Teringat bila nak ke sekolah mak bekalkan resepi roti telur sedap untuk djadikan bekal. Sedap sangat kalau dapat makan panas-panas. Gerenti kunyah hingga tak sempat toleh kiri kanan hehe.
Bahan yang digunakan juga simple dan senang nak cari. Ehh betul ke? Bahan apa tu? Haa kalau nak tahu dengan lebih lanjut kena la baca lagi.
Hehehe kejap lagi kita bagitahu la apa bahannya. Tapi memang senang nak dapatkan pun bahan-bahan untuk resepi roti telur sedap. Jadi rugi kalau anda semua tak nak cuba buatnya.
Saya rasa mesti bahan ni ada jer kat dapur kita sekarang. Haa mesti tertanya-tanya kan semua apa bahan-bahannya? Ni musim PKP mesti bosan kan kat rumah?
Boleh la ajak anak-anak kita untuk sama-sama membuat resepi roti telur sedap. Mudah jer caranya dan mesti anak-anak pun suka membuatnya. Nanti bukan jer kita dapat makan sama-sama.
Memasak Dan Makan Sama-Sama Mengeratkan Silaturahim
Malah, silaturahim sesama keluarga kita pun bertambah erat dengan memasak sekali. Wah macam menarik dan seronok jer kan? Yer la biasa semua sibuk dengan urusan masing-masing.
Jadi apa kata kita luangkan sedikit masa dengan keluarga. Mesti semua rindu nak berbual dan bertanya khabar sesama ahli keluarga kan? Cuba kita ingat bila kali terakhir kita masak dan makan sekali dengan keluarga?
Kalau dah lama tak buat. Boleh la cuba masak resepi roti telur sedap ni sama-sama. Bukan jer silaturahim jadi erat malah perut pun kenyang hehe.
Resepi Yang Menggunakan 3 Bahan Sahaja
Kalau nak tahu resepi pada kali ni hanya menggunakan tiga bahan sahaja. Ehh betul ke?Hahaha mesti ramai yang terkejut kan? Sedap ke kalau gunakan tiga bahan jer?
Ehh tak cuba mana tahu kan sedap ke tak. Jadi kena sama-sama cuba la dulu. Tiga bahan utama untuk resepi pada kali ni ialah roti, telur dan susu.
Hehehe mudah jer kan bahan-bahannya? Jadi rugi tau kalau tak mencubanya.
Khasiat Telur Kuning
Sesetengah orang tak suka makan telur kuning kerana katanya mempunyai kolesterol dan kalori tinggi. Tapi tahukah kita yang telur kuning mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Jom kita sama-sama ketahui apa khasiat telur kuning untuk kesihatan.
-
Mengandungi Protein Yang Tinggi
Kalau nak tahu kuning telur memang tinggi dengan protein. Protein memang sangat baik untuk tubuh badan kita. Terutamanya untuk kanak-kanak yang baru nak membesar.
-
Baik Untuk Tulang Dan Gigi
Wahh bestnya kalau makan telur kuning. Ianya mengandungi vitamin D yang baik untuk tulang dan gigi kita. Tulang dan gigi kita akan lebih kuat bila selalu makan telur kuning.
-
Mencegah Penyakit Mata
Bila kita selalu amalkan makan telur kuning. Ianya dapat membantu untuk mencegah penyakit mata. Contohnya, katarak mata yang dah ramai orang kena.
Yer la penyakit ni lebih baik kita cegah daripada merawat. Kalau dah tahu banyak khasiat maka kita boleh amalkan untuk makan. Cuma kalau nak makan tu biar berpada-pada la.
Jangan pula berlebih-lebihan nanti penyakit lain pula yang datang. Betul tak?
Cara Untuk Tahu Telur Masih Selamat Untuk Digunakan
Mesti ada yang tak tahu macam mana cara untuk tahu telur masih selamat untuk digunakan. Kadang-kadang, kita tak tahu samaada telur yang dibeli masih selamat atau tak untuk dimakan. Oleh itu, amat penting untuk kita sama-sama.
Ketahui cara nak tahu samaada telur selamat atau tak untuk digunakan. Wah dah terbayang bermacam resepi yang kita boleh masak menggunakan telur. Contohnya, puding karamel, sambal telur dan sebagainya.
-
Bau Aroma Telur
Mudah jer nak tahu telur yang dah busuk atau rosak. Kita cuma perlu hidu bau aroma telur. Jika kita hidu telur tersebut ada mengeluarkan aroma busuk.
Maka elakkan daripada menggunakan telur tersebut. Jadi seeloknya kalau nak guna telur kita hidu dulu bau aromanya. Jangan main pecahkan dan masak jer.
-
Perhatikan Keadaan Putih Dan Kuning Telur
Cara nak perhatikan keadaan putih dan kuning telur samaada dalam keadaan elok atau tak. Kita pecahkan dulu telur tersebut. Kemudian, baru la kita boleh perhatikan samaada putih dan kuning telur masih dalam keadaan elok.
Nak tahu kuning telur yang masih dalam keadaan segar dan elok. Bila kita pecahkan, bentuk kuning telur masih dalam keadaan elok dan bulat. Manakala, kuning telur yang dah busuk dan rosak.
Bentuknya agak leper dan dah nampak cair (kira bentuknya bukan bulat yang elok).
-
Telur Direndam Di Dalam Air
Kalau kita nak tahu samaada telur masih dalam keadaan elok atau tidak. Kita cuba rendamkan telur di dalam air. Tujuannya kita nak tengok samaada telur terapung atau tenggelam di dalam air.
Kalau telur yang masih segar dan elok. Ianya akan tenggelam di dalam air. Manakala, kalau telur tersebut busuk dan tak elok.
Ianya akan terapung di dalam air. Ehh kenapa terapung? Sebab ia terapung kerana semakin lama tempoh usia telur.
Semakin banyak udara yang masuk melalui liang-liang halus pada telur. Wahh menarik kan fakta ni?
-
Periksa Tarikh Luput Telur Sebelum Beli
Sebelum nak membeli apa-apa barangan tidak kira telur atau apa. Sebaiknya kita periksa dulu tarikh luput produk tersebut. Jangan main ambil dan bayar jer.
Kita kena la jadi pengguna yang bijak. Jangan main rembat jer apa yang ada di depan mata tu. Kang tak pasal-pasal menyesal di kemudian hari.
Siapa yang susah? Diri sendiri juga yang akan susah nanti. Jangan kita anggap benda ni remeh temeh yer.
![[Tags] resepi-roti-telur-sedap-6 Resepi Roti Telur Sedap Kategori Berhantu Tau. Lepas Makan Nak Makan Lagi](https://kitpramenulis.com/wp-content/uploads/2020/07/resepi-roti-telur-sedap-9.jpg)
Kalau telur yang digunakan dah busuk maka ianya mungkin dah dijangkiti dengan kuman Salmonella. Jangan buat main dengan kuman ni. Ianya boleh menyebabkan muntah, cirit-birit dan demam.
Paling teruk ianya boleh membawa maut tau. Jadi buat la pilihan yang terbaik untuk orang yang kita sayang. Fikir-fikirkan la.
Terima kasih kepada Puan Bahiah Saripuddin yang sudi berkongsi resepi roti telur sedap. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki untuk selalu berkongsi. Meh kita sama-sama lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat juadah ni?
Resepi Roti Telur Sedap
Bahan-bahannya. Sesuai untuk 6 keping roti kalau dua biji telur.
Cara Penyediaan:
Pecahkan telur dan masukkan dua sudu susu pekat. Kemudian, kacau hingga sebati.
Celupkan kedua-dua bahagian roti biar rata semua yer.
Gorenglah tanpa minyak atau less sebab kalau minyak banyak ia meresap oiii. Makan minyak la.
Haa nampak manis warnanya boleh la angkat.
Siap untuk dinikmati.
Semoga perkongsian resepi pada kali ni dapat memberikan manfaat buat kita semua. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ni dengan orang lain juga. Selamat mencubanya di rumah.
Trust yourselves that you can cook. Everyone can cook if they confident with themselves. Do not give up and keep fighting.