resepi paru goreng berlada 1

Sesiapa yang dah lama mengidam nak makan resepi paru goreng berlada boleh la cuba resepi ni. Menu ni dah la mudah, simple dan menyelerakan. Rugi kalau anda tak cuba tau.

Menu ni sangat sedap diratah begitu sahaja. Kalau sesiapa nak makan dengan nasi panas pun best jugak. Lagi syok kalau paru goreng yang rangup di luar dan lembut di dalam.

Perghh masa kunyah rasa nikmat sangat. Sampai tahap tak boleh diucap dengan kata-kata dah. Kalau sesiapa yang pernah cuba masakan ni pasti mengakui keenakannya.

Pada yang baru nak belajar beli dan makan paru. Anda boleh baca tips cara memilih paru segar. Semoga tips ni berguna untuk anda nanti.

resepi-paru-goreng-berlada-2 Resepi Paru Goreng Berlada Hijau Simple dan Menepati Citarasa Tekak
groovegrocer.com

 

Cara Memilih Paru Segar

Terdapat 2 cara memilih paru segar khas buat anda resepi paru goreng berlada. Nanti bila ke pasar untuk membeli paru lagi mudah untuk anda memilihnya. Betul tak?

  • Paru Berwarna Merah Segar

Sebelum anda nak membeli, perhatikan setiap paru. Nak tahu paru tersebut masih segar dan berkualiti mudah sahaja. Paru segar biasanya berwarna merah segar.

Manakala, jika paru tidak segar, buruk dan tidak berkualiti biasanya berwarna biru kehitaman.

  • Periksa Tekstur Paru

Sebagai pengguna yang bijak, anda berhak untuk periksa kualiti barangan sebelum membelinya. Cara periksa tekstur paru senang jer. Paru yang masih segar bila tekan anda rasa kenyal seakan span dan tidak berlendir.

Dah selesai beli paru maka mesti anda semua dah sedia untuk memasak kan. Macam biasa, sebelum memasak sesuatu resepi kita kena tahu tipsnya terlebih dahulu. Baru la masakan kita lagi enak dan memukau selera makan semua orang.

Mesti ada yang tertanya-tanya macam mana nak goreng paru supaya lagi sedap kan. Ada ke tips untuk masak resepi paru goreng berlada supaya rasa lembut dan tak terlalu kenyal. Haa jangan risau mesti la ada tipsnya.

Cara Goreng Paru Berlada Kering, Sedap Dan GaringĀ 

Macam biasa terdapat 5 cara goreng paru berlada supaya kering, sedap dan garing. Nanti bila masak resepi paru goreng berlada mesti rangup krupp krapp krupp krapp. Mesti anda tak sabar nak tahu tipsnya kan.

Apa tunggu lagi jom la kita tengok tipsnya.

  • Bersihkan Paru Terlebih Dahulu

Sebelum proses memasak, anda kena bersihkan paru terlebih dahulu. Bila dah cuci hingga bersih baru la hanyir pada paru akan hilang. Nak hilangkan bau hanyir pada paru senang jer.

Anda boleh bersihkan paru menggunakan air perahan limau nipis, bancuhan tepung gandum dan air asam jawa. Tapi kalau anda ada cara tersendiri untuk bersihkan paru ni. Boleh jer gunakannya.

Sebab tujuan kita untuk hilangkan bau hanyir pada paru. Maka gunakan cara yang anda suka. Buat mudah-mudah jer jangan rasa ianya susah.

Mesti anda perasan ada bahagian berlubang pada paru kan. Itu merupakan otot paru. Jangan lupa untuk untuk bersihkan bahagian otot paru hingga bersih yer.

Buang segala kekotoran, darah dan sebagainya pada otot paru.

  • Paru Direbus

Kita rebus paru terlebih dahulu sebelum digoreng adalah untuk mengelakkan daripada meletup bila digoreng nanti. Kalau selepas dicuci kita terus goreng maka ia akan meletup letup dalam kuali nanti. Ketika nak rebus paru, anda boleh tambahkan sedikit garam dan asam keping.

Hasilnya nanti paru yang direbus teksturnya lebih rangup serta kurang berbau hanyir. Bila dah selesai rebus, anda angkat dan toskan ia seketika.

  • Lumurkan Garam dan Kunyit Secukup Rasa

Lepas selesai rebus, lumurkan dengan garam dan kunyit secukup rasa pada paru. Kemudian gaulkan ia biar rata.

  • Siap Untuk DigorengĀ 

Bila dah selesai marinate dengan garam dan kunyit. Anda boleh panaskan minyak kemudian goreng paru seperti biasa menggunakan api besar. Pastikan minyak dah betul-betul panas baru boleh goreng yer.

Tips nak tahu paru dah masak sekata dan rangup mudah jer. Mula-mula anda goreng tadi buih akan keluar dalam kuantiti yang banyak kan. Tapi bila paru dah rangup dan masak dengan sekata.

Buih akan mula berkurangan dan hanya tinggal buih-buih halus jer. Itu tandanya paru dah boleh diangkat. Senang jer kan hehe.

Semoga sedikit perkongsian tips diatas berguna untuk anda memasak resepi ini. Terima kasih kepada Puan Bahiah Saripuddin sudi berkongsi resepi paru goreng berlada. Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk mula memasak.

Resepi Paru Goreng Berlada Hijau Simple KeringĀ 

Bahan-bahan:
1/2 kg paru – direbus dulu, kemudian potong kecil dan goreng hingga garing.
30 biji cili padi hijau
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
Seinci belacan
Seinci halia
1/2 sudu kecil asam jawa @adabi_consumer
Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaannya:

1. Tumbuk bawang, halia, belacan dan cili hingga separuh lumat. Kasar-kasar sikit baru sedap rasa dia.
2. Panaskan minyak dan tumis sehingga ia sedikit garing. Masukkan garam, gula dan asam jawa. Kacau sebati.
3. Boleh masukkan paru tadi. Gaul sehingga paru semuanya sebati dengan sambal. Dah siap untuk dihidangkan.

 

resepi-paru-goreng-berlada-2 Resepi Paru Goreng Berlada Hijau Simple dan Menepati Citarasa Tekak

resepi-paru-goreng-berlada-2 Resepi Paru Goreng Berlada Hijau Simple dan Menepati Citarasa Tekak

Semoga sedikit perkongsian dari resepi ini memberi manfaat untuk semua. Jangan lupa untuk kongsikan kepada semua orang yer. Selamat mencuba.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.