resepi nasi kerabu raja amanina

Nasi kerabu merupakan juadah terkenal dan kegemaran  penduduk di Pantai Timur seperti Terengganu dan Kelantan. Juadah ini dimakan waktu sarapan pagi, tengahari dan malam. Tapi kini juadah ini menjadi kegemaran bukan sahaja penduduk Pantai Timur bahkan seluruh rakyat Malaysia.

Hebat bukan? Kalau bukan kerana rasa juadah ini sememangnya sedap, lazat dan menggoda nafsu makan. Pasti tidak mungkin ia menjadi famous dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ramai jer yang saya tahu bukan asal dari negeri Pantai Timur tapi jatuh hati dengan masakan ini. Sungguh mengagumkan kerana ada yang cakap mereka suka juadah ni disebabkan budu. Yer la kalau kat negeri selain Pantai Timur mana ada budu kan.

resepi-nasi-kerabu Nasi Kerabu Kita Masak Tumis Style Kelantan Sebab Ramai Orang Request
kredit:gambar shopee

Dan kepada yang tak suka makan juadah ni anda kena cuba dulu baru tahu. Bukan apa, saya yang pada mulanya tak suka makan juadah ni akhirnya surrender. Disebabkan rasanya yang unik dan tak sama dengan makanan lain yang pernah saya makan.

Sekarang, jika berkunjung ke negeri-negeri di Pantai Timur. Saya akan singgah mana-mana kedai yang menyajikan juadah nasi kerabu. Haa sampai tahap macam tu tau penangan juadah ni.

Padan muka, dulu kata tak suka. Tapi sekarang ni kalau dalam sebulan tak makan memang seperti kucing mata anak tau. Karma is real haha.

resepi-nasi-kerabu Nasi Kerabu Kita Masak Tumis Style Kelantan Sebab Ramai Orang Request
kredit:sinar harian

Saya dulu sebelum minat juadah ni selalu curious kenapa nasinya berwarna biru. Yer la sebab dah biasa makan nasi putih jadi pelik tengoknya buat pertama kali. Sebab terlampau tertanya-tanya saya pun tanya la seorang kawan yang berasal dari Kelantan.

Dan jawapannya begitu mengagumkan saya. Nak tahu apa jawapannya? Betul ni nak tahu?

Ok, saya bagitahu. Sebenarnya warna biru pada nasi kerabu berasal dari kelopak bunga telang. Kelopak bunga telang ni akan dikutip dan dijadikan pewarna kepada nasi.

Jadi, bila kita nak masak nasi kita akan masukkan beberapa titik pewarna daripada kelopak bunga telang ni. Makin kagum saya dengan masakan ni. Dan tak terkira dah berapa kali telan air liur sebab terbayangkan keenakannya.

resepi-nasi-kerabu Nasi Kerabu Kita Masak Tumis Style Kelantan Sebab Ramai Orang Request

Haish dahsyat juga penangan juadah ni. Ingatkan biasa-biasa jer kan. Tapi sebenarnya bukan biasher-biasher tau.

Haa ada sesiapa ada masalah tak bila nak goreng kelapa parut supaya tahan lama dan lebih garing? Sebabnya saya ada sedikit tips ni nak kongsi kalau anda nak. Yer la ilmu yang kita ada mesti la kena kongsi.

Tak boleh kedekut ilmu tau. Lagi kita kongsikan ilmu yang kita ada. Makin kita faham dan ditambahkan dengan ilmu baru.

I told you based on what have I done before. When I share my knowledge to others. Saya jadi lagi faham dan ditambahkan dengan ilmu baru.

Jadi nak cakap kat sini, jangan takut ilmu kita berkurang jika share dengan orang.

Tips Kelapa Parut yang Digoreng Tahan Lama dan Lebih Rangup

Setiap kali nak makan nasi kerabu, kelapa parut penting untuk dijadikan sambal ikan/ nyor/kelapa. Jadi macam mana nak buat sambal yang sedap menggunakan kelapa parut ni? Pertama, penggunaan kelapa mesti yang berkualiti dan sesuai.

Nak pilih kelapa pun ada caranya tau. Kalau nak masak sambal ikan kita guna kelapa sederhana tua. Jangan pilih kelapa tua atau terlalu muda pula.

Kang tak menjadi sambal kelapa kita nanti. Silap hari bulan ada yang menangis sebab tak dapat makan.

Bila dah siap parut kelapa. Saya suka goreng kelapa parut tanpa menggunakan minyak menggunakan api sederhana kecil. Ada sebab tau kenapa kena goreng guna api sederhana kecil.

resepi-nasi-kerabu Nasi Kerabu Kita Masak Tumis Style Kelantan Sebab Ramai Orang Request
kredit:jomkitamasak.wordpress

Sebabnya, nak bagi kelapa parut tadi masak sempurna dan tak cepat hangit. Jadi, nak goreng kelapa parut ni perlukan kesabaran yang tinggi juga tau. Kalau tak sabar nanti diri sendiri yang makan sambal kelapa hangit.

Begitu la sedikit tips yang saya dapat kongsikan untuk manfaat kita bersama. Terima kasih buat Cik Raja Amanina yang sudi kongsikan resepi nasi kerabu untuk kita cuba bersama. Mesti semua dah tak sabar nak masak dan makan kan?

Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk mula memasak.

Resepi Nasi Kerabu

Nasi

Bahan-bahan:
-nasi boleh kukus atau nak masak macam nasi biasa pun boleh
-beras &air ikut sukatan masing masing
-2 helai daun pandan
-2 helai daun limau purut
-serai 1batang ketuk,
secubit garam
-pewarna biru 3,4titik@bunga telang

Cara penyediaan:

  1. Beras dibasuh hingga bersih. Masukkan beras serta air secukupnya. Kemudian masukkan serai, daun limau purut, daun pandan dan garam. Titikkan beberapa titik pewarna. Kacau hingga sebati. Masak nasi seperti biasa. (pemilik resepi guna kaedah kukus).
    p/s: lebih baik guna keadah kukus sebab tekstur nasi jadi lebih lembut dan tidak berkerak tapi kalau nak ikut citarasa masing-masing tiada masalah.


Sambal nyor@kelapa@sambal ikan

Bahan-bahan:
-1biji kelapa parut goreng hingga perang
-5,6 ulas bawang merah
-serai 3 batang hiris nipis nipis senang nak tumbuk
-ikan rebus 4,5 ekor
– gula melaka
-garam

Cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam lesung batu. Tumbuk hingga hancur. Angkat dan letakkan dalam mangkuk kemudia kacau biar semua bahan sebati. Pastikan rasa sedikit manis ada pada sambal.

 

Sambal cili@cuka

Bahan-bahan:
*kuantiti bahan dibawah untuk buat sambal yang sedikit sahaja
-10 biji cili padi
-seulas bawang merah bakar
-belacan sikit
-garam,gula dan 2 sudu cuka 

Cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam lesung batu. Tumbuk ia hingga halus kemudian letakkan ke dalam mangkuk. Kacau biar rata semua bahan yang ditumbuk. Kemudian, tuang cuka lalu kacau biar rata. Siap untuk dihidangkan.

 

Tumis

Bahan-bahan:
– 7,8 biji cili kering(rebus)
– 3,4 ulas bawang merah
– 1 biji bawang besar
– 4,5 ulas bawang putih
– halia setengah inci

**kisar semua bahan di atas

– serai 3 batang ketuk
– asam keping 2keping
– santan pekat agak agak nak senang guna 1kotak santan yang kecik tu
– budu 4sudu besar
– cuka 1sudu besar
– gula garam
– minyak untuk menumis

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak. Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis biar pecah minyak. Tambahkan secawan setengah air serta santan, serai, asam keping, budu, cuka, gula dan garam.
  2. Kacau hingga kuah menjadi pekat dan pecah minyak. Tumis lebih sedap jika rasa sedikit masin.

Budu

Bahan-bahan:

  • bunga kantan
  • serai
  • bawang merah
  • cili padi
  • budu
  • limau nipis

Cara penyediaan:

  1. Semua bahan di atas dihiris dan dimasukkan ke dalam mangkuk kecil. Masukkan budu serta limau nipis yang dihiris diperah. Kacau seketika kemudian siap untuk dihidangkan.

 

Ulam ulaman

-bunga kantan
-timun
-kubis
-tauge

Lauk tambahan

-keropok
-solok lada
-telur masin
-ayam goreng@ikan celup tepung

resepi-nasi-kerabu Nasi Kerabu Kita Masak Tumis Style Kelantan Sebab Ramai Orang Request

Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini untuk kepada semua. Sebenarnya memasak ialah satu terapi untuk diri. Sesetengah orang jika mereka stress atau ada masalah mereka akan memasak.

Sebab memasak ni satu terapi tau. Lepas masak mesti rasa puas hati dan tenang. Kerana kita puas hati orang sekeliling makan apa yang kita masak dan puji ianya sedap.

Let’s cooking with love. Selamat mencuba resepi ini di rumah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.