resepi mee sup 1

Nak makan juadah berasaskan sup dan mee boleh la cuba resepi mee sup. Rasanya sungguh sedap dan kuahnya memang sangat kaw. Pasti makan sekali terus melekat di hati kita semua.

Cuba sekali pasti orang kata nak lagi. Memang menyelerakan dan membangkitkan nafsu makan kita semua. Jadi sesiapa yang rasa tiada selera nak makan nasi.

Boleh cuba makan masakan ini. Dijamin anda semua takkan menyesal bila pertama kali mencubanya. Yang ada makin jatuh cinta dengan masakan ni.

resepi-mee-sup-2 Resepi Mee Sup Istimewa Original Thai. Kuahnya Best, Melekat di Hati

Masakan ini juga sangat mengenyangkan. Kalau tak makan nasi sehari pun takpe kalau dah makan masakan ni. Lagi best kalau dinikmati ketika tengahari dan makan malam.

Perghh sungguh enak dimulut kenyang diperut. Resepi mee sup ni antara masakan yang sangat senang dan simple untuk di masak. Orang bujang yang tak baru nak belajar masak pun boleh cuba untuk memasaknya.

Kalau mengikut pengalaman saya kalau mee sup ni biasa dijuak dengan harga RM2.00 jer dulu. Tapi hari demi hari harganya makin naik hingga mencapai RM5.00. Hmm tu kalau seorang yang makan, kalau dua tiga atau lebih daripada tu.

resepi-mee-sup-2 Resepi Mee Sup Istimewa Original Thai. Kuahnya Best, Melekat di Hati
gambaramazing.blogspot.com

Memang hujung bulan makan maggi jer la kan. Jadi, tak rugi pun kita nak belajar masak masakan ni. Kalau masak sendiri kita boleh makan sampai puas hati.

Dan yang penting boleh dimakan seisi keluarga tau. Kebersihan pun lebih terjamin jika masak sendiri. Bukan nak cakap semua kedai makan tak bersih.

Tapi, benda boleh masak dan sediakan sendiri. Buat apa nak buang duit nak beli kat kedai kan. Kalau kita masak lagi sedap dari kedai apa lagi alasan kita untuk tak masak.

resepi-mee-sup-2 Resepi Mee Sup Istimewa Original Thai. Kuahnya Best, Melekat di Hati
www.xpresi.org

Anda bayangkan resepi mee sup kat kedai tu berapa lori ajinomoto terbalik dalam kuahnya. Memang la kita boleh kata sedap tapi tak memudaratkan ke kesihatan kita nanti. Lagi pun kita hidup dan nak pakai tubuh badan ni bukan untuk sehari dua.

Jadi, sayangi la diri anda sebelum anda menyayangi orang sekeliling anda. Haa kang dah panjang kita membebel dah macam mak nenek dah haha. Tapi takpe kita nasihat sebab sayang.

Kalau tak sayang kita tak kan peduli pun apa yang orang lain nak buat. Betul tak? Ehh tetiba terbayangkan mee sup yang dihidangkan panas-panas. Kita hirup kuahnya terlebih dahulu.

resepi-mee-sup-2 Resepi Mee Sup Istimewa Original Thai. Kuahnya Best, Melekat di Hati
www.ecloudbuzz.com

Bila dah siap hirup kita makan mee dengan cili jeruk. Perghh masa kunyah pula keluar bunyi krupp krapp. Haishh mesti ada yang dah meleleh air liurnya kan.

Jangan lupa untuk perah air asam limau nipis sebelum dihirup kuahnya tu. Nanti makin menyengat kuah sup kita. Aumm.

Haa rugi tau kalau tak cuba sendiri. Kalau dengan hanya membayangkan sahaja mampu membuatkan air liur meleleh lebih daripada bayi. Tak boleh bayang macam mana kalau dah ada kat depan mata nanti.

resepi-mee-sup-2 Resepi Mee Sup Istimewa Original Thai. Kuahnya Best, Melekat di Hati
kekandasatriareturn.blogspot.com

Mesti makan tak toleh kiri dan kanan kan. Syok punya pasal haha.

Cara Memasak Mee Sup Simple Tapi Sedap

Resepi mee sup sebenarnya kalau dimasak dengan cara dan teknik yang betul amat sedap dan menyelerakan. Berikut antara tips yang saya selalu guna untuk memasak mee sup. Rahsia mee sup yang sedap terletak pada kuah supnya.

  • Kuah Yang Sedap

Kalau kuah sup sedap maka sedap la mee sup kita dan begitu la sebaliknya. Untuk menyedapkan kuah sup pastikan rempah 3 sekawan ada dalam sup kita. Pastikan mee dicelur terlebih dahulu sebelum dihidangkan bersama kuah sup.

resepi-mee-sup-2 Resepi Mee Sup Istimewa Original Thai. Kuahnya Best, Melekat di Hati
rasa.my
  • Pastikan Anda Celur Mee 

Tujuannya untuk menghilangkan rasa pahit pada mee. Mee sup juga enak dimakan bersama sayur taugeh, sawi dan kangkung yang dicelur. Rasanya begitu menyelerakan.

Kebiasaannya, jika dimasukkan daging, tulang lembu, isi ayam dan sebagainya. Kuah mee sup akan menjadi coklat muda. Semua bahan tadi direbus dalam jangka masa yang lama untuk menghasilkan stok air rebusan.

Sebab tu la mee sup jadi lebih sedap malah kuahnya lebih kaw. Terima kasih buat Cik Puan Julieta yang sudi kongsikan resepi mee sup. Meh kita tengok bahan apa yang diperlukan untuk memasak mee sup yang simple tapi sedap.

 

Resepi Mee Sup

Bahan-bahan:

  • Bawang merah 6 biji (blend )
  • Bawang putih 6 ulas ( blend )
  • lada hitam 1 sudu ( blend )
  • rempah 3 sekawan * kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih 
  • ayam / daging / udang / sotong
  • sayur-sayuran seperti carrot & sawi
  • limau kasturi ( 2 biji )
  • telur
  • daun sup
  • bawang goreng

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak. Masukkan bahan blend dan bahan yang bertanda (*). Tumis hingga semua bahan naik bau dan kekuningan.
  2. Kemudian, tambah lauk yang kita suka dan kacau hingga separuh masak. Tambah carrot dan air secukupnya. Biarkan ia hingga mendidih dan pastikan api ketika ini besar untuk mempercepatkan proses memasak. Bila semua lauk dah separuh masak.
  3. Tambahkan mee yang dicuci bersih. Masukkan telur yang dipecahkan terlebih dahulu. Biarkan telur masak tanpa perlu dikacau.
  4. Kemudian, tambahkan sayur sawi. Tuangkan air perahan limau kasturi serta letakkan perasa secukupnya.
  5. Sebelum tutup api, bawang goreng dan daun sup ditabur biar rata ke dalam kuah sup. Kacau seketika dan tutup api.
  6. Angkat dan hidangkan bersama cili jeruk atau sambal air lada.

resepi-mee-sup-2 Resepi Mee Sup Istimewa Original Thai. Kuahnya Best, Melekat di Hati

Semoga sedikit perkongsian ini memberikan manfaat kepada semua. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini kepada orang yang tersayang yer. Selamat mencuba.

Masakan lebih sedap jika dimasak dengan air tangan sendiri. Lebih berkat dan akan mengeratkan lagi silaturahim sesama keluarga.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.