resepi kuew tiaw kungfu 13

Hari ini saya nak kongsikan menu yang semua tahu keenakannya iaitu resepi kuew tiaw kungfu. Ada yang pernah makan tak? Mesti sedap kan?

Nak tanya, yang cakap sedap tu masak sendiri ke beli kat kedai? Bukan nak cakap apa la tapi pernah dengar tak ayat you are what you eat? Kalau kita makan makanan yang sihat kita pun jadi sihat.

Dan begitu la sebaliknya. Mulut cakap nak hidup dengan gaya hidup yang sihat tapi makan makanan yang tak sihat. Sampai bila-bila pun takkan sihat kalau macam tu.

resepi-kuew-tiaw-kungfu-14 Resepi Kuew Tiaw Kungfu Yang Kuahnya Puas Hati Dihirup Bila Panas-Panas
lovepik.com

Bukan nak kata makanan kat kedai tak sihat. Tapi kan lagi bagus kita masak sendiri sebab kita boleh pantau bahannya. Contoh, penggunaan ajinomoto. Kalau kat kedai tak tahu la berapa sudu yang mereka letak sebab tu kita kata sedap sangat.

Bayangkan kalau kita masak sendiri resepi kuew tiaw kungfu. Sanggup ke kita letak ajinomoto dalam kuantiti yang banyak dan bagi makan kat keluarga tercinta? Mesti tak kan?

Yer la mana ada antara kita yang sanggup pedajal family sendiri. Tak kan la kita sanggup tengok insan yang kita cintai jatuh sakit. Banyak yang saya jumpa ibu-ibu kat luar sana yang sanggup masak walaupun penat kerja.

resepi-kuew-tiaw-kungfu-14 Resepi Kuew Tiaw Kungfu Yang Kuahnya Puas Hati Dihirup Bila Panas-Panas
news.detik.com

Sebab apa? Ya, sebab nak pastikan makanan yang anak, suami dan keluarga makan tu sihat. Tak di cemari atau ditambah dengan perasa yang tak elok untuk kesihatan.

Bukan nak halang makan kat luar. Tapi kalau sekali sekala tu ok la berbanding dengan tiap-tiap hari.

Haa mesti ada sesetengah daripada kita taksub dengan resepi kuew tiaw kungfu kan? Sampai kalau makan di restoran menu ni wajib di order. Mesti ada kan orang macam tu?

resepi-kuew-tiaw-kungfu-14 Resepi Kuew Tiaw Kungfu Yang Kuahnya Puas Hati Dihirup Bila Panas-Panas

Selepas ni tak perlu risau sebab bila anda dah tahu resepi ini. Anda boleh masak juadah ni sendiri. Jadi boleh la lepas ni letak udang, sotong atau mana-mana bahan yang anda suka.

Tiada dah yang nak marah atau tegur jika kita nak masukkan apa yang kita suka. Sebabnya, kita masak masakan tu sendiri. Dapur sendiri, bahan mentah sendiri dan menggunakan tangan sendiri.

Senang cerita, kita ni tak kacau orang la bila masak. Fuhh aman dunia kan? Tapi tu pun ada lagi yang nak membawang kan?

Pedulikan orang seperti mak cik-mak cik bawang tu sebab kalau kita layan. Kita dengan dia tiada beza sikit pun. Haa jadi nak ke jadi macam mak cik- mak cik bawang yang sibuk jaga tepi kain orang?

resepi-kuew-tiaw-kungfu-14 Resepi Kuew Tiaw Kungfu Yang Kuahnya Puas Hati Dihirup Bila Panas-Panas
facebook.com

Padahal kain sendiri koyak tak nampak. Asyik nampak kain orang jer yang koyak. Kesian la dengan mereka yang ada mentaliti macam ni kan?

Ni orang cakap kalau bukan tak cukup kasih sayang mesti tak cukup cili padi. Kenapa cili padi? Yer la cili padi sebab nak ganyang mulut tu.

Yang suka membawang pasal orang tak tentu pasal. Ok, meh saya share sikit tips untuk potong sayur. Kalau nak tahu cara potong sayur memainkan peranan yang penting tau.

resepi-kuew-tiaw-kungfu-14 Resepi Kuew Tiaw Kungfu Yang Kuahnya Puas Hati Dihirup Bila Panas-Panas
hmetro.com.my

Sebabnya, jika kita potong sayur dengan teknik yang betul. Masakan kita jadi lagi menarik bila dipandang untuk dimakan. Tak percaya?

Cuba bayangkan yer kalau kita potong sayur dalam bentuk menarik. Mesti ramai yang suka dan menggugat nafsu makan mereka. Kerana makanan tu nampak menarik pada pandangan mereka.

Sekarang ni saya akan kongsikan tips untuk memotong sayur. Ok untuk masakan ni saya syorkan anda potong sayur secara memanjang. Supaya masa nak hidang masakan kita nampak lagi menarik.

resepi-kuew-tiaw-kungfu-14 Resepi Kuew Tiaw Kungfu Yang Kuahnya Puas Hati Dihirup Bila Panas-Panas
pngtree.com

Saya rasa semua orang akan mudah tertarik dengan makanan yang nampak menarik. Dengan kata lain, bila pandang untuk kali pertama tu nampak menarik untuk makan.

Kalau first impression dah nampak tak menarik mesti makan tu tak nak kan? Jadi, cara nak potong sayur seperti lobak merah perlukan teknik yang betul. Agar resepi kuew tiaw kungfu kita menarik di mata, sedap di mulut.

Tips Pekatkan Kuah Kuew Tiaw Kungfu

  • Tambahkan Bancuhan Tepung Jagung

Saya nak tanya siapa ada masalah nak agak kuah samaada pekat atau cair? Senang jer nak agak. Kalau anda suka kuah yang pekat masukkan tepung jagung dalam kuantiti yang banyak.

Kalau suka kuah yang cair masukkan sikit sahaja tepung jagung. Kalau saya suka kuah yang tak terlampau cair dan tak terlalu pekat. Macam yang penyanyi Iwan cakap, ‘yang sedang-sedang saja’.

resepi-kuew-tiaw-kungfu-14 Resepi Kuew Tiaw Kungfu Yang Kuahnya Puas Hati Dihirup Bila Panas-Panas

Terima kasih kepada Puan Bahiah Saripuddin atas sumbangan resepi kuew tiaw kungfu untuk kita cuba bersama. Haa dah tahu kan sedikit sebanyak tips nak masak? Tanpa buang masa lagi.

Meh kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak.

Resepi Kuew Tiaw Kungfu

Bahan-bahan:

1 mangkuk kuew teow
1 biji telur gred B
1 ketul ayam potong dadu
2 ulas bawang putih dicincang halus
1/4 bawang holland potong memanjang
1 pohon lobak
1/4 batang lobak potong memanjang
1 biji babycorn potong memanjang
2 sudu makan tepung jagung bancuh dengan air
1 cawan air putih
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menggoreng
resepi-kuew-tiaw-kungfu-14 Resepi Kuew Tiaw Kungfu Yang Kuahnya Puas Hati Dihirup Bila Panas-Panas

Cara Penyediaannya:

1. Pecahkan telur ke dalam kuew teow dan masukkan secubit garam. Panaskan kuali dan goreng kuew teow sehingga garing (bergantung nak tahap mana)
2. Tumis bawang putih. Masukkan ayam dan tambahkan air putih. Masukkan serbuk perasa garam dan gula secukup rasa.
3. Kemudian, boleh masukkan sayur kita tadi. Kacau sebati tambahkan bancuhan tepung jagung. Kacau bagi sebati dan bila likat tutup api.
4. Cuahkan ke atas kueteow tadi. Makan bersama cili potong kicap ataupun sambal kicap.

 

resepi-kuew-tiaw-kungfu-14 Resepi Kuew Tiaw Kungfu Yang Kuahnya Puas Hati Dihirup Bila Panas-Panas

Pecahkan telur dalam kue teow.

resepi-kuew-tiaw-kungfu-14 Resepi Kuew Tiaw Kungfu Yang Kuahnya Puas Hati Dihirup Bila Panas-Panas

Goreng kueteow tadi.

resepi-kuew-tiaw-kungfu-14 Resepi Kuew Tiaw Kungfu Yang Kuahnya Puas Hati Dihirup Bila Panas-Panas

Letak atas pinggan. Biarkan seketika.

resepi-kuew-tiaw-kungfu-14 Resepi Kuew Tiaw Kungfu Yang Kuahnya Puas Hati Dihirup Bila Panas-Panas

Guna minyak sama. Tumis bawang putih.

resepi-kuew-tiaw-kungfu-14 Resepi Kuew Tiaw Kungfu Yang Kuahnya Puas Hati Dihirup Bila Panas-Panas

Masukkan ayam.

resepi-kuew-tiaw-kungfu-14 Resepi Kuew Tiaw Kungfu Yang Kuahnya Puas Hati Dihirup Bila Panas-Panas

Tambahkan air.

resepi-kuew-tiaw-kungfu-14 Resepi Kuew Tiaw Kungfu Yang Kuahnya Puas Hati Dihirup Bila Panas-Panas

Masukkan garam.

resepi-kuew-tiaw-kungfu-14 Resepi Kuew Tiaw Kungfu Yang Kuahnya Puas Hati Dihirup Bila Panas-Panas

Masukkan gula jika suka.

resepi-kuew-tiaw-kungfu-14 Resepi Kuew Tiaw Kungfu Yang Kuahnya Puas Hati Dihirup Bila Panas-Panas

Masukkan semua sayur.

resepi-kuew-tiaw-kungfu-14 Resepi Kuew Tiaw Kungfu Yang Kuahnya Puas Hati Dihirup Bila Panas-Panas

Tambahkan bancuhan tepung jagung.

resepi-kuew-tiaw-kungfu-14 Resepi Kuew Tiaw Kungfu Yang Kuahnya Puas Hati Dihirup Bila Panas-Panas

Dah siap boleh tuang.

resepi-kuew-tiaw-kungfu-14 Resepi Kuew Tiaw Kungfu Yang Kuahnya Puas Hati Dihirup Bila Panas-Panas

Ready nak makan.

Always remember that ‘sharing is caring’. If you care to others you will share even though it is simple thing. Selamat mencubanya di rumah.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.