Hari ni saya akan kongsikan resepi nasi hujan panas sedap dan simple. Yang pasti rasanya begitu berbeza daripada yang anda pernah makan. Memang ramai yang menggemari juadah ini kerana nasinya yang warna warni dan sangat menarik.
Dulu kita hanya makan juadah ini ketika kenduri kahwin, majlis keramaian dan majlis tertentu sahaja. Tapi seiring dengan peredaran masa kita boleh menikmatinya dengan memasak sendiri di rumah. Tak susah pun nak masak kalau ikut teknik dan cara yang betul.
Juadah ini tidak sempurna dan best tanpa acar timun tau. Memang sedap sangat acar timun bila dimakan bersama nasi ini. Memang nasi tu sampai dah berkali-kali tambah.
Yer la masakan yang sedap ni kita kena nikmatinya dengan sepenuh hati. Baru la hati jadi puas. Saya yakin yang juadah ni pun sangat sesuaiĀ dengan tekak anda semua.
Sebab nasinya itu sangat sedap dan menarik mata dan tekak yang memandangnya. Sesiapa yang tak berselera nak makan pun akan tetiba rasa selera makannya membuak-buak disebabkan warna nasinya. Haish hebat sungguh penangan resepi nasi hujan panas ni yer.
Sesiapa yang pernah makan sahaja yang tahu keenakan juadah ini. Pada yang belum pernah mencubanya lagi. Tak perlu sedih-sedih sebab anda boleh cuba masaknya di rumah.
Ehh macam mana nak masak? Haa jangan risau tentu la menggunakan resepi yang akan saya kongsikan sebentar lagi. So stay tuned and focus on what I am going to share okay.
Jangan mengelamun pula nanti ilmu tak masuk hehehe. Juadah ini biasa dihidangkan bersama kuzi ayam, dalca daging dan sebagainya. Tapi resepi pada kali ini kita akan masak nasi bersama ayam masak merah dan acar timun.
Mesti ada yang pelik kan acar timun tu apa? Haa sabar yer nanti kita tengok sama-sama. Kenapa acar timun sedap dan ayam masak merah enak dimakan bersama resepi nasi hujan panas.
Kalau tak sedap tak kan la ramai yang menggemari juadah ini kan. Saya yakin jika anda memiliki anak kecil pasti mereka menggemari juadah ini. Kan kanak-kanak sukakan sesuatu yang menarik.
Kalau juadah ini apa yang menariknya mesti la nasi yang dimasak dengan warna warni. Mesti memukau dan menggoda selera makan semua. Kalau masih tak percaya boleh cuba sendiri dan rasakan keenakannya yang tiada bandingan.
Tips dan Cara Memasak Nasi Hujan Panas
Senang dan simple sahaja nak masak resepi nasi hujan panas ni. Kita ada dua pilihan samaada nak guna beras basmathi atau beras biasa. Kalau guna beras basmathi tentulah nasi kita akan lagi cantik dan menarik sebab saiznya yang panjang.
Tapi semuanya terpulang kepada citarasa dan paling penting kemampuan masing-masing. Jangan paksa diri kita untuk sediakan sesuatu yang diluar kemampuan kita. Kelak,diri sendiri yang susah.
Lagipun beras biasa pun sedap juga jadi tiada masalah sebenarnya. Nasi menjadi lebih enak dimakan kerana kita tumis terlebih dahulu rempah ratus 4 sekawan bersama bawang. Fuhh memang baunya sangat wangi tau masa menumis.
Cara Nak Letak Warna Pada Nasi
Mesti ada yang tak tahu macam mana cara nak letak warna pada nasi. Caranya sangat mudah iaitu bila nasi dah kering. Buatkan sedikit lubang kemudian titik pewarna kegemaran satu persatu pada nasi.
Pastikan pewarna yang dititik kedudukannya tidak terlalu dekat yer. Nanti risau ia bercampur dan kelihatan comot dan tak cantik. Lepas dah titik pewarna pastikan tutup periuk nasi dan biarkan ia seketika tanpa perlu kacau.
Sebab bila kita titikkan pewarna ia sendiri akan menjadikan nasi berwarna warni tanpa perlu dikacau. Mudahnya kan. Alahai mesti ramai yang kata kalau tahu senang macam ni dah lama kita buat sendiri.
Tapi takpe, sekarang dah tahu jadi boleh la masak sendiri nanti. Terima kasih buat Raja Amanina yang sudi kongsikan resepi nasi hujan panas. Tanpa buang masa, meh kita usha sikit bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak juadah ini.
Resepi Nasi Hujan Panas
Bahan-bahan:
Nasi
- Beras-cuci dan toskan
- Air(ikut sukatan beras)
- 1 biji bawang besar dikisar
- 3 ulas bawang putih dikisar
- 1 inci halia dikisar
- 3 sudu makan butter@marjerin
- 1 cawan susu cair
- 4 sekawan(kayu manis, cengkih, lawang, pelaga)
- Daun pandan
- 1 batang serai diketuk
- Secubit garam
- Pewarna hijau kuning&merah
Cara penyediaan:
- Masukkan marjerin ke dalam periuk yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Kemudian, masukkan 4 sekawan, daun pandan dan serai. Tumis hingga semua bahan tadi naik bau.
- Tuangkan susu cair dan beras yang sudah dicuci bersih. Tuangkan air secukupnya dan perasakan dengan sedikit garam.
- Kacau biar sebati dan biarkan nasi masak hingga mendidih. Bila nasi sudah mulai kelihatan kering, letakkan pewarna kegemaran di setiap tempat yang berbeza.
- Kemudian, periuk nasi ditutup kembali untuk sambung memasak nasi. Bila nasi sudah masak, biarkan nasi selama 5 minit supaya pewarna tidak bercampur antara satu sama lain. Kemudian, baru la boleh digemburkan nasi tadi menggunakan garfu yang bersih.
Ayam Masak Merah
Bahan-bahan:
- 10-12 ketul ayam kunyit garamkan dan goreng separuh masak
- 2 biji bawang besar dikisar
- 5 ulas bawang merah dikisar
- 3 ulas bawang putih dikisar
- 1 inci halia
- 1 biji bawang besar dihiris
- 2 genggam cili kering rebus&kisar hingga halus
- 1 batang serai diketuk
- 2 helai daun limau purut carikkan
- Asam keping
- Gula garam secukup rasa
Cara penyediaan:
- Panaskan periuk kemudian masukkan bahan yang telah dikisar halus dan cili kering. Tumis semua bahan biar pecah minyak.
- Kemudian, letak serai dan daun limau purut. Tuangkan air secukupnya, asam keping dan tambahkan ayam. Kacau biar ayam sebati dengan semua bahan.
- Biarkan ayam dimasak hingga empuk dan sambal menjadi pecah minyak. Masukkan bawang hiris serta letakkan gula dan garam secukup rasa.
- Bila ayam sudah masak sempurna, tutup api, angkat dan siap untuk dihidangkan.
Acar Timun
Bahan-bahan:
- 2 biji timun batang
- sedikit kubis dihiris
- carrot hiris
- cili padi dihiris
- bawang besar 2 biji dihiris
- sedikit pewarna kuning(optional je)
- cuka 1 senduk kecil
- gula
- garam
- sedikit air
- Sediakan mangkuk sederhana. Kemudian, masukkan semua bahan di dalamnya serta gaul biar rata. Letakkan gula dan garam secukup rasa kemudian kacau lagi sekali biar sebati. Siap untuk dihidangkan.
Semoga sedikit perkongsian yang diberikan memberi manfaat buat semua. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini untuk yang tersayang tau. Selamat mencuba.
Semoga berjaya memasak juadah yang enak dan menyelerakan buat insan yang tersayang.