tips rumah bersih 3
kredit gambar: keluarga.my

Kalau kita nakkan rumah yang kemas dan bersih sudah tentu tips rumah bersih. Sungguh diperlukan oleh semua tidak kira suri rumah atau sesiapa sahaja. Kalau rumah kita jenis yang banyak barang.

Maka kita memang sangat memerlukan tips sebegini. Bagi memudahkan kerja untuk mengemas rumah. Betul tak?

Siapa jer yang mampu tinggal di dalam rumah yang bersepah dan tidak teratur? Cuba bayangkan kita balik daripada tempat kerja, sekolah atau di mana sahaja. Buka jer pintu terus nampak rumah bersepah dan tidak teratur.

tips-rumah-bersih-2 Tips Rumah Bersih Yang Amat Berguna. Gerenti Rumah Makin Kemas Dan Bersih.
kredit gambar: keluarga.my

Hmmm dah la badan dan otak penat seharian di tempat kerja dan sekolah. Balik ke rumah ingatkan boleh la rehatkan minda yang berserabut. Tapi makin berserabut lagi ada la otak ni.

Rumah Yang Kemas Dan Bersih

Betul tak? Alangkah indahnya kalau kita pelajari tips rumah bersih yang amat berguna ni. Gerenti bila kita buka jer pintu rumah nanti.

Kita asyik tersenyum lebar jer. Kalau ada kat office atau sekolah pula. Rasa macam dah tak sabar nak balik ke rumah.

tips-rumah-bersih-2 Tips Rumah Bersih Yang Amat Berguna. Gerenti Rumah Makin Kemas Dan Bersih.
kredit gambar: keluarga.my

Yer la siapa jer yang tak suka kalau rumah mereka berada dalam keadaan kemas dan teratur. Betul kan? Jadi memang tak silap lagi kalau kita sama-sama belajar tips rumah bersih.

Lepas ni kita akan sentiasa tersenyum dan gembira kerana ada rumah yang kemas dan bersih. Mesti semua orang dah tak sabar. Nak tahu apa tipsnya kan?

Kelebihan Mencatat Ilmu

Meh saya kongsikan sekarang. Tapi sebelum tu, jom kita sediakan pen dan kertas. Ehh buat apa pen dan kertas?

Buat apa lagi? Kita sama-sama catat la apa yang kita dapat pada hari ni. Mesti ilmu yang bakal kita perolehi makin melekat di dalam ingatan.

Kemudian, kita boleh kongsikan ia dengan orang lain. Wahh bestnya kalau dapat saling kongsikan ilmu yang kita ada.

Tips Rumah Bersih

Siapa jer yang tak nak rumah yang kemas dan bersih kan? Semua orang nakkan rumah yang kemas dan bersih. Kalau balik ke rumah dalam keadaan stress atau serabut.

Automatik kita akan rasa tenang dan damai kalau terpandangkan rumah yang kemas dan bersih. Jadi memang penting untuk kita pelajari tips rumah bersih atau tips cuci rumah. Nanti rumah kita semua akan lagi kemas dan cantik.

  • Kemas Tempat Tidur Terlebih Dahulu

Cuba kita renungkan sama-sama. Kalau kita bangun pada waktu pagi. Apa perkara pertama yang kita buat selain periksa telefon?

Kalau kita jenis yang lepas bangun tidur terus kemas tempat tidur terlebih dahulu. Memang saya amat kagum dengan anda. Anda pun kena bangga dengan diri sendiri tau.

tips-rumah-bersih-2 Tips Rumah Bersih Yang Amat Berguna. Gerenti Rumah Makin Kemas Dan Bersih.
kredit gambar: blogmazeer.com

Pesan orang tua dulu, kalau kita bangun jer. Kita kena kemaskan tempat tidur kita terlebih dahulu. Baru la kita boleh selesaikan tugasan lain.

Bukannya bangun pagi kemudian gumpal kain selimut tu atas katil. Kemudian, bila nak tidur baru buka gumpalan selimut tu. Ish ish ish tak elok macam tu.

Tak kira lelaki atau perempuan. Kita kena kemaskan sendiri tempat tidur kita. Baru la kita mandi dan selesaikan tugasan lain.

  • Basuh Baju Kemudian Sidai

Kita bukannya hidup pada zaman nenek moyang kita. Dulu kalau zaman mereka kalau nak basuh atau cuci baju tiada mesin basuh. Jadi rajin-rajinkan la diri tu untuk basuh baju.

Ala sambil-sambil nak mandi tu. Masukkan jer baju dalam mesin basuh kemudian tekan “start”. Mudah jer kan?

Kemudian, bila selesai membasuh. Kita ambil baju tu kemudian sidai terus. Jangan amalkan sikap suka tangguh kerja.

Nanti semua benda tak selesai kalau kita suka tangguh kerja.

  • Sapu Rumah Dan Mop Sekali

Lepas sidai kain, kita capai pula penyapu dan sapu seluruh ruang di dalam rumah. Bila dah selesai sapu. Kita mop hingga bersih.

Tips nak menyapu mudah jer. Mula-mula buang dulu sawang labah-labah kat ceiling rumah. Bila dah habis sapu kat atas tu.

Baru la kita boleh teruskan menyapu lantai. Selesai sapu lantai kita mop menggunakan pencuci lantai. Baru la lantai rumah akan bersih dan berkilat.

  • Cuci Pinggan Mangkuk Di Dalam Singki

Amalkan sebelum masuk tidur waktu malam. Pastikan kita cuci bersih semua pinggan, mangkuk dan gelas di dalam sinki. Jangan tinggalkan walaupun satu benda pun dalam sinki.

Ehh mustahil la nak buat macam tu? Tiada yang mustahil pun. Nak seribu daya kalau tak nak seribu dalih.

tips-rumah-bersih-2 Tips Rumah Bersih Yang Amat Berguna. Gerenti Rumah Makin Kemas Dan Bersih.
kredit gambar: iluminasi.com

Kalau nak senang kita kena pastikan yang setiap kali kita gunakan sesuatu alatan kat dapur. Terus basuh hingga bersih. Ala tak susah pun kalau masing-masing cuci pinggan mangkuk masing-masing.

Betul tak? Baru la kerja mengemas rumah lagi mudah, senang dan cepat. Takkan kita tak kesian kat mak dan isteri yang seharian kemas rumah?

Apa salahnya kalau kita basuh pinggan dan gelas yang kita guna?

Tips Cuci Rumah

  • Setiap Hari

Ehh apa yang setiap hari? Haa tips cuci rumah tiap hari kita kena lap meja, lap sinki, sapu lantai dan keluarkan sampah. Ala kalau keluarkan sampah tu sambil-sambil kita keluar beli barang, ke tempat kerja dan sekolah.

Jimat jer masa kita nanti. Ataupun kita buang sampah selepas selesai memasak resepi kesukaan kita. Baru la dapur kita dan paling penting rumah kita sentiasa kemas dan bersih.

  • Seminggu Sekali

Kalau seminggu sekali pula kita perlu lap cermin, lap barang-barang perhiasan, tukar cadar dan sebagainya. Selain itu, kita juga kena mop lantai serta bersihkan habuk yang ada di ceiling rumah.

  • Sebulan Sekali

Kalau sebulan sekali kita kena bersihkan habuk pada aircond. Kalau yang ada penyakit seperti asthma. Kita kena bersihkan lagi kerap untuk elakkan daripada berhabuk.

Kemudian, sebulan sekali juga kita kena bersihkan almari dapur. Kemudian, susun la cantik-cantik semula. Baru la mata tu sedap jer setiap kali memandang almari.

Barang dalam almari kalau yang tersusun. Kita pun lagi senang nak cari. Tiada la perlu selongkar bawa keluar semua barang dulu baru jumpa apa yang di cari.

Semoga perkongsian mengenai tips rumah bersih pada kali ni. Ianya mampu memberikan manfaat buat semua. Jangan lupa untuk sediakan jadual mengemas rumah agar rumah kita sentiasa kemas dan cantik.

Jangan lupa juga untuk kongsikan tips cuci rumah dengan orang sekeliling kita. Nanti akan terhasil la rumah yang kemas dan bersih. Selamat mencuba semua.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.