Biasa makan kuey teow goreng basah, apa kata kali ni cuba resepi kuey teow goreng kering? Memang sangat sedap dan simple jer caranya. Boleh la cuba masak untuk sarapan pagi, makan petang atau apa-apa jamuan.
Mesti ramai akan katakan yang ianya memag sedap. Paling penting mesti lepas ni anak-anak atau orang tersayang akan minta kita masak selalu. Hehehe lepas ni memang jadi salah satu makanan kegemaran ahli keluarga kita la kan?
Kita semua faham. Kalau selalu makan kuey teow yang digoreng style basah. Lama-lama rasa muak dan bosan juga kan? Jadi apa kata kita cuba la kelainan sikit pada kali ni.
Kita masak resepi kuey teow goreng menggunakan style kering pula. Ala tak salah kan kalau sekali sekala tukar selera? Kalau menu atau juadah sama jer tiap hari.
Mesti kita pun akan jadi muak dan bosan nak makan. Kalau nak tahu bila guna resepi ni cara penyediaannya hanya sekitar 15 minit jer. Wahh cepat kan?
Campak-campak bahan terus jadi. Aumm mengagumkan. Bukan apa kita semua faham yang kalau waktu pagi bila nak sediakan sarapan untuk yang tersayang.
Kita nakkan juadah yang mudah, cepat dan paling penting sedap. Betul tak? Yer la kalau waktu pagi biasa sibuk nak bersiap ke tempat kerja atau tempat belajar.
Menu Yang Simple, Cepat Dan MudahÂ
Jadi kita semua tiada masa nak berlama-lama di dapur. Jadi resepi kuey teow goreng adalah jalan penyelesaiannya. Boleh la cuba memasaknya nanti.
Hehehe kalau buntu nak masak apa guna kuey teow boleh la cuba goreng style kering. Memang sedap tau. Bila kita memasak resepi kuey teow goreng kering.
Memang sedap dan lagi nampak menarik kalau kita masukkan banyak sayur. Memang menyihatkan dan kuey teow lagi nampak menarik bila dihidangkan. Kalau yang suka makan sayur memang mereka suka tambahkan banyak-banyak.
Tapi kalau anda tak suka makan sayur tiada masalah pun. Boleh jer kurangkan sayur. Yer la kita juga nak makan jadi tiada masalah nak letak seberapa banyak.
Tips Memilih Sayur Segar
Kalau kita ke pasar untuk membeli sayur. Kadang-kadang kita pening nak pilih sayur yang mana satu. Mesti perkara yang terlintas di fikiran kita ialah “macam mana nak pilih sayur segar?” Betul tak?
Jangan risau selepas ni kita semua akan mempelajari tips memilih sayur segar. Nanti boleh la gunakan ilmu yang dipelajari bila nak memilih sayur.
-
Kubis
Bila kita nak memilih kubis yang segar. Kita perhatikan betul-betul dulu sayur kubis tersebut. Pilih sayur kubis yang bila kita pegang rasa ringan serta rongganya besar-besar.
Bila kita pilih kubis dengan ciri diatas. Ianya lebih rangup dan segar. Mmm yummy.
-
Sawi
Bila kita nak memilih sayur sawi di pasar. Kita perhatikan dulu sawi tersebut. Pilih sawi yang batangnya kecil dan daunnya lebar.
Sebaiknya kita elakkan daripada memilih sayur sawi yang daunnya berlubang. Selain itu, elakkan daripada membeli sawi yang nampak dah layu dan tidak bermaya. Itu tandanya sawi dah tak segar dan dipetik sudah lama.
Kita kalau nak memasak mesti nak gunakan bahan kering serta bahan basah yang segar. Baru la masakan kita lagi sedap dan sempurna.
-
Tomato
Wah sedapnya tomato bila dimasak apa-apa juadah. Kalau makan begitu sahaja pun best tomato ni. Dah la sihat, kulit pun cantik kalau selalu amalkan makan tomato.
Bila nak memilih tomato segar sebaiknya kita pilih yang warnanya kehijau-hijauan sedikit. Tomato tak sedap kalau terlebih masak dan tua. Jadi sebaiknya kita pilih betul-betul tomato segar.
Periksa betul-betul baru beli. Jangan main beli jer apa yang ada di depan mata. Nanti kita juga akan menyesal bila balik rumah.
Tips Kuey Teow Tidak Hancur Dan Melekat Semasa Digoreng
Mesti ada dalam kalangan kita tak berapa gemar nak masak kuey teow. Ehh kenapa tak gemar? Yer sebab risau kalau masak kuey teow goreng mesti akan mudah hancur.
Bila hidangkan jadi nampak tak cantik dan tak enak nak makan. Betul tak? Tapi jangan risau kerana saya akan kogsikan tips yang berguna untuk kita semua.
Lepas ni kalau masak kuey teow mesti teksturnya takkan hancur dan nampak cantik jer.
-
Jangan Masukkan Air
Kalau nak goreng kuey teow elakkan daripada masukkan air yang banyak. Nanti kuey teow akan mengambil masa yang lama untuk kering airnya. Sebab tu la kuey teow yang kita goreng jadi hancur dan melekat tak cantik.
-
Jangan Simpan Kuey Teow Dalam Peti Ais
Sebaiknya, lepas beli kuey teow kita simpan jer pada suhu bilik. Elakkan daripada menyimpan kuey teow dalam peti ais. Nanti teksturnya jadi keras serta mudah rapuh bila kita basuh.
-
Kawal Penggunaan Api
Bila nak goreng kuey teow kita kena pandai kawal penggunaan api. Ianya merupakan salah satu sebab kuey teow kita tidak mudah hancur dan melekat. Sebaiknya, bila kita dah masukkan kuey teow kita terus besarkan api.
Kacau kuey teow bagi rata semua. Mudah jer kan? Hasilnya kuey teow yang kita goreng akan nampak lagi cantik dan tidak hancur.
Terima kasih kepada Puan Bahiah Saripuddin kerana sudi berkongsi resepi kuey teow goreng kering. Tanpa buang masa lagi. Jom kita usha bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak?
Resepi Kuey Teow Goreng Style Kering
Bahan-bahan diperlukan;
1 mangkuk kue teow
2 biji telur ayam gred B
1/2 mangkuk kecil taugeh
3-4 pohon daun kucai
5 biji cili hijau
5 ulas bawang putih
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili
Sedikit kicap lemak manis
Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan.
Cara Penyediaan:
Mula-mula, panaskan minyak dan masukkan telur. Kacau sehingga telur tak berketul dan hancur macam ni. Cheyah lebih suka hancurkan telur diawal berbanding letak diakhir sebab ia lagi sedap dan tak melekat.
Bila telur dan nampak garing, masukkan bawang putih dan cili hijau yang telah ditumbuk kasar.
Kemudian, masukkan sos cili, sos tiram dan kicap tadi. Kacau sebati.
Tambahkan garam sedikit sahaja.
Letak gula jika suka. Selalu kalau goreng mee or kue teow kena letak sebab baru balance dan sedap. Ini tips masa cheyah belajar dekat kedai siam.
Masukkan kue teow yang telah direndam, dibasuh, dibilas dan ditoskan.
Akhir sekali dah boleh masukkan sayur taugeh dan daun kucai. Kacau sehingga ia sebati.
Taraaaa. Dah siap! Sangat senangkan.
Selamat menjamu selera.
Semoga perkongsian mengenai resepi ini dapat memberikan manfaat untuk kita semua. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ni dengan insan yang tersayang yer. Selamat mencubanya di rumah.
Bila nak memasak atau nak belajar memasak. Kita kena percaya diri kita dan tidak mudah berputus asa. Percaya yang kita boleh masak.
Biar la kita baru merangkak nak belajar memasak pun. Ianya adalah permulaan yang baik. Jangan putus asa jika mula-mula gagal.
Jadikan kegagalan sekarang penyebab untuk kita berjaya di kemudian hari. Good luck guys!!!