4 Mekanisma / Proses Mendapatkan Kepastian Diagnosis ASD (Autism Spectrum Disorder)
Berikut adalah proses mendapatkan kepastian diagnosis ASD iaitu Austim Spectrum Disorder.
Pertama:
– Ia bermula apabila ibu bapa berasa bimbang terhadap perkembangan anak mereka yang tidak seperti kebiasaan anak2 lain.
Kedua:
– Jika itu berlaku, pelajari serba sedikit tanda-tanda awal Autisme.
– Saring perkembangan anak dengan menggunakan M-CHAT.
– M-CHAT ni ada dalam Buku Rekod Kesihatan Anak di halaman 64 hingga 66.
– M-CHAT ni cuma soalan-soalan berkaitan anak. Ibu bapa hanya perlu menjawab YA atau TIDAK.
– Proses ini bukan diagnosis ye. Ia adalah saringan atau penilaian awal.
Ketiga:
– Hasil dari soal jawab M-CHAT tadi boleh diserahkan kepada doktor klinik kesihatan atau klinik swasta untuk disemak.
– Jika anak didapati mempunyai ciri-ciri Autism, doktor akan mengeluarkan surat rujukan untuk anak tersebut dibawa berjumpa doktor pakar psikiatri kanak2 bagi tujuan diagnosis.
Keempat:
– Selepas menerima surat rujukan, segera bawa anak anda ke Klinik Psikiatri Kanak2 untuk membuat temu janji berjumpa dengan pakar.
* Di Kuantan, ada klinik psikiatri kanak-kanak di Wad Dahlia, Hospital Tengku Ampuan Afzan.
Nota tambahan:
– sekiranya ibu bapa berasa ragu-ragu atau tidak berpuas hati dengan diagnosis, maka mereka boleh mendapatkan pendapat kedua (second opinion) dari doktor pakar di tempat lain termasuk swasta. *untuk pakar psikiatri swasta tidak perlu surat rujukan, cuma perlu belanja yang banyak ?.
Ditulis : Izzat Abd Razak
Dikonsultasi bersama isteri,doktor psikiatri.