resepi ikan tongkol masak kicap 13

Eleh resepi ikan tongkol masak kicap jer pun tu pun nak kecoh. Haishh tapi hakikatnya resepi yang simple, mudah dan senang macam ni pun. Ramai yang bagi alasan malas nak masak, tiada masa nak masak dan sebagainya.

Resepi ni boleh dikatakan senang jer tau. Sebabnya, anda hanya campak-campak jer bahan-bahan yang diperlukan ke dalam periuk. Lepas tu, kacau sikit dah siap untuk dimakan.

Haa tak ke mudah jer macam tu. Siapa la yang cakap susah atau leceh nak masak resepi ni. Anda memang kena cuba dulu baru la anda tahu macam mana tahap senangnya tu.

resepi-ikan-tongkol-masak-kicap-13 Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap Sedap Hingga Menjilat Jari Tau. Moh Cuba??

Confirm la lepas dah masak juadah ni guna resepi yang akan diberi. Anda akan ketagih nak masak resepi ikan tongkol masak kicap hari-hari tau. Haa jangan main-main dengan penangan juadah ni.

Cara Memilih Ikan Tongkol Segar

Nak memasak resepi ikan tongkol masak kicap ni mesti la bahan utamanya ikan tongkol/ikan aya. Jadi kita mesti la kena tahu cara memilih ikan tongkol segar. Mesti la nak kena guna yang ikan segar.

Supaya rasa juadah ni lagi sedap, fresh dan yummy. Kalau kita gunakan ikan yang dah tak segar. Pasti juadah kita takkan rasa sedap sangat.

resepi-ikan-tongkol-masak-kicap-13 Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap Sedap Hingga Menjilat Jari Tau. Moh Cuba??
seaproducts.my

Yer la seolah-olah ada rasa yang hilang dalam masakan kita nanti. Jadi tak rasa umphh dan meletop kebabom la. Sebab tu semua orang kena tahu cara memilih ikan tongkol segar.

  • Perhatikan Mata Ikan

Caranya mudah jer tak susah pun. Jadi rugi la kalau anda semua tak nak belajar. Pertama, cuba perhatikan mata ikan dulu.

Biasanya daripada jauh lagi kita boleh tahu ikan itu segar ke tak. Perhatikan jer mata ikan. Kalau ikan segar kebiasaannya mata akan jernih, menonjol dan cerah.

Kalau dari jauh lagi anda nampak mata ikan tu merah menyala, tenggelam dan pudar. Maknanya ikan tu dah tak segar. Jadi elakkan membeli ikan yang dah tak segar yer.

  • Perhatikan Warna Insang Ikan

Selain tu, cuba perhatikan juga warna insang ikan yang anda nak beli. Jika warnanya merah dan ia tertutup lendir bening maknanya ikan masih segar. Manakala, ikan tak segar insangnya berwarna coklat/kelabu yang kelihatan pucat.

  • Periksa Sisik Pada Ikan

Kalau anda perhatikan sisik pada ikan segar. Ianya akan kelihatan menempel kuat pada kulit ikan. Tapi kalau ikan yang tak segar biasanya sisiknya mudah tanggal.

  • Periksa Tekstur Ikan

Dan perut ikan yang masih segar biasanya kuat dan elastik. Berbanding ikan tak segar yang perut ikannya pecah serta isi perutnya keluar. Jika anda nampak ikan macam ni maknanya ia dah tak segar.

Seeloknya, elakkan daripada membeli ikan yang tak segar yer. Sebab sekarang ni, anda semua dah tahu cara memilih ikan tongkol segar. Jadi gunakan ilmu yang anda ada untuk membezakan ikan segar dan tidak segar.

Jadi la pengguna yang bijak. Elakkan diri anda daripada ditipu. Caranya, belajar la tentang ilmu cara memilih ikan tongkol segar serta gunakan ia semasa membeli nanti.

resepi-ikan-tongkol-masak-kicap-13 Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap Sedap Hingga Menjilat Jari Tau. Moh Cuba??
wallpaperscraft.com

Haa nanti senang la anda nak masak resepi ikan tongkol masak kicap. Sebabnya, anda dah tahu pilih ikan segar. Jadi masakan anda mesti akan lagi sedap, menyelerakan dan ada umphh.

Kalau kita rasa benda tu senang maka ia akan jadi lebih senang. Berbeza jika kita rasa benda tu susah. Maka ia akan menjadi lagi susah tau.

Paling penting sekali ialah anda kena perhatikan juga jika ada lalat yang datang hinggap pada ikan. Kebiasaannya, ikan yang masih segar. Lalat takkan datang hinggap padanya.

resepi-ikan-tongkol-masak-kicap-13 Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap Sedap Hingga Menjilat Jari Tau. Moh Cuba??
amazingnara.com

Tapi lalat suka hinggap pada ikan yang tak segar. Jadi, gunakan cara ni supaya senang anda nak tahu samaada ikan masih segar atau tak. Dan tips yang anda kena selalu gunakan mesti la pergi awal ke pasar.

Kalau kita bangun awal dan ke pasar awal pagi. Tentu kita dapat pilih ikan yang segar. Hasilnya lagi puas hati dan harganya juga berbaloi dengan kualiti ikan dibeli.

Ni kalau ke pasar pada waktu tengahari apa jer yang tinggal kan. Semua ikan yang segar-segar dah dibeli oleh orang yang datang awal. Maka menangis jer la kita kat bucu katil.

resepi-ikan-tongkol-masak-kicap-13 Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap Sedap Hingga Menjilat Jari Tau. Moh Cuba??
inimajalah.com

Banyak kebaikan dan manfaat sesiapa yang bangun awal pagi ni. Banyak urusan yang kita boleh selesaikan jika kita bangun awal. Contohnya, kemas rumah, berbelanja ke pasar dan sebagainya.

Dan kebiasaannya, orang yang berjaya dalam hidup mereka ni. Orang yang akan bangun awal pagi. Sebabnya, bagi mereka rezeki banyak masa awal pagi jer.

Kalau dah masuk tengahari baru nak bangun. Mungkin, rezeki tak sebanyak pada awal pagi. Kalau anda tak percaya cuba amalkan bangun pagi.

resepi-ikan-tongkol-masak-kicap-13 Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap Sedap Hingga Menjilat Jari Tau. Moh Cuba??
alishlah.com

Mesti anda akan rasakan perbezaan antara rezeki jika bangun pagi dan bangun lewat. Dan seeloknya, kalau anda memang jenis yang susah nak bangun pagi. Anda kena praktiskan juga untuk bangun awal pagi.

Caranya mudah jer. Pastikan anda tidur awal. Baru la anda akan bangun awal kan. Ni kalau dah tidur pun lewat.

Memang bangun pun lewat la kan. Pastikan anda mendapat tempoh tidur sekurang-kurangnya 8 jam. Dan pastikan ianya tidur yang berkualiti.

resepi-ikan-tongkol-masak-kicap-13 Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap Sedap Hingga Menjilat Jari Tau. Moh Cuba??
drbazilah.com

Baru la keesokannya anda akan rasa lagi segar dan bertenaga masa bangun pagi. Haa nak mulakan aktiviti anda pun akan rasa lagi bersemangat tau. Kalau tak percaya, cuba la sendiri.

Perbezaan Ikan Tongkol Putih Dan Hitam

Kalau nak tahu ikan tongkol ada ikan tongkol putih dan hitam. Ehh apa perbezaan ikan tongkol putih dan hitam ni. Senang jer nak bezakan kedua-dua ikan tongkol ni.

resepi-ikan-tongkol-masak-kicap-13 Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap Sedap Hingga Menjilat Jari Tau. Moh Cuba??
facebook.com
  • Perhatikan Jalur Pada Bahagian Badan Ikan

Pertama, perhatikan jika ada jalur pada bahagian atas badan ikan tongkol. Maknanya, jika ada jalur ikan tu ialah ikan tongkol putih. Kebiasaannya, ikan tongkol hitam tiada sebarang jalur pada bahagian atas badannya.

Perhatikan Sirip Ikan Tongkol

Kedua, perhatikan sirip ikan tongkol. Kalau ikan tongkol putih siripnya lagi pendek berbanding ikan tongkol hitam. Kalau anda nak tertanya-tanya mana satu ikan tongkol yang lagi sedap.

Jawapannya, semuanya terpulang kepada citarasa masing-masing. Kalau saya cakap ikan tongkol hitam lagi sedap berbanding ikan tongkol putih. Mungkin ada segelintir yang tidak bersetuju.

Jadi semuanya terpulang pada citarasa dan lidah masing-masing. Terima kasih kepada Puan Bahiah Saripuddin yang sudi kongsikan resepi ikan tongkol masak kicap. Memang sedap sangat bila saya masak sendiri menggunakan resepi ni.

Walaupun, orang nampak ianya satu menu yang simple, mudah dan senang. Tapi bila kita makan dengan nasi putih rasanya begitu sedap. Hingga tak sedar dah berapa kali nasi ditambah dalam pinggan.

resepi-ikan-tongkol-masak-kicap-13 Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap Sedap Hingga Menjilat Jari Tau. Moh Cuba??

Haa jangan main dengan penangan ikan tongkol ni tau. Memang sedap hingga menjilat jari. Kalau sesiapa yang dah mencubanya pasti mereka akan tahu macam mana rasa sedapnya juadah ni.

Tanpa buang masa lagi, meh la kita usha sikit apa bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak.

Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap

Bahan-bahan:

3 ketul ikan aya/ikan tongkol
2 sudu besar cili giling
3 ulas bawang putih (diketuk je)
1/2 inci halia potong memanjang
3 sudu makan kicap manis
1 sudu besar kicap masin
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam dan gula
Air dan minyak secukupnya

Hiasan:

1 biji bawang merah (potong bulat)
1/3 lobak merah (potong memanjang)
1 biji bawang besar (potong serong)

resepi-ikan-tongkol-masak-kicap-13 Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap Sedap Hingga Menjilat Jari Tau. Moh Cuba??

Cara Penyediaannya:

  1. Siang ikan tongkol dan cucinya hingga betul-betul bersih kemudian toskan seketika. Lumurkan garam dan kunyit pada ikan tongkol. Panaskan minyak.
  2. Bila minyak dah betul-betul panas, goreng ikan tongkol hingga garing/separuh masak biar ia sedikit juicy. Angkat dan toskan seketika.
  3. Kemudian, gunakan sedikit minyak goreng ikan tadi untuk menumis bawang putih dan halia.
  4. Bila bahan tumis dah naik bau. Cili kering ditambah kemudian baru la dimasukkan kicap manis dan kicap masin.
  5. Tuangkan sedikit air dalam kuah. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kemudian, ikan tongkol yang digoreng dimasukkan bersama bahan hiasan.
  6. Kacau lagi hingga ikan dan kuah sebati. Siap untuk dihidangkan.

resepi-ikan-tongkol-masak-kicap-13 Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap Sedap Hingga Menjilat Jari Tau. Moh Cuba??

Gaulkan dulu ikan dengan garam kunyit.

resepi-ikan-tongkol-masak-kicap-13 Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap Sedap Hingga Menjilat Jari Tau. Moh Cuba??

Tak payah perap berapa lama. Terus je panaskan kuali dan goreng hingga garing. Hehe…

resepi-ikan-tongkol-masak-kicap-13 Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap Sedap Hingga Menjilat Jari Tau. Moh Cuba??

Panaskan minyak. Tumis bawang putih yang dicincang je bersama halia.

resepi-ikan-tongkol-masak-kicap-13 Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap Sedap Hingga Menjilat Jari Tau. Moh Cuba??

Masukkan cili kering. Cili kering cheyah tu dah masak sebab cheyah buat stok yang dah goreng. Jimat masa tak perlu tunggu lama nak garing.

resepi-ikan-tongkol-masak-kicap-13 Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap Sedap Hingga Menjilat Jari Tau. Moh Cuba??

Kemudian, tambah kicap manis. Anggaran dalam tiga sudu makan.

resepi-ikan-tongkol-masak-kicap-13 Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap Sedap Hingga Menjilat Jari Tau. Moh Cuba??

Boleh tambah satu sudu makan kicap masin jika suka.

resepi-ikan-tongkol-masak-kicap-13 Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap Sedap Hingga Menjilat Jari Tau. Moh Cuba??

Tambah air sebab nak kuah. Anak kan suka makan kuah sikit kan.

resepi-ikan-tongkol-masak-kicap-13 Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap Sedap Hingga Menjilat Jari Tau. Moh Cuba??

Tambah 1/2 sudu kecil gula.

resepi-ikan-tongkol-masak-kicap-13 Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap Sedap Hingga Menjilat Jari Tau. Moh Cuba??

Secubit garam. Tak perlu tambah banyak garam kan masin pula. Lagipun dah letak kicap masin dan ikan tu pun dah goreng dengan kunyit garam.

resepi-ikan-tongkol-masak-kicap-13 Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap Sedap Hingga Menjilat Jari Tau. Moh Cuba??

Dah mengelegak masukkan ikan dan bahan hiasan.

resepi-ikan-tongkol-masak-kicap-13 Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap Sedap Hingga Menjilat Jari Tau. Moh Cuba??

Kacaulah ia sehingga sebati.

resepi-ikan-tongkol-masak-kicap-13 Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap Sedap Hingga Menjilat Jari Tau. Moh Cuba??

Dah siap pun. Jemput makan.

Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini kepada semua kenalan anda. Semoga ianya bermanfaat kepada semua orang. Dijamin jika anda gunakan resepi ni masakan anda akan lagi sedap dan menggiurkan.

Selamat mencuba.