resepi kuih peria 1

Resepi kuih peria merupakan kuih popular serta digemari rakyat Malaysia yang diperbuat daripada tepung pulut. Resepi ini mudah untuk dibuat kerana menggunakan sukatan cawan. Tekstur kuih yang begitu lembut membuatkan semua lapisan umur pun boleh nikmatinya.

Ramai yang kata bila terpandangkan kuih ini teringat pada buah peria yang pahit tu. Bentuk dan rupanya yang mirip dengan buah peria menarik minat orang ramai untuk mencubanya.  Mungkin disebabkan rupanya yang unik juga menjadikan ianya menarik di mata sesiapa yang memandang.

Kuih ni kalau kita layan masa sarapan dengan minum petang memang syok giler. Makan pula bersama minuman kegemaran kita. Perghh memang best sangat.

resepi-kuih-peria-1 Resepi Kuih Peria Inti Kacang Hijau Tekstur Lembut Menggunakan Sukatan Cawan

Resepi kuih peria nampak menarik bila dipandang kerana warnanya. Kuih yang warna warni biasanya dapat menarik minat dan selera makan sesiapa yang melihatnya. Itu baru lihat jer tak cuba makan lagi.

Kalau dah makan tentu anda akan nak makan lagi dan lagi. Jika tak dapat juga makan pasti tidak akan lena bila nak tidur sebab memikirkan kuih ini. Yummy.

Kuih ni bila digigit akan rasa kenyal dan pastinya sangat sedap dan syok jer bila dimakan. Kalau tak percaya cuba rasa. Bagi sesiapa yang pernah cuba makan pasti mereka tahu betapa enaknya kuih ini.

resepi-kuih-peria-1 Resepi Kuih Peria Inti Kacang Hijau Tekstur Lembut Menggunakan Sukatan Cawan
lovepik.com

Nak buat resepi kuih peria bukannya susah pun. Asalkan kita ikut cara, teknik dan tips yang betul. Kita boleh hasilkan kuih yang enak lagi sedap dimakan waktu santai-santai.

Sebenarnya memasak ni senang jer tapi kita jer yang fikirkan ia susah dan remeh. Jika kita dah setting mindset dengan menganggap memasak adalah suatu perkara yang susah. Maka, ia akan menjadi susah sebagaimana yang kita fikirkan.

So, do not think it is complicated if you do not want to face the complicated things in the future. We are what we think. Actually, nobody is born with passion as a good cook. 

resepi-kuih-peria-1 Resepi Kuih Peria Inti Kacang Hijau Tekstur Lembut Menggunakan Sukatan Cawan
canstockphoto.com

But they are dedicated and try to cook. They also learn from they past mistakes. That’s spirit we need in order to be a good cook.

Ada jer yang jenis dia pandai masak tapi dia tidak tahu tips, teknik dan cara yang betul. Maka masakannya rasa tidak seberapa dan kurang enak. Kesimpulannya, ilmu tentang sesuatu masakan penting untuk kita pelajarinya bagi memastikan masakan kita sedap.

Dan kita jangan bersedih kenapa kita buat kesilapan. Sebaliknya kita kena terima kesilapan itu. Kerana disebabkan kesilapan yang pernah kita buat.

resepi-kuih-peria-1 Resepi Kuih Peria Inti Kacang Hijau Tekstur Lembut Menggunakan Sukatan Cawan
positivemindfulleader.com

Mengajar kita untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama pada masa akan datang. Haa apa kaitan pula dengan resepi ini. Ada banyak kaitannya tau.

Contohnya, jika hari ni kita buat kuih ni tak sedap. Jangan putus asa dan bersedih. Jadikan kesilapan lepas sebagai pengajaran untuk kita bangkit daripada kegagalan.

Dan cuba perbaiki kualiti kuih yang kita buat. Haa lepas beberapa kali anda akan berpuas hati dengan hasil yang anda akan dapat. Kena buat dulu baru tahu betul ke tak.

Cara Nak Buat Kuih Buah Peria

resepi-kuih-peria-1 Resepi Kuih Peria Inti Kacang Hijau Tekstur Lembut Menggunakan Sukatan Cawan
lovepik.com

Mesti ada sesetengah daripada anda yang baru nak belajar buat resepi kuih peria ni kan. Jadi ada beberapa cara, tips dan teknik yang anda boleh gunakan. Nanti dijamin kuih anda tentu akan rasa sedap dan menyelerakan sesiapa yang mencubanya.

  • Sapukan Sedikit Minyak Sebelum Membuat Doh

Pertama, sebaiknya semasa anda nak jadikan doh bulat-bulat. Anda sapukan sedikit minyak pada telapak tangan untuk mengelakkan doh melekat pada tangan anda. Untuk bentukkan garisan pada kuih untuk menjadikan ia seakan-akan kuih peria.

  • Gunakan Lidi Atau Plastik Untuk Membuat Jalur

Gunakan lidi atau plastik. Kalau lidi anda boleh tekan permukaan kuih macam biasa untuk buat jalur. Jika gunakan plastik, anda perlu letakkan kuih ini pada plastik kemudian gulung seperti nak gulung gula-gula.

  • Gunakan Garfu Untuk Membuat Jalur Pada Kuih

Bila dah siap gulung, tarik kedua-dua hujung plastik supaya terbentuk jalur pada kuih. Cara lain yang lagi senang anda nak buatkan corak ialah hanya gunakan garfu sahaja. Lorekkan corak jalur memanjang pada kuih dan hasilnya sungguh cantik serta sangat memuaskan.

  • Elakkan Kukus Terlalu Lama

Selain itu, semasa proses untuk mengukus kuih ini. Jangan kukusnya terlalu lama sebab nanti kuih akan menjadi terlalu kembang. Bila dah terlalu kembang, nak makan pun rasa tak best dan menarik.

Terima kasih kepada Raja Amanina yang sudi kongsikan resepi kuih peria untuk dicuba bersama. Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kuih ini.

 

Resepi Kuih Peria

Bahan-bahan Kuih Peria:
-4 cawan tepung pulut
-2 sudu besar tepung gandum
-2-3 cawan santan cair blend bersama 2 helai daun pandan
-1 sudu kecik garam
-sedikit pewarna

Cara Penyediaan:

  1. Campurkan semua bahan kecuali santan di dalam satu bekas. Kemudian, tuangkan santan sedikit demi sedikit serta uli adunan hingga menjadi doh.
  2. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat serta ukuran yang sama. Kemudian, ambil salah satu doh. Jadikan ia bentuk leper kemudian letakkan inti kacang.
  3. Tutup inti kemudian bentukkan doh biar menjadi memanjang seperti buah peria. Ambil lidi, garfu dan sebagainya untuk buat jalur pada kuih.
  4. Bila dah siap dibuatkan jalur, sapukan sedikit minyak pada daun pisang kemudian alaskan pada kuih. Ulang proses di atas hingga siap.
  5. Kukusan dipanaskan. Masukkan kuih di dalam kukusan kemudian kukus selama 15 minit menggunakan api sederhana.
  6. Untuk jadikan permukaan kuih berkilat sapukan sedikit minyak. Angkat dan siap untuk dihidangkan.

 

Bahan-bahan Inti Kacang Hijau:

-1 cawan setengah kacang hijau cuci bersih dan rendam
-gula 1 cawan
-1 sudu kecik garam
-1 cawan santan cair
-daun pandan sehelai

 

Cara Penyediaan:

  1. Kacang hijau direbus hingga betul-betul lembut, kembang serta airnya hampir kering.
  2. Kacau dengan kerap untuk mengelakkan ia hangit/ berkerak.
  3. Tuangkan santan, gula, garam secukupnya. Biarkan ia mereneh untuk seketika. Kemudian, biarkan inti kering sekali lagi. Tutup api. Angkat dan sejukkan untuk seketika.
  4. Bila dah betul-betul sejuk, jadikan inti berbentuk bulat supaya mudah untuk diletakkan pada doh.

*inti boleh digunakan untuk kuih kasturi, pau goreng, kuih ulat bulu, kuih bom
*sedap kerana tidak dimasukkan tepung

resepi-kuih-peria-1 Resepi Kuih Peria Inti Kacang Hijau Tekstur Lembut Menggunakan Sukatan Cawan

Selamat mencuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi kepada semua kenalan anda. Semoga resepi ini bermanfaat untuk semua.

If you have a dreams to success in cooking. Keep fighting to achieve your goals. Stay strong and do not give up.

It is normal for us to face obstacles before become a successful person. Life is simple. If you make efforts you will be success.

Jadi teruskan usaha. Gagal sekali dua bukannya menentukan kita gagal buat selamanya. Usaha, doa dan tawakal perlu dilakukan sekali.

Jika hanya usaha tapi tak berdoa dan tawakal. Apa yang kita usahakan takkan berjaya. Always remember the formula is do not give up.