Dah lama tercari resepi gulai lemak telur itik Kelantan? Anda tak salah lagi kena resepi ni memang menggunakan cara memasak dari Kelantan. Dijamin memang sedap sengoti serta memikat hati sesiapa jer yang mencubanya.
Memang sesuai la kalau nak masak resepi ni untuk cik Abe haha. Gerenti semua akan menyukainya. Haa perut siapa tu dah berbunyi dari tadi?
Yer la perut siapa jer yang tak berkeroncong kalau mula bercerita bab makanan kan? Air liur ni pun dah berapa kali telan. Haishh ini yang membuatkan bukan hanya anda.
Bahkan saya juga tak sabar nak tahu akan bahan-bahan untuk memasak resepi ni. Betul tak? Mmmm sedapnya kalau dapat makan resepi gulai lemak telur itik Kelantan.
Tapi sebelum tu moh la saya kongsikan petua telur itik tidak pecah. Kita semua faham biasa kalau memasak resepi ni. Mesti telur itik akan mudah pecah bila dimasak.
Perghh rasa spoil pulak kan mood tu bila telur dah tak cantik. Bukannya kita tak tahu memasak resepi gulai lemak telur itik Kelantan. Tapi kita kurang pengetahuan mengenai petua telur itik tidak pecah.
Petua Telur Itik Tidak Pecah
Mesti anda semua dah tak sabar nak tahu mengenai petua ni kan. Yer la biasa kalau masak resepi gulai lemak telur itik Kelantan mesti telurnya akan pecah. Menggunakan petua ni kita semua akan menemui jalan penyelesaian kepada masalah tersebut.
Wahhh tiber rasa teruja pulak kan? Hehehe sabar-sabar jap lagi kita akan kongsikan. Jangan lupa untuk baca dan catat tau. Nanti bila nak guna boleh jer terus belek.
-
Langkah Pertama
Mula-mula, macam biasa anda kena didihkan dulu air di dalam periuk. Bila air dah mendidih tu anda boleh ke langkah seterusnya.
-
Langkah Kedua
Bila anda nampak air dah mendidih. Anda boleh tuangkan sedikit cuka ke dalam air yang mendidih.
-
Langkah Ketiga
Bila anda dah masukkan cuba, pecahkan telur itik satu persatu ke dalam air mendidih tadi. Pastikan masa ni anda perlahankan api yer. Jangan gunakan api besar nanti telur itik masak secara mengejut.
Ehh ada jugak telur masak mengejut gitu? Ada la hahaha sebab tu kita nak kongsikan ni. Nak pastikan nanti bila dah masak, telur akan cantik dan menyelerakan.
Ni kalau dah pecah sebelum masanya. Tengok dari jauh pun takde selera nak makan. Tapi kalau telur cantik yang tiada selera pun terus berselera tau nak makan.
Haa lupa lepas telur dah masak dengan cantiknya. Kita boleh la masak kuah macam biasa kemudian masukkan telur itik tadi. Wahh senang jer kan?
Selesai masalah kita semua. Nanti bila orang tanya guna petua daripada mana?? Jangan lupa untuk kongsikan tau.
Ilmu ni makin kita kongsikan. Makin melekat di kepala bukannya makin berkurangan. Jadi jangan takut atau kedekut untuk berkongsi ilmu yang kita ada.
Disini juga saya akan kongsikan tips penjagaan bahan dapur tahan lama buat kita semua. Kita semua faham yang adakalanya bahan dapur baru jer dibeli. Tapi tak sampai seminggu dah busuk dan buruk.
Semoga tips ni nanti bermanfaat buat anda semua. Boleh la gunakan untuk penjagaan bahan dapur supaya tahan lama. Betul tak?
Tips Penjagaan Bahan Dapur Tahan Lama
Kalau sebelum ni kita sangat risau kalau beli bahan dapur kemudian ianya busuk dan buruk. Saya faham kita nak beli banyak-banyak sekaligus sebab tak nak ulang alik ke kedai banyak kali. Betul tak?
Kalau dah ada stok simpanan kat rumah maka kerja memasak jadi lagi senang. Simpan jer dalam peti ais kemudian bila nak guna hanya perlu bawak keluar jer. Oleh itu, tips penjagaan bahan dapur tahan lama perlu dipelajari.
Lepas ni dah tak perlu nak merungut disebabkan bahan dapur tak tahan lama.
-
Santan
Mesti anda semua sebelum ni pernah ada pengalaman simpan santan/ kelapa parut. Tapi yang menjadi masalahnya ianya cepat basi dan busuk. Ok lepas ni tak perlu nak risau dah.
Cara nak simpan santan supaya tahan lama mudah jer. Kita hanya perlu masukkan sedikit garam kasar ke dalam santan. Kemudian kacau hingga larut.
Last sekali, masukkan jer di dalam peti ais. Selain itu, kita boleh jer masukkkan santan dalam plastik kemudian simpan di bahagian freezer. Kalau kita guna cara ni tak perlu tambahkan garam tau.
-
Cili Kisar
Kalau sebelum ni pening kepala memikirkan apa yang nak buat dengan lebihan cili kisar. Mulai hari ni kita semua tak perlu pening-pening dah. Guna jer tips ni untuk simpan cili kisar supaya tahan lama.
Caranya kita gunting cili kering kemudian cuci hingga bersih. Kemudian, rebus seperti biasa hingga cili menjadi masak. Seeloknya kisar cili kering menggunakan minyak.
Elakkan daripada menggunakan air semasa mengisar. Biasa kalau kita kisar dengan air cili kisar takkan tahan lama. Pastikan juga anda buang biji cili kering untuk menjadikan ia tahan lagi lama.
Bila dah selesai kisar, simpan di dalam bekas kedap udara di bahagian freezer.
-
Bawang Kisar
Siapa jer yang rajin untuk kupas bawang setiap kali nak memasak kan? Kalau kita dah siap-siap kisar dan dijadikan stok. Senang la kerja di dapur kerana boleh ambil dan terus masak jer.
Caranya mudah jer. Anda kisarkan bawang seperti biasa. Kemudian, tambahkan sedikit garam serta simpan di dalam bekas kedap udara.
Bekas berisi bawang kisar pula anda simpan di dalam peti sejuk bahagian freezer. Bila nak guna nanti keluarkan sahaja. Perghh mudah kan?
Terima kasih kepada Raja Amanina yang sudi berkongsi resepi gulai lemak telur itik Kelantan. Mesti anda semua dah tak sabar nak tahu bahan-bahan untuk memasak kan? Apa tunggu lagi, jom kita tengok sama-sama bahan-bahannya.
Resepi Gulai Lemak Telur Itik
Bahan-bahan:
*bahan tumbuk@kisar
-5 ulas bawang merah
-3 ulas bawang putih
-3 inci lengkuas
-3 inci kunyit hidup
*blend@tumbuk hingga halus,nina tumbuk je
-serai 2 batang diketuk
-santan secukupnya
-asam keping 2 keping
-2 sudu besar budu
-gula garam secukup rasa
-telur itik 7-8 biji
Cara Penyediaan:
- Dalam periuk satukan bahan tumbuk, santan, serai, asam keping, budu. Kemudian, masak hingga mendidih.
- Biarkan ia masak hingga mendidih api perlahan je. Pastikan anda kacau untuk elakkan santan berketul.
- Perlahankan api, masukkan telur satu persatu. Pastikan anda jarak jarakkan telur tersebut.
- Biarkan telur masak. Kemudian, perasakan gula garam.
- Siap untuk dihidangkan buat seisi keluarga.
Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini kepada semua kenalan anda. Semoga ianya bermanfaat kepada semua orang. Dijamin jika anda gunakan resepi ni masakan anda akan lagi sedap dan menggiurkan.
Now, everyone can cook. Selamat mencuba.
? Jom join link Telegram dibawah ini..
? Jangan lupa like dan share page Kitpramenulis di FB yea.
? Jangan lupa dapatkan lembaran kerja di website kami kitpramenulis.com
? Cikgu-cikgu ada permintaan lembaran kerja dan cadangan? Wasap kami dibawah.
+6011-13141039