Resepi sira pisang Kelantan merupakan salah satu manisan atau pencuci mulut. Paling popur di negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu. Mana tak popular kalau rasanya memang sedap dan mudah jer nak memasaknya.
Memang ramai suka makan juadah ni. Kalau nak tahu, bila tiba bulan Ramadan ramai yang cari juadah ni di bazar Ramadan. Tapi kita ni sampai bila nak beli jer kan?
Mesti ada juga keinginan nak masak sendiri. Betul tak? Tapi ada yang takut kalau masak sendiri nanti rasanya tak sedap macam beli di kedai.
Percaya Pada Diri Sendiri
Ehh semua tu tak penting tau. Kalau kita ada kesungguhan nak masak. Kita masak jer. Kalau mula-mula rasa tak sedap atau tak menjadi.
Semua tu perkara biasa jer. Jangan sedih sampai rasa putus asa nak masak dah. Tiada istilah putus asa kalau kita nak belalar memasak atau nak pandai memasak.
Be positive and keep try. Jangan putus asa tau. Lapipula, resepi sira pisang Kelantan ni memang mudah jer.
Tak susah pun jadi tak perlu nak risau. Sesiapa yang cuba masak untuk kali pertama pun akan rasa ianya mudah jer. Plus inshaAllah akan menjadi.
Jenis Pisang
Sebelum nak memasak resepi sira pisang Kelanta. Jom kita tahu serba sedikit mengenai jenis pisang yang ada di negara kita. Tak kenal maka tak cinta kan?
Jom kita kenal jenis pisang. Lepas ni kalau nak beli pisang maka mudah nak pilih. Tak perlu nak terpinga-pinga depan pisang untuk pilih hehe.
Seperti semua sedia maklum, negara Malaysia memang kaya dengan pelbagai jenis pisang. Sebut jer nak pisang apa mesti ada jer ditanam di Malaysia. Tahukan kita yang terdapat 14 jenis pisang yang boleh ditanam dan ditemui di Malaysia?
Ramai orang suka makan pisang kerana ia membekalkan tenaga untuk kita. Memang kenyang jer kalau makan pisang. Kira bila kita alas perut dulu dengan makan pisang sebelum makan nasi.
Ianya dah kenyang sebenarnya. Yer la rutin harian kita kadang-kadang membuatkan kita tak sempat nak makan. Jadi kalau makan pisang ia membantu untuk alas perut kita daripada lapar.
Wahh menarik kan? Jom kita sama-sama baca lagi untuk ketahuinya dengan lebih lanjut.
-
Pisang Rastali (Kelat Keling)
Sesetengah orang mereka anggap pisang rastali dengan pisang emas tu sama. Tapi kalau nak tahu ianya merupakan dua jenis pisang yang berbeza. Isi pisang emas warna kuning-kuningan.
Manakala, pisang rastali isinya berwarna putih. Biasa kalau di Pantai Timur, pisang rastali biasa dipanggil pisang kelat keling. Ada sesetengah tempat pula memanggilnya pisang meda.
Pisang rastali ada 3 jenis iaitu pisang kelat keling, pisang kelat air dan pisang kelat lega. Tahukan kita yang pisang rastali tidak sesuai untuk digoreng. Wah menarik kan maklumat ni.
-
Pisang Awak (Kelat Lega)
Selain daripada dipanggil pisang kelat lega. Pisang ni juga sinonim dengan nama pisang Perak dan pisang kelat siam. Tahu tak pisang ni sedap dimasak juadah apa?
Mesti ada yang tahu kan hehe. Okay pisang kelat lega memang sesuai dan sedap untuk dibuat pelbagai juadah. Contohnya cekodok, pengat pisang, lempeng pisang dan sebagainya.
Mesti ada yang dah tak sabar nak memasak kan hehe. Yer la kalau keluar topik makanan mesti perut pun terus bergurindam. Hehehe takpe kita masak kejap lagi yer.
Sekarang ni meh kita sambung bercerita jenis pisang dulu. Nanti bukan perut jer kenyang sebab dapat makan tapi ilmu pun dapat.
-
Pisang Raja
Pisang raja memang sedap dimakan begitu sahaja. Kalau kita buat pisang goreng, kerepek, rebus dan sebagainya pun sedap. Alaa kalau namanya pisang memang sedap hehe.
Biasa orang kita juga suka guna pisang raja untuk membuat kuih. Pisang ni saiznya besar berbanding pisang lain.
-
Pisang Tanduk
Kalau kita semua nak tahu. Pisang tanduk biasa ada mempunyai satu atau dua sisir buah. Ehh limited edition sungguh ni. Kira kalau masak mesti pakat berebut nak makan.
Pisang tanduk memang sedap dibuat pisang goreng dan kerepek. Aumm memang sedap sungguh la orang kata. Tahukah kita yang pisang ni mengambil tempoh sekitar lapan bulan untuk berbunga.
Yer nak berbunga baru tu huhu. Kemudian, tiga bulan pula untuk masak. Haa macam yang saya cakap tadi la.
Kalau masak memang menjadi rebutan ramai la. Limited edition sangat. Tapi kalau kita tunggu memang akan berbaloi sebab pisang ni memang sedap.
-
Pisang Berangan
Bukan kita jer suka berangan hehe. Pisang pun ada yang jenis pisang berangan. Mesti ramai yang kenal pisang ni kerana ianya biasa dihidangkan semasa majlis keraian.
Ramai yang suka pisang berangan kerana teksturnya yang tidak lembik dan sedap bila dimakan. Aumm sedapnya. Pisang ni juga mengandungi pelbagai nutrien yang baik untuk tubuh badan kita.
Ada banyak lagi jenis pisang. Tapi lain kali kita sambung cerita yer hehe.
Pisang Sesuai Untuk Sira
Mesti ada yang tertanya juga kan pisang apa sesuai untuk sira. Yer pemilihan pisang pun penting untuk membuat resepi sira pisang ni. Jadi sebaiknya gunakan pisang abu atau dikenali juga sebagai pisang batu/pisang nipah.
Aumm memang sedap kalau buat sira manis. Nanti kalau nak masak juadah ni boleh la cuba gunakan pisang jenis ni. Gerenti sedap tau.
Terima kasih kepada Puan Bahiah Saripuddin kerana sudi berkongsi resepi sira pisang Kelantan. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki untuk berkongsi. Meh kita sama-sama lihat bahan yang diperlukan untuk memasak?
Resepi Sira Pisang Kelantan
Bahan-bahannya:
10 biji pisang mana ada.
1/2 cup gula
Secubit garam
Beberapa titik pewarna kuning
3-4 biji bunga cengkih
1 helai daun pandan
300ml air. Ini agak jer.
Bahan-bahan yang diperlukan.
Cara Penyediaan:
Mula-mula, masukkan air, dan gula bersama bunga cengkih dan daun pandan. Biar gula larut dulu.
Baru tambahkan garam.
Letak la pewarna pilihan.
Pisang ni potong suka hati. Nak belah dua ke nak potong dua. Cheyah potong dua aje.
Masukkan pisang dalam air yang dah sebati. Kacau atau usik sedikit je.
Biarkan pisang masak selama 5 minit kemudian tutup api.
Taraaa dah siap! Cheyah tak suka kuah banyak. Hehe
Semoga perkongsian mengenai resepi pada kali ni dapat memberikan manfaat buat kita semua. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ni dengan semua orang yer. Selamat mencubanya di rumah.
Last but not least, bear in our mind that we do not born as a great cook. But we can be a great cook if we learns by doing. Do not give up.
Keep fighting!!!