resepi kerabu kaki ayam simple 2

Keinginan nak makan resepi kerabu kaki ayam simple dah lama. Tapi tak tahu cara nak sediakannya? Meh sini saya kongsikan cara yang simple tapi memang sedap untuk membuat juadah ni.

Gerenti lepas ni kalau nak masak juadah ni. Semuanya dah ada dalam kepala kita dan tak perlu rujuk apa-apa. Kita semua faham kadang-kadang nak beli juadah ni kat kedai.

Kita rasa macam tak berbaloi dan mahal kerana kita nak makan bukannya seorang. Ahli keluarga ramai dan kadang-kadang nak juga berkongsi rezeki makanan dengan jiran. Kalau masih bujang pula kita rasa macam tak berbaloi nak memasak.

Berkongsi Rezeki Dengan Jiran Tetangga

Ehh mana ada tak berbaloi? Salah kalau kita fikir sebegitu. Bayangkan kalau kita masak lebih sikit.

Kita boleh berkongsi rezeki dengan orang sekeliling kita. Ehh siapa tu? Hahaha siapa lagi kalau bukan jiran-jian kita kat sebelah rumah tu.

Bila lagi kita nak kumpul pahala dengan berkongsi rezeki yang kita ada? Mesti ada yang kata ala resepi kerabu kaki ayam simple jer pun. Nak ke jiran kita pandang?

Ehh mana tahu jiran kita pun sama macam kita mengidam nak makan tapi tak reti nak masak. Jadi tak ke langkah kanan kalau kita masak kemudian beri sedikit pada jiran? Wah dah dapat pahala percuma sebab berkongsi rezeki dengan jiran.

Lagi pun resepi kerabu kaki ayam simple memang senang, cepat dan mudah jer. Maka rugi sangat kalau kita semua tak belajar memasaknya. Mana tahu dengan jasa belajar juadah ni.

resepi-kerabu-kaki-ayam-simple-2 Resepi Kerabu Kaki Ayam Simple Sahaja. Lagi Sedap Kalau Diratah Begitu Sahaja

Kita boleh jual ia untuk dijadikan pendapatan sampingan? Ehh mana tahu kan? Tak salah nak berangan tapi asalkan berangan tu benda yang berasas la.

Angan-angan ni pun berasas kalau kita memang nak belajar memasak resepi kerabu kaki ayam simple. Kalau main-main atau hangat-hangat tahi ayam jer memang tak ke mana la. Betul tak?

Seperti yang semua sedia maklum. Resepi pada kali ni memang mudah, cepat dan simple sahaja. Tapi penting untuk kita semua tahu petua atau tips untuk jadikan rasa ia lagi sedap dan padu.

Petua Melembutkan Kaki Ayam

resepi-kerabu-kaki-ayam-simple-2 Resepi Kerabu Kaki Ayam Simple Sahaja. Lagi Sedap Kalau Diratah Begitu Sahaja

Ramai juga yang tanya ada ke petua melembutkan kaki ayam? Yer mesti ada yang biasa makan kaki ayam yang keras dan tak syok untuk diratah kan? Jadi pada kali ni meh saya kongsikan petua melembutkan kaki ayam.

Pasti lepas ni kerabu kaki ayam simple kita lagi sedap dan lembut jer bila digigit. Aumm ni yang membuatkan lagi tak sabar nak masak. Hehehe sabar yer semua sebelum tu meh kita pelajari petua dulu.

  • Pilih Saiz Periuk Yang Sesuai Untuk Merebus

Selepas kaki ayam di cuci bagi bersih. Kita sediakan periuk yang saiznya sesuai untuk merebus. Pemilihan periuk memang memainkan peranan yang besar juga.

Kalau kaki ayam banyak tapi kita rebus guna periuk kecil memang tak sesuai la kan. Jadi pilih dan gunakan periuk yang sesuai dengan kuantiti kaki ayam kita nak rebus. Kenapa penting pemilihan periuk yang sesuai?

Yer la kalau guna saiz periuk kecil sedangkan kaki ayam banyak maka kemungkinan untuk kaki ayam. Masak tidak sekata, susah untuk diterbalikkan dan sebagainya.

  • Masukkan Garam Dan Bawang Putih

Masa nak rebus ayam, kita boleh masukkan sekali garam dan bawang putih. Fungsinya selain menjadikan rasa yang sedap dan aroma yang wangi. Ia juga untuk menanggalkan sisa kotoran yang ada pada kaki ayam.

Memang kita dah cuci kaki ayam hingga bersih. Tapi dengan menggunakan cara ni kita lagi yakin kaki ayam tu bersih. Kebersihan kan penting.

Kita nak memasak memang kita kena pentingkan soal kebersihan dan keselamatan. Lagi pula kita memasak ni untuk seisi keluarga kita. Jadi memang kita nak yang terbaik la kan untuk bagi keluarga kita makan.

  • Masukkan Baking Soda

Ada yang suka masukkan baking soda semasa merebus kaki ayam. Ianya untuk menjadikan kaki ayam lembut dan empuk selepas direbus. Caranya mudah jer.

Kita masukkan baking soda di dalam periuk yang mengandungi ayam. Kemudian, kita rebus selama 5 minit. Hasilnya, bila kita gigit nanti tekstur kaki ayam.

Memang akan lembut dan empuk.

  • Pastikan Periuk Ditutup Semasa Merebus

Masa proses merebus kaki ayam. Diingatkan untuk kita tutup periuk semasa proses merebus. Jangan buka periuk yer.

Kalau buka nanti wap keluar dan ayam pun lambat masak. Bila kita tutup periuk dengan penutupnya semasa merebus kaki ayam. Maka kaki ayam akan cepat masak dan paling penting sekali.

Aroma yang enak daripada kaki ayam tadi tak keluar. Sebab tu la yang menjadikan ayam masak cepat, sekata dan aromanya pun wangi. Dengan kata lain, ayam akan empuk dan lembut bila kita tutup periuk semasa merebus kaki ayam.

Tips Untuk Elakkan Kaki Ayam Mudah HancurĀ 

Ada dalam kalangan kita lepas mereka rebus kaki ayam. Kemudian bila nak memasak. Kaki ayam akan mudah hancur.

Memang tak best sangat kalau kita nak makan. Masa hidang dalam pinggan pun takkan nampak cantik sebab kaki ayam hancur. Memang mood pun jadi swing kalau kena macam ni kan.

Tapi tak perlu nak risau. Saya akan kongsikan tips untuk elakkan kaki ayam mudah hancur lepas kita rebus. Caranya mudah sahaja.

resepi-kerabu-kaki-ayam-simple-2 Resepi Kerabu Kaki Ayam Simple Sahaja. Lagi Sedap Kalau Diratah Begitu Sahaja

Lepas kita cuci bersih kaki ayam. Kemudian, kita rebus dan bila selesai rebus. Kita rendamkan seketika kaki ayam ke dalam bekas berisi ais.

Cara ni cukup berkesan untuk elakkan kaki ayam mudah hancur. Nanti isi lagi empuk dan mudah nak buang tulang. Aumm lagi sedap la nak makan hehe.

Terima kasih kepada Puan Bahiah Saripuddin kerana sudi berkongsi resepi kerabu kaki ayam simple. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki untuk berkongsi dengan kami lagi. Jom kita tengok apa bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat juadah ni?

 

Resepi Kerabu Kaki Ayam Simple

Bahan simple:
12 kaki ayam
1 biji tomato potong memanjang
1/2 biji bawang besar
1 batang serai
1 batang bunga kantan
Sedikit daun bawang
2 biji cili merah
2 biji limau nipis
Sedikit garam dan gula

resepi-kerabu-kaki-ayam-simple-2 Resepi Kerabu Kaki Ayam Simple Sahaja. Lagi Sedap Kalau Diratah Begitu Sahaja

Bahan-bahan yang diperlukan.

Cara Penyediaan:

resepi-kerabu-kaki-ayam-simple-2 Resepi Kerabu Kaki Ayam Simple Sahaja. Lagi Sedap Kalau Diratah Begitu Sahaja

Rebuskan dulu kaki ayam ni bagi empuk.

resepi-kerabu-kaki-ayam-simple-2 Resepi Kerabu Kaki Ayam Simple Sahaja. Lagi Sedap Kalau Diratah Begitu Sahaja

Toskan dan sejukkan.

resepi-kerabu-kaki-ayam-simple-2 Resepi Kerabu Kaki Ayam Simple Sahaja. Lagi Sedap Kalau Diratah Begitu Sahaja

Cheyah buang tulang ni je. Yang dekat jari tu tak buang pun.

resepi-kerabu-kaki-ayam-simple-2 Resepi Kerabu Kaki Ayam Simple Sahaja. Lagi Sedap Kalau Diratah Begitu Sahaja

Masukkan semua bahan lain. Perah limau.

resepi-kerabu-kaki-ayam-simple-2 Resepi Kerabu Kaki Ayam Simple Sahaja. Lagi Sedap Kalau Diratah Begitu Sahaja

Gaulkan sebati tu dulu. Rasa nak basah boleh la tambah air rebusan sikit takpun kalau ada sos ikan boleh la masuk.

resepi-kerabu-kaki-ayam-simple-2 Resepi Kerabu Kaki Ayam Simple Sahaja. Lagi Sedap Kalau Diratah Begitu Sahaja

Masukkan garam sedikit.

resepi-kerabu-kaki-ayam-simple-2 Resepi Kerabu Kaki Ayam Simple Sahaja. Lagi Sedap Kalau Diratah Begitu Sahaja

Tambah gula sikit.

resepi-kerabu-kaki-ayam-simple-2 Resepi Kerabu Kaki Ayam Simple Sahaja. Lagi Sedap Kalau Diratah Begitu Sahaja

Gaulkan sebati. Dah siap!

resepi-kerabu-kaki-ayam-simple-2 Resepi Kerabu Kaki Ayam Simple Sahaja. Lagi Sedap Kalau Diratah Begitu Sahaja

Jemput makan.

Semoga perkongsian resepi pada kali ni dapat memberikan manfaat kepada semua. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ni kepada semua yer. Selamat mencuba di rumah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.