Hari ni saya akan kongsikan resepi sambal belacan goreng sedap dan simple jer caranya. Confirm lepas cuba selera makan kita semua naik tak turun-turun. Memaang sesuai sangat dimakan bersama ulam dan nasi panas aum.
Ehh betul ke sampai macam tu sekali? Yer la sebab rasanya yang sedap, pedas dan menggiurkan. Memang peluh tu akan keluar sebelum semasa dan selepas makan.
Sebelum makan kita berpeluh sebab dah terbayangkan keenakan dan pedas sambal belacan goreng sedap. Semasa makan, berpeluh sebab keasyikan sambalnya yang cukup rasa. Pedas, masin, masam dan manis seimbang semua sekali.
Lepas makan makin berpeluh sebab masih terimbau-imbau kenangan kunyah nasi dengan sambal. Perghh memang padu sangat gabungannya sampai boleh mengigau malam. Aumm.
Bila sebut sambal belacan pasti orang akan telan air liur dan bayangkan kepedasannya. Tak lengkap masakan kita tanpa sambal belacan, betul tak? Sambal belacan biasa di makan dengan ulam-ulaman.
Atau dihidangkan bersama nasi goreng, mee goreng dan ikan bakar. Boleh dikatakan sambal ni mampu membuka selera makan dan menggoda nafsu makan kita. Perkara ni dah ramai yang mengakuinya.
Apa beza sambal belacan goreng sedap ni dengan sambal belacan lain? Mesti la ianya tiada kat mana-mana kedai sebab dimasak dengan air tangan kita. Kan lagi enak berbanding di kedai makan?
Paling penting ianya rasanya sedap sebab pedas memang kaw. Bukan apa, biasa kalau makan kat kedai. Lepastu order sambal belacan mesti tak sangkut dengan selera tekak kita.
Ada yang terlebih masin macam lori garam tu terbalik dalam periuk masa tengah masak. Terlebih Monosodium Glutamate (MSG) juga satu hal macam nak kita ni botak cepat ke macam mana. Hmm malas nak cerita panjang-panjang kang ada yang koyak jap lagi.
Kita ni jenis mana boleh orang tegur sikit. Yer la jenis hati tisu la katakan jadi cepat koyak. Senang cerita, tutup mulut lepas tu masak sendiri habis cerita.
Tak perlu sakit hati ke apa. Betul tak? Kalau nak tahu resepi ni, sambal belacan simple, sedap dan memang tahan lama.
Cara Masak Sambal Belacan Goreng Sedap hingga Pecah Minyak
Haah betul sebab kita dah siap tumis sampai pecah minyak. Pastikan betul-betul pecah minyak yer. Macam mana nak tahu bila sambal belacan goreng sedap kita dah pecah minyak?
Kita faham kalau yang dah biasa duduk di dapur tentu tahu macam mana caranya. Tapi kalau yang baru nak belajar meh saya ajarkan caranya. Tak susah pun.
Mudah sahaja perhatikan bila bahan yang ditumis berada di bawah dan minyak timbul di atasnya. Lepas tu warnanya bertukar jadi agak gelap. Tu tandanya bahan yang kita tumis sudah pecah minyak.
Jadi, sambal belacan kita lebih tahan lama berbanding sambal yang lain. Nanti boleh la buat stok untuk seminggu dua. Tak perlu susah-susah beli kat kedai sebab kita boleh buat sendiri.
Mesti ada yang dah tak sabar nak cuba buat kan? Ehh nanti dulu sebab saya ada lagi perkara nak share dengan anda semua.
Cara Buat Belacan Sendiri untuk Sambal Belacan Goreng Sedap
Bahan utama untuk membuat belacan ialah udang yang halus atau udang geragau. Setelah udang dibersihkan kemudian ia akan dilumurkan dengan garam. Kemudian, udang geragau atau udang halus akan dijemur supaya kering.
Menggunakan lesung batu, udang geragau ditumbuk hingga halus. Bila betul-betul lumat, ambil dan kepal-kepalkan seketika. Kemudian bentukkan menjadi bulatan atau leper.
Lepas dah siap bentukkan, jemur hingga kering belacan tadi. Kemudian simpan belacan yang telah siap di dalam peti ais bagi tahan lama dan menjaga kualiti belacan. Yeay belacan untuk masak sambal belacan goreng sedap dah siap.
Terima kasih pada Cik Puan Julieta yang sudi sumbang resepi sambal belacan goreng untuk kita cuba. Meh tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak?
Resepi Sambal Belacan Goreng Sedap
Bahan-bahan:
* cabai besaq
* cabai melaka
* belacan
* tomato buang biji
* garam/gula
Cara penyediaan:
- Panaskan minyak. Goreng satu persatu bahan diatas iaitu cili besar. Angkat dan kisar sekejap semua bahan yang digoreng.
- Kemudian, buang sedikit minyak yang digunakan untuk menggoreng tadi lalu panaskannya.
- Bahan semua ni goreng satu persatu, kemudian blend sekejap, minyak yg sama goreng cabai tadi kurangkan, pastu tumis cabai td sampai pecah minyak taruh garam & sedikit gula siap.
Selamat mencuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini untuk yang tersayang. Semoga sedikit perkongsian dapat memberikan manfaat buat semua.