Sesiapa yang suka makan ulam-ulaman pasti suka resepi kerabu kacang botol sedap. Mesti ramai juga yang tak tahu akan kewujudan resepi ni. Tapi jangan terkejut kerana memang ramai sukakan juadah ni.

Dah la rasanya memang sedap. Malah cara penyediaannya memang mudah, cepat dan sihat. Yer la kita guna kacang botol yang semua tahu memang menyihatkan.

Kalau sesiapa yang belum cuba juadah ni. Anda memang kena cuba tau. Gerenti sekali cuba pasti nak lagi dan lagi.

resepi-kerabu-kacang-botol-sedap-9 Resepi Kerabu Kacang Botol Sedap. Gerenti Mudah, Sihat Dan Menyelerakan.
kredit gambar: stock.adobe.com

Lagi syok kalau kita masukkan sekali taugeh, ikan rebus dan ikan bilis. Aumm memang lagi sedap la resepi kerabu kacang botol sedap. Ish ish ish baru jer bercerita pasal makanan perut ni dah berkeroncong dah.

Tak sabarnya nak memasak resepi ni. Kalau tengok jer pun kita dah tahu cara penyediaannya tidak susah atau renyah. Tu belum cuba masak atau buat lagi hehe.

Lepas dah buat gerenti kita semua akan tahu betapa senangnya juadah ni. Lepas ni makin rajin la kita masak resepi ni. Dah la senang, simple dan paling penting sedap.

Hahaha yang part sedap tu yang paling penting.

resepi-kerabu-kacang-botol-sedap-9 Resepi Kerabu Kacang Botol Sedap. Gerenti Mudah, Sihat Dan Menyelerakan.

Mesti semua tahu kan salah satu bahan utama untuk membuat juadah resepi kerabu kacang botol sedap. Kita memerlukan bahan-bahan seperti udang kering, kelapa parut yang digoreng dan sebagainya.

Ramai juga yang berpendapat menu seperti kerabu renyah cara penyediannya. Tapi kita sebenarnya salah sangka tau. Memang senang jer nak buat juadah ni.

Sebab tu kita kena belajar tips untuk membuatnya. Biasa la kalau memasak memang kita kena perlu try and error. Kadang-kadang tu selepas dua atau tiga kali baru jadi.

Try And Error  

Bukannya sekali cuba terus jadi. Huhu memasak memang perlukan kesabaran. Jadi jangan la putus asa kalau masak sekali tak menjadi atau tak sedap.

Kita pernah bayangkan tak. Chef yang terkenal bukannya lahir dah pandai masak. Mereka juga belajar daripada mula juga bukannya terus pandai.

Tapi saya bukannya nak jadi chef. Macam mana pula tu? Huhu tiada masalah semua tu tapi kita kan nak jadi chef di mata suami atau anak-anak.

Betul tak? Mesti kita gembira kalau orang sekeliling kita hargai apa yang kita masak. Bahkan kalau orang puji lagi la kita rasa kembang kempis jer hidung ni hehe.

Kelapa Parut Untuk Apa

Mesti ada yang tertanya juga kelapa parut untuk apa? Biasa kalau masakan apa kita perlukan kelapa parut. Biasa kalau kelapa parut kita gunakan dalam masakan.

Contohnya, resepi kerabu kacang botol sedap, onde-onde dan sebagainya. Memang sedap dan tak lengkap masakan kita tanpa kelapa parut. Kelapa parut memang bahan wajib ada.

Kalau tiada memang takkan syok makan juadah ni.

Cara Simpan Kelapa Parut Supaya Tahan Lama

resepi-kerabu-kacang-botol-sedap-9 Resepi Kerabu Kacang Botol Sedap. Gerenti Mudah, Sihat Dan Menyelerakan.
kredit gambar: siraplimau.com

Haa mesti ada dalam kalangan kita yang pernah ada masalah nak simpan kelapa parut kan? Biasa sebelum ni kalau simpan ianya tidak tahan lama. Malah berbau masam atau rasa basi kan?

Jangan panik atau risau dah. Saya akan bantu anda semua dengan berkongsi cara simpan kelapa parut supaya tahan lama. Gerenti cara ni berkesan dan kelapa parut pun lagi tahan lama tau.

  • Cara Pertama:

Mula-mula kita ambil kelapa parut kemudian kita bentukkan ia jadi bebola ukuran sederhana. Bila dah siap kita jadikan ia menjadi bentuk bebola. Kita susun kelapa parut tadi di dalam bekas kedap udara.

Pastikan kita tutup bekas tadi rapat-rapat yer. Kemudian, kita simpan bekas tadi di dalam peti ais di bahagian sejuk beku. InshaAllah kelapa parut kita akan tahan selama 3 hingga 4 bulan.

Tak percaya? Haa kena la cuba kalau tak percaya. Lepas cuba cara ni mesti ramai akan mengakui keberkesanannya.

  • Cara Kedua

Kalau tak nak guna cara pertama tadi. Kita boleh cuba cara kedua ni. Alaaa tak renyah atau susah pun la.

Memang senang, mudah dan paling penting kelapa parut lagi tahan lama. Mula-mula kita panaskan kukusan. Kemudian, kelapa parut kita taburkan garam dan gaul bagi ia rata.

Lepas tu, kukusa kelapa parut tadi di dalam kukusan selama 10 minit hingga 15 minit. Kemudian, sejukkan kelapa parut seketika sebelum dimasukkan ke dalam plastik. Pastu nak buat apa?

Kita simpan la plastik berisi kelapa parut ke dalam peti sejuk. Bila nak guna kita kukus semula kelapa parut tadi. Wahh senang jer kan?

Nanti boleh la guna mana-mana cara yang anda semua suka. Boleh la nanti cubanya di rumah.

Ciri Kelapa Parut Basi

Ramai juga yang masih tak tahu macam mana ciri kelapa parut basi. Betul tak? Lepas dah masak baru la rasa kemudian tahu yang kelapa parut basi.

Ada tu yang dah semangat nak memasak. Tapi bila periksa kelapa parut alahai dah basi dan masam pula. Perghh memang kecewa la kan kalau jadi macam tu.

Biasa kalau ciri kelapa parut basi kita boleh kenal melalui bau dan rasa. Kelapa parut basi biasa akan berbau masam. Bila kita cuba rasa guna lidah rasanya pun akan masam dan tidak enak.

Ish ish ish biasa kalau kita tak rasa pun. Bila kita bau sahaja kita dapat tahu kalau kelapa parut tu basi. Pastikan kita peka dan ambil perhatian mengenai tempoh masa kita simpan kelapa parut.

Jadi sebaiknya belajar la cara simpan kelapa parut supaya tahan lama. Terima kasih kepada Puan Bahiah Saripuddin kerana sudi berkongsi resepi kerabu kacang botol sedap. Semoga perkongsian pada pada kali ni dapat memberikan manfaat pada kita semua.

 

Resepi Kerabu Kacang Botol Sedap

Bahan hanya diperlukan:

  • semangkuk kacang botol
  • kelapa parut yang digoreng
  • udang kering
  • bawang merah
  • sedikit halia
  • serai
  • cili merah
  • tomato

resepi-kerabu-kacang-botol-sedap-9 Resepi Kerabu Kacang Botol Sedap. Gerenti Mudah, Sihat Dan Menyelerakan.

Bahan-bahan.

 

Cara Penyediaannya:

resepi-kerabu-kacang-botol-sedap-9 Resepi Kerabu Kacang Botol Sedap. Gerenti Mudah, Sihat Dan Menyelerakan.

Tumbuk bawang, udang kering dan belacan.

 

resepi-kerabu-kacang-botol-sedap-9 Resepi Kerabu Kacang Botol Sedap. Gerenti Mudah, Sihat Dan Menyelerakan.

Masukkan kelapa parut yang digoreng dan bahan ditumbuk tadi ke dalam mangkuk berisi kacang botol.

 

resepi-kerabu-kacang-botol-sedap-9 Resepi Kerabu Kacang Botol Sedap. Gerenti Mudah, Sihat Dan Menyelerakan.

Tambah sedikit garam, tomato ceri dan serai jika suka.

 

resepi-kerabu-kacang-botol-sedap-9 Resepi Kerabu Kacang Botol Sedap. Gerenti Mudah, Sihat Dan Menyelerakan.

Perah asam limau. Ini kalau nak masam kalau tak nak takpe.

resepi-kerabu-kacang-botol-sedap-9 Resepi Kerabu Kacang Botol Sedap. Gerenti Mudah, Sihat Dan Menyelerakan.

Siap untuk dinikmati seisi keluarga.

 

Semoga perkongsian mengenai resepi ni dapat memberikan manfaat buat kita semua. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini dengan yang tersayang. Yakin pada diri kita yang kita semua boleh memasak.

Kalau tak tahu kena belajar daripada orang yang tahu. Do not give up okay? Selamat mencuba.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.