kemudian, perap selama 4-5 jam. Baru dibakar hingga masak.
Bahan Untuk Sos Ala Thai:
3 ulas bawang putih*
2 biji cili hijau*
* Tumbuk dulu dua ni bagi hancur dan lumat.
3 sudu besar sos ikan
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar brown sugar
2 biji limau nipis
3 biji cili padi (dipotong kecil)
2 biji bawang merah (dimayang halus)
Daun ketumbar (dipotong halus)

Cara Penyediaannya:

  1. Satukan sos ikan, sos tiram, brown sugar dengan bahan yang ditumbuk.
  2. Kemudian, perahkan limau nipis. Last sekali masukkan bawang, cili dan daun ketumbar.
  3. Dah siap untuk dicicah bersama daging bakar.

resepi-daging-bakar-mudah-4 Resepi Daging Bakar Mudah Sedap Dicicah Sos Ala ThaiBahan untuk perapan daging

 

resepi-daging-bakar-mudah-4 Resepi Daging Bakar Mudah Sedap Dicicah Sos Ala Thai

Bahan untuk sos ala Thai

 

resepi-daging-bakar-mudah-4 Resepi Daging Bakar Mudah Sedap Dicicah Sos Ala Thai

Semoga sedikit perkongsian dari resepi ini memberi manfaat untuk semua. Jangan lupa untuk kongsikan kepada semua orang yer. Selamat mencuba.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.