resepi laksam kelantan sedap 1

Sebut jer resepi laksam kelantan sedap pasti ramai-ramai pakat berebut nak cuba masak. Pastinya keenakan dan kelazatan makanan ini yang menjadikan ia kegilaan ramai. Mmm sedapnya.

Famous dipanggil ‘laksei’ di Kelantan dan ‘laksang’ di Terengganu. Ianya juadah wajib ada yang bahan utamanya ialah tepung beras yang dimakan dengan kuah lemak.

resepi-laksam-kelantan Resepi Laksam Kelantan Sedap Rugi Kalau Tak Cuba.Kuah Pekat Beb
gambar : maskulin .com .my

Sebelum tu tahukah kita yang juadah ni sesuai dimakan ketika kita rasa bosan dengan nasi. Sebabnya kekenyangan yang kita akan rasa selepas makan tu umpama makan nasi. Ehh betul ke kenyang?

Ya, memang sangat kenyang seperti kita makan sepinggan nasi. Bahan utama resepi laksam kelantan sedap ialah tepung beras dan tepung gandum seperti yang kita tahu mengenyangkan. Kuah laksam yang rasanya sedikit berlemak dan kaya dengan protein membuatkan ia menjadi kegilaan ramai.

Dulu resepi laksam kelantan sedap ni famous di kalangan orang Kelantan sahaja. Namun makin hari ianya dikenali di semua negeri. Dan paling penting sekali, menjadi makanan kegemaran warga kota juga.

resepi-laksam-kelantan Resepi Laksam Kelantan Sedap Rugi Kalau Tak Cuba.Kuah Pekat Beb
gambar: pin clipart .com

Sinonimnya masyarakat tahu kalau resepi laksam Kelantan sedap biasa kita makan dengan kuah laksam lemak dan sambal. Perghh memang best gabungannya tu hingga tak sedar dah berapa pinggan kita makan.

Hebat bukan? Ini menunjukkan juadah ini memang terbukti sedap. Yer la kalau tak sedap takkan menjadi juadah kegemaran semua.

Sekarang ramai yang memilih untuk beli laksam kelantan sedap di kedai atau pasar sahaja. Dengan alasan tiada alasan untuk masak atau lagi menjimat masa. Dulu saya pun fikir macam tu, tapi lama kelamaan saya memilih untuk cuba masak sendiri.

Cara Mudah Nak Gulung Laksam Kelantan Sedap

  • Sapu Minyak Pada Tudung Periuk /Loyang Sebelum Kukus

Biasa kalau kita tak tahu cara yang betul tu yang laksam Kelantan sedap jadi mudah patah. Lepas itu, masa nak gulung ianya tak jadi cantik macam yang kita nak. Saya guna cara senang iaitu sapu sedikit minyak pada tudung periuk atau loyang sebelum kukus.

  • Sejukkan Laksam Seketika Sebelum Digulung

Kemudian, sejukkan seketika laksam sebelum kita gulung. Kalau gulung ketika laksam masih panas nanti ianya mudah melekat dan tak cantik. Selain nak rasa yang sedap hingga menjilat jari.

First impression orang sekeliling bagi bila tengok juadah yang dihidang juga penting. Saya bagi contoh kalau laksam kita digulung dengan tak kemas. Jadi, orang yang tengok akan bagi first impression mungkin juadah  tu tak sedap.

resepi-laksam-kelantan Resepi Laksam Kelantan Sedap Rugi Kalau Tak Cuba.Kuah Pekat Beb
epilepsy.ie

Sebab tu penting untuk kita menjaga kedua-dua aspek iaitu rasa dan persembahan. Sebelum nak gulung kita akan check samaada laksam tu dah masak ke belum. Caranya perhatikan bila laksam menjadi gelembung tu tandanya ia dah masak.

Tapi jangan sampai gelembungnya keluar banyak baru nak angkat sebab nanti laksam akan jadi melekat. Haa kang susah nak angkat dan gulung. Nanti jadi satu hal pula nak tolak laksam dari penutup periuk atau loyang tu.

Cara Potong Laksam Kelantan Sedap

Nak makan laksam mesti tahu cara nak potong. Cara mudah untuk potong laksam kelantan sedap ialah dengan kita potong kecil-kecil. Ianya bertujuan untuk memudahkan kita bila nak makan dan senang kuah meresap dalam laksam.

Bila kuah dah sebati dengan laksam baru la rasa laksam kita umphh dan sedap. Memang kena cuba buat cara ni sebab ramai yang cakap sedap. Kalau masih tak percaya kena cuba tau.

resepi-laksam-kelantan Resepi Laksam Kelantan Sedap Rugi Kalau Tak Cuba.Kuah Pekat Beb
facebook.com

Baru la makan tak kenyang tidur tak lena mandi tak basah tiap-tiap hari. Asyik teringatkan juadah ni jer.

Terima kasih buat Cik Raja Amanina atas perkongsian resepi laksam Kelantan sedap untuk kita cuba bersama. Tanpa buang masa meh kita lihat bahan yang diperlukan untuk memasak.

Resepi Laksam Kelantan Sedap

Bahan-bahan:

Laksam
-3 cawan tepung beras
-setengah cawan tepung gandum
-air suam suam kuku dalam 6 cawan
-garam secubit

Cara penyediaan:

  1. Sediakan mangkuk kemudian satukan tepung beras, tepung gandum, air dan garam. Kacau biar sebati kemudian tapis untuk elakkan jadi berketul. Masukkan bahan yang ditapis ke dalam jug kecil untuk memudahkan kerja mengukus.
  2. Sapukan sedikit minyak pada tudung periuk atau loyang sebelum di masukkan dalam pengukus. Pastikan pengukus sudah dipanaskan hingga mendidih.
  3. Gaul sebati bahan sebelum dituangkan ke atas tudung periuk atau loyang. Kukus ia lebih kurang 4/5 minit. Bila timbul sedikit gelembung boleh angkat dan biarkan laksam untuk seketika sebelum digulung supaya laksam cantik dan licin jer. Kemudian, ulang proses yang sama hingga siap.

Kuah Laksam Lemak

Bahan-bahan:
-santan agak agak jer nak guna santan kotak pun boleh
-ikan rebus saya guna 5,6 ekor je
-bawang merah 10 ulas
-bawang putih 4 ulas
-halia seinci
-lada hitam dalam 1 sudu kecik tumbuk halus
**kisar semua bahan(sy tumbuk je)
-asam keping 3,4 keping
-serai 1 batang ketuk
-gula garam

Cara penyediaan:

  1. Panaskan periuk. Kemudian, masukkan bahan-bahan di atas dan masak hingga mendidih. Tambah gula dan garam secukupnya.

Sambal

– tumbuk cili, garam, belacan sikit

Ulam ulaman
– bunga kantan, timun, kubis, tauge.

resepi-laksam-kelantan Resepi Laksam Kelantan Sedap Rugi Kalau Tak Cuba.Kuah Pekat Beb

resepi-laksam-kelantan Resepi Laksam Kelantan Sedap Rugi Kalau Tak Cuba.Kuah Pekat Beb

resepi-laksam-kelantan Resepi Laksam Kelantan Sedap Rugi Kalau Tak Cuba.Kuah Pekat Beb

Semoga sedikit ilmu yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada semua. Selamat mencuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini kepada insan yang tersayang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.