Bosan tak tahu nak masak apa untuk kudapan hari ni? Haa apa kata anda cuba resepi cakoi lembut, rangup dan simple. Memang sesuai sangat kudapan ni dimakan ketika santai bersama keluarga, kelas online dan minum petang.
Selain titu, memang best sangat layan kudapan ni sambil borak-borak dengan jiran. Sampai satu tahap tu, tak sedar bila masa licin sepinggan kami semua makan kudapan ni. Sedap punya pasal sambil syok berborak tu yang jadi tak sedar.
Rugi sangat kalau anda semua tak cuba buat sendiri kat rumah tau. Silap hari bulan, kalau sedap sangat anda boleh buka gerai untuk menjual kudapan ni. Perghh dijamin laku la kalau dijual.
Resepi cakoi lembut, rangup dan gebu teksturnya ni pun hanya menggunakan bahan-bahan yang senang didapati. Contohnya, tepung gandum, yis, minyak masak dan sebagainya. Haa senang kan bahan-bahannya.
Rahsia kudapan ni lagi sedap ialah bila dicicah dengan sos manis pandan homemade. Perghh sosnya yang begitu kaw menjadikan ia kelihatan menggiurkan. Kalau sesiapa yang belum pernah cuba makan kudapan ni.
Anda kena cuba sendiri baru la tahu sedapnya tu memang sampai tak boleh diungkapkan dengan kata-kata. Kalau dulu memang la saya pun suka jer beli kat gerai-gerai tepi jalan. Tapi selepas tahu yang bahan-bahan dan cara penyediaannya cukup mudah.
Saya rasa baik saya cuba jer buat sendiri di rumah. Lagipula, emak selalu pesan walau macam mana sedap pun makanan kat kedai. Air tangan kita lagi sedap dan mampu mengalahkan rasa sedap makanan yang dijual kat kedai tau.
Sebab tu la saya berazam dan bertekad juga untuk belajar. Membuat resepi cakoi lembut, rangup dan gebu ni. Lepas dah buatnya untuk kali pertama dan melihat sendiri hasilnya.
Ehh rasa nak buat lagi dan lagi. Kalau orang suruh kita buat tiap-tiap hari pun tak kisah. Sebabnya, kita rasa puas hati dengan hasil yang kita buat pada kali pertama.
Memang betul la orang kata. Dah la lembut, rangup lepastu sedap pula bila dicicah dengan sosnya. Memang berbaloi sangat sebab bila buat sendiri, kita boleh buatnya dalam kuantiti yang kita suka.
Kalau kita mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai. Kita boleh masak ikut kesesuaian bilangan ahli keluarga kita. Dan paling penting, kalau buat sendiri kita boleh hidangkan masa masih panas-panas.
Berbeza kalau beli kat gerai-gerai. Kadang-kadang kita terbeli kudapan yang dah sejuk. Makan pun rasa macam tak syok sangat kan.
Cara Membuat Cakoi Lembut Dan Gebu
Apa-apa makanan yang kita masak pun kita mesti tahu cara yang betul untuk menghasilkannya. Baru la hasilnya resepi cakoi kita nanti lagi lembut, gebu dan sedap. Biarpun cara penyediaannya sangat mudah dan simple.
-
Gunakan Air Suam Untuk Uli Doh
Anda perlu gunakan air suam semasa uli doh untuk mengelakkan yis mati jika menggunakan air panas. Nak tahu yis berkenaan berfungsi dengan baik atau tak. Cuba masukkan yis ke dalam air suam selama 5 minit.
Jika yis masih dalam keadaan baik ia akan bertindak balas dengan mengeluarkan buih. Haa kalau keluar buih maknanya kita boleh gunakan ia. Mudah jer kan nak tahu yis masih dalam keadaan elok ke tak.
-
Uli Adunan Untuk Dijadikan Doh Dalam Tempoh Yang Lama
Kemudian, pastikan ada uli adunan untuk menjadi doh dalam tempoh yang lama. Pastikan anda uli doh hingga ianya tidak lagi melekat pada tangan. Kalau doh masih melekat pada tangan.
Teruskan uli ia hingga betul-betul tak melekat pada tangan. Semasa nk potong doh untuk membentuk kuih ni. Anda kena sapukan sedikit tepung pada pisau dan pada tangan.
Tujuannya untuk mengelakkan doh melekat pada tangan atau pisau. Kemudian masa nak goreng kuih ni. Anda kena menggunakan minyak dalam kuantiti yang banyak.
-
Goreng Dalam Minyak Yang Banyak
Pastikan kuih ni betul-betul tenggelam dalam minyak semasa menggoreng. Hasilnya, ia akan masak dengan sekata dan sempurna. Kalau tak percaya, cuba perhatikan macam mana orang yang menjual kuih ni goreng.
Haa mereka menggunakan minyak dalam kuantiti yang banyak kan. Nak memasak ni memerlukan kita sabar, fokus dan rajin. Sabar jika juadah yang kita nak masak tu sedikit rumit.
Memasak perlu ada fokus. Kalau tak fokus nanti yang sepatutnya masukkan gula kita tersalah masukkan garam. Rajin pula disebabkan kita kena ada perasaan rajin dulu kan baru la kita boleh masak.
Ada beza tau kalau kita masak masa rajin dengan malas. Kalau masa rajin semua benda kita nak buat biar nampak sempurna. Tapi kalau masa malas.
Main campak-campak macam tu jer kan. Dah tak kisah cantik ke tak asalkan sedap jer. Tapi sebaiknya, cuba cari perasaan rajin tu masa nak masak.
Sebabnya, nanti kita juga yang dapat pahala sebab masak dengan penuh kasih sayang dan rela hati. Ni kalau masa memasak asyik merungut jer. Macam mana makanan tu nak sedap.
Haa tepuk dada tanya la pendapat masing-masing. Tapi memasak ni tak boleh juga dibuat masa rajin jer. Kalau tak memang tak berasap la dapur tu seminggu sebab nak tunggu rajin tu datang.
Sebab tu mula-mula kita kena paksa dulu diri kita. Lama kelamaan, memasak tu akan menjadi sebati dengan diri kita. Haa akhirnya, sebab terlampau sukakan memasak hingga ada jer menu yang kita nak masak.
So, if you do not expert in cooking. It is okay because nobody is perfect. If you try your best to cook.
One day, you will be able to cook well. And always remember that you can do it. Do not easily said that you cannot do this.
Believe in yourselves then people around you will trust you. Ni kalau kita tak percayakan diri kita sendiri yang kita boleh masak. Macam mana orang sekeliling kita nak percayakan kebolehan yang ada dalam diri kita ni.
Kesimpulannya, sentiasa bisikkan kata-kata positif pada diri kita. Cuba cakap ‘aku boleh buat semua ni’ tiap kali anda lihat diri anda dalam cermin. Lama kelamaan, anda akan lebih yakin pada diri sendiri.
Tak percaya? Haa cuba la dulu. Jangan suka menghukum sebelum kita tahu cerita sebenar.
Terima kasih kepada Raja Amanina yang sudi kongsikan resepi cakoi lembut, rangup dan gebu. Memang sedap sangat cicah dengan sosnya. Tanpa melengahkan masa lagi.
Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat resepi ni.
Resepi Cakoi Lembut, Rangup dan Gebu Gebas
Bahan-bahan Cakoi Lembut:
-1 cawan air
-2 sudu besar gula
-1 sudu kecil garam
-1 sudu besar susu pekat
-1 biji kuning telur sahaja
-1 sudu besar minyak masak
-1 sudu besar marjerin
-2 sudu besar yis
-1/2 sudu kecik soda bikarbonat
-kalau suka boleh masukkan 1 ulas bawang putih yg ditumbuk ke dalam
bancuhan cakoi tu
-minyak untuk menggoreng
Cara Penyediaan:
- Masukkan air, marjerin, minyak, garam, gula, susu, yis, telur dan soda bikarbonat ke dalam mangkuk. Kemudian, semua bahan-bahan tadi dikacau hingga sebati.
- Kemudian, tepung dimasukkan sedikit demi sedikit sambil dikacau.
- Bila adunan dah sebati. Uli ia hingga lembut menggunakan tangan. Pastikan doh tidak melekat pada tangan. Kemudian, bila dah tak melekat pada tangan.
- Tutup mangkuk/bekas menggunakan penutup/kain/plastik selama 20 minit.
- Selepas 20 minit, doh dicanai setebal 1/2sm menjadi bentuk segi empat (boleh pakai tangan).
- Kemudian, potongkan ia sekurang-kurangnya 1 inci (saiz mengikut citarasa masing-masing). Sebelum tekan lidi basah pada setiap bahagian atas doh. Rendamkan seketika lidi dalam air.
- Gabungkan dua bahagian kepingan bersama bahagian yang bertanda lidi.
- Panaskan minyak seketika, bila minyak dah panas kedua-dua hujung cakoi ditarik sedikit. Lalu digoreng hingga menjadi keperangan.
- Angkat dan toskan seketika.
Bahan-Bahan Sos@Kuah Manis:
-pes@esen pandan sikit
-garam secubit
-1 1/2 sudu besar tepung kastard
-susu pekat 3-4 sudu
-pewarna hijau sikit
Cara Penyediaan:
- Satukan semua bahan di atas di dalam periuk. Kemudian, masak hingga sos sedikit pekat. Pastikan anda kacau dengan kerap untuk mengelakkan ia daripada berketul.
- Siap untuk dihidangkan dan dicicah bersama cakoi.
Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini kepada semua kenalan anda. Nanti boleh la cuba buat resepi ni di rumah untuk dijadikan kudapan. Memang sedap dan sesuai sangat dimakan sambil santai.