Simptom Disleksia Yang Perlu Cikgu Pendidikan Khas Tahu
Tahukah anda semua bahawa disleksia adalah di kategorikan sebagai pendidikan khas?Disleksia merupakan salah satu kategori pendidikan khas bermasalah pembelajaran.Ye. Bermasalah pembelajaran. Kenapa dan mengapa kanak-kanak ini dikelaskan
sebagai pendidikan khas? Jom ikuti simptom disleksia yang
perlu cikgu pendidikan khas ketahui dan ia mungkin ada dalam
kalangan murid-murid cikgu sendiri.
Murid disleksia adalah murid yang bijak tetapi murid disleksia mengalami
masalah dalam bab membaca,menulis dan mengeja. Murid disleksia
juga seringkali keliru antara isyarat kanan dan kiri.
Selain itu,antara simptom disleksia adalah murid disleksia ini
mengalami ketakutan dalam mereka tidak dapat melakukan ujian atau peperiksaan
dengan sebaik mungkin walaupun mereka sebenarnya
seorang yang bijak.
Disamping itu, murid yang mengalami simptom disleksia
seringkali berkhayal seorang diri atau tidak turut serta
didalam kelas atau kerja kumpulan.
Murid disleksia ini juga berminat pembelajaran berasaskan ‘hands on’ berbanding bercakap atau arahan menulis. Murid disleksia juga akan melihat pergerakan huruf-huruf seolah – olah menari-nari samada semasa mereka sedang membaca atau menulis. Contoh ini dapat didalam cerita lakonan Amir Khan. Selain itu juga mereka yang mengalami simptom
disleksia juga mengalami ketidakfahaman yang banyak walaupun mereka membaca dan mengulangi pembacaan.
Disamping itu,mereka juga mengalami masalah didalam mengeja
dan menulis ayat yang diungkapkan.Murid disleksia juga mengalami
kepayahan didalam menulis dan meniru.
Murid disleksia juga cenderung untuk memegang pensil atau pen
dengan begitu kuat sekali. Disekolah admin pun terdapat murid sebegini. Selain itu,tulisan mereka juga sukar
untuk dibaca dan difahami.
Murid disleksia juga mengalami masalah besar didalam
kemahiran motor halus dan mengalami masalah didalam membaca
masa menggunakan jam tradisional iaitu muka jam berjarum.
Murid disleksia juga mempunyai masalah didalam pengurusan masa
dan cenderung untuk menjadi seseorang yang suka berlengah-lengah.
Mereka juga cenderung untuk menjadi seseorang yang bijak didalam
pengiraan namun mempunyai kesukaran didalam mengenali huruf.
Oleh itu, sebagai guru pendidikan khas masalah pembelajaran,kita hendaklah peka terhadap masalah murid pendidikan khas bagi memberikan intervensi awal kepada murid-murid ini. Disleksia merupakan kategori pendidikan khas yang boleh dirawat dan dibantu. Oleh itu,bantulah mereka sepenuh hati dan perasaan guru-guru.