resepi buah melaka@onde-onde 1

Resepi buah melaka/onde-onde merupakan salah satu kuih yang sedap, mudah dan lembut bila dikunyah. Biasanya kuih ini hanya ada ketika bulan puasa jer. Tapi sekarang kuih ini ada dijual tepi jalan, pasar, dan sebagainya.

Kuih ni sangat enak jika dimakan bersama kopi o panas pada waktu petang. Yer la masa santai dengan keluarga sambil borak-borak syok juga makan kuih ni.

Mungkin ramai yang menggemari kuih ini kerana teksturnya yang lembut. Bila kita gigit pula akan terpercik gula melaka yang dah cair. Glurppp mesti dah ada yang telan air liur kan.

resepi-buah-melaka@onde-onde-1 Resepi Buah Melaka@Onde-Onde Sedap, Mudah dan Lembut

Ehh jangan la masih banyak lagi nak diceritakan tentang kuih ni. Sabar yer. Kuih kalau kita beli 5 biji dah berapa harganya kan.

Baru tengah syok nak makan resepi buah melaka/onde-onde dah habis. Tu tak kira kalau ahli kelurga ramai. Tak sampai seminit seorang ambil satu dah habis.

Tapi kalau kita gentel sendiri tentu banyak yang kita dapat hasilkan. Makan pun lagi puas dan sedap. Lagipun bahan-bahan yang diperlukan nak buat kuih ni senang nak cari.

resepi-buah-melaka@onde-onde-1 Resepi Buah Melaka@Onde-Onde Sedap, Mudah dan Lembut
encouraging.com

Cara nak buat kuih ni pun mudah. Jadi apa lagi alasan kita tak nak belajar buat kuih ni sendiri. Ishh ishh ishh rugi kan pada yang tak nak belajar buat kuih ni.

Cara Buat Buah Melaka Lembut

resepi-buah-melaka@onde-onde-1 Resepi Buah Melaka@Onde-Onde Sedap, Mudah dan Lembut
tokomesinkelapa.com
  • Pilih Kelapa Parut Daripada Buah Kelapa Muda

Nak memasak apa-apa juadah pun mesti ada caranya yang tersendiri. Baru la resepi buah melaka/onde-onde sedap, mudah dan paling penting lembut jer bila digigit. Langkah yang pertama, beli kelapa parut daripada buah muda.

  • Menggunakan Tepung Pulut Dan Tepung Gandum

resepi-buah-melaka@onde-onde-1 Resepi Buah Melaka@Onde-Onde Sedap, Mudah dan Lembut
shopee.com.my

Ambil bahagian yang putih jer sebab kita nak golekkan dengan kuih nanti. Nanti hasilnya kuih nampak cantik dan sedap. Rahsia kuih ni lembut bila digigit ialah disebabkan penggunaan tepung pulut dan tepung gandum.

Kedua-dua tepung dicampur sekali untuk menghasilkan tekstur onde-onde/buah melaka yang lembut. Kalau kita gunakan tepung pulut sahaja nanti kuih akan rasa liat dan sedikit kenyal. Selain itu, kebanyakan kita menggunakan air biasa masa nak uli tepung kan.

  • Gunakan Air Suam Untuk Membuat Bancuhan Tepung

Cuba kali ni anda gunakan air suam yang diletakkan sedikit garam untuk membuat bancuhan tepung. Hasil yang akan anda nampak dan rasa ialah kuih lagi lembut biarpun lama dah masak. Rasa kuih juga akan sedikit lemak sebab dibancuh bersama garam.

  • Api Sederhana Untuk Proses Rebus Kuih

Cara buat resepi buah melaka/onde-onde yang lain ialah gunakan api yang sederhana masa nak rebus kuih. Tujuan guna api sederhana supaya gula melaka dalam kuih cair sepenuhnya serta masak dengan sempurna. Bayangkan kalau guna api yang besar.

Kuih ni mungkin masak tapi gula melaka dalamnya tidak akan cair sebab masak secara mengejut. Sebaiknya, selepas kuih dah masak sempurna. Angkat dan toskan seketika serta lalukan seketika dengan air.

  • Lalukan Seketika Buah Melaka Di Bawah Air Paip

Tujuannya untuk membuang kotoran atau sisa kanji tepung yang ada pada kuih. Kalau tidak dilalukan/ direndam/ dicuci dengan air nanti kuih cepat basi. Lepas dah rendam seketika baru la digolekkan pada kelapa parut.

  • Kelapa Parut Digaulkan Dengan Sedikit Garam

Sebaiknya, kelapa parut digaulkan dengan sedikit garam serta dikukus bagi mengelakkan buah melaka cepat basi. Nanti kuih ni akan tahan lebih lama dan tidak mudah rasa masam. Haa senang kan nak buat kuih ni bila dah ada teknik yang betul.

resepi-buah-melaka@onde-onde-1 Resepi Buah Melaka@Onde-Onde Sedap, Mudah dan Lembut
citrust.id
  • Tambahkan Jus Daun Pandan Masa Uli Doh

Dan kalau nak kuih lagi sedap dan naik aroma hingga menusuk lubang hidung. Gunakan jus daun pandan masa nak uli doh. Memang bau enak dan sedap jer kuih tu nanti.

  • Pastikan Anda Menitikberatkan Aspek Kebersihan Dan Keselamatan Semasa Memasak

resepi-buah-melaka@onde-onde-1 Resepi Buah Melaka@Onde-Onde Sedap, Mudah dan Lembut

Akhir sekali, pastikan anda menitikberatkan aspek kebersihan dan keselamatan semasa memasak. Pastikan cuci tangan sebelum nak uli doh dan gentelnya. Dengan cara ni dijamin keracunan makanan atau cirit birit dapat dielakkan daripada berlaku.

Selain daripada nak kenyang dah sedap. Aspek ni juga penting bagi menjamin kualiti masakan kita. Kalau aspek ni tidak dijaga dengan sebaiknya.

Tak mustahil kalau jika nak dijual tiada sesiapa yang nak beli. Disebabkan mereka ragu dengan aspek kebersihan yang kita tonjolkan. Jadi siapa yang patut dipersalahkan dalam hal ni.

resepi-buah-melaka@onde-onde-1 Resepi Buah Melaka@Onde-Onde Sedap, Mudah dan Lembut
oohsenyum.com

Takkan la orang lain kan. Mesti la kita yang tuan punya badan ni salah sebabnya tak mementingkan kebersihan. Dan cuba perhatikan kuku kita samaada dah dipotong atau tidak.

Jika kuku kita dah panjang macam vampire sebaiknya potong la ia sebelum nak memasak. Lagi pula, resepi kali ini menggunakan perlu untuk kita uli tepung kemudian gentel menjadi bulat. Kalau kuku pendek kan lagi elok, kemas dan cantik.

Kita memang bukan budak kecil lagi nak diajar. Tapi kadang-kadang kita ada kalanya terlupa nak menitikberatkan aspek kebersihan. Maklum la manusia kan cepat lupa.

resepi-buah-melaka@onde-onde-1 Resepi Buah Melaka@Onde-Onde Sedap, Mudah dan Lembut
idntimes.com

Jadi menjadi tanggungjawab orang sekeliling kita untuk mengingatkan apa yang terlupa. Baru la betul kan. Takkan la orang sekeliling kita buat salah tapi kita berdiam diri jer.

Nak terima atau tidak semuanya terpulang pada diri masing-masing sebab semua orang ada egonya masing-masing. Tapi sebaiknya, jadi la manusia yang mudah bertolak ansur bila nak berunding atau memberi nasihat. Baru la hidup sehari-hari makmur, aman dan harmoni jer.

Terima kasih kepada Cik Puan Julieta yang sudi berkongsi resepi buah melaka/onde-onde untuk dicuba. Memang tekstur kuih ni begitu lembut dan sedap serta mudah jer penyediaannya.

Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk buat buah melaka lembut, sedap dan mudah.

 

Resepi Buah Melaka@Onde-Onde

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung pulut
  • 2 sdb tepung beras
  • Air pandan secukupnya
  • 1 mangkuk kelapa parut
  • 1 ketul gula gerek @ gula melaka potong kecil
  • Secubit garam

*Boleh rujuk pada gambar

resepi-buah-melaka@onde-onde-1 Resepi Buah Melaka@Onde-Onde Sedap, Mudah dan Lembut

Cara penyediaan:

  1. Kelapa parut diletakkan garam secukupnya serta dikukus selama 3 minit supaya tahan lama, tidak mudah masam@basi.
  2. Campurkan tepung pulut dan tepung beras ke dalam mangkuk. Tuangkan air pandan kemudian gaul bancuhan tadi hingga menjadi doh. Gaul sebati menggunakan tangan.
  3. Bila dah menjadi doh, ambil sedikit adunan tadi dan gentel menjadi bentuk bulat.
  4. Tekan sedikit di bahagian tengah dan letakkan gula melaka yang dipotong kecil. Kemudian, gentelkan ia sekali lagi menjadi bentuk bulat. Ulang proses ini hingga habis.
  5. Didihkan air secukupnya di dalam periuk, lalu masukkan buah melaka yang siap digentel satu persatu.
  6. Rebus hingga buah melaka masak dengan sempurna serta gula melaka cair. Caranya, biarkan buah melaka yang tenggelam timbul sendiri di permukaan atas.
  7. Buah melaka yang dah masak sempurna, dimasukkan ke dalam penapis kemudian dilalukan di bawah air yang mengalir.
  8. Kemudian, golekkan buah melaka di atas kelapa parut. Pastikan semua bahagian buah melaka disaluti kelapa parut.
  9. Angkat dan siap untuk dihidangkan bersama kopi o panas.

resepi-buah-melaka@onde-onde-1 Resepi Buah Melaka@Onde-Onde Sedap, Mudah dan Lembut

Semoga perkongsian resepi ni memberi manfaat kepada semua untuk menyediakan juadah santai yang enak. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini kepada orang sekeliling anda. Nanti bila kita berkongsi ilmu ni makin berkembang dan bermanfaat kepada semua.

Selamat mencuba resepi ini di rumah.