resepi pau 4

Kalau nak tahu, kali ni kita akan kongsikan resepi pau kukus yang inti macam-macam ada. Haa memang mudah jer cara nak buat rugi kalau tak cuba. Tekstur pula gebu, lembut dan sedap memang kegemaran semua orang.

Memang diyakini ramai yang akan menggemarinya. Yer la tak lain tak bukan kerana teksturnya yang lembut, gebu dan sedap bila dimakan. Tambahan pula, kaedah penyediaannya sangat simple dan mudah sahaja.

Kebiasaannya pau ni sinonim dengan kaum cina kan. Tapi berlainan pula kalau di Malaysia. Bukan sahaja kaun cina jer yang suka makannya malah kaum Melayu dan India pun suka tau.

Disebabkan itu perpaduan kaum di Malaysia sangat kuat biarpun kita berlainan agama, bangsa dan budaya. Pau ni intinya bukannya kelapa jer tapi kita boleh letakkan inti kacang merah, sardin dan sebagainya. Tapi untuk resepi kali ni kita bagi inti kelapa la yer sebab dah lama tak makan.

resepi-pau-1 Resepi Pau Kukus Inti Sebut Jer Nak Apa. Pasti Gebu, Lembut Dan Sedap

Resepi ini sedap sebab menggunakan yis dan tepung. Bila disatukan bahan-bahan ni dan diuli hingga menjadi doh serta diletakkan inti. Maka keenakannya itu memang membuka selera sesiapa jer yang mencubanya.

Kalau makan resepi pau kukus inti kelapa ni banyak kali pun tak jemu. Disebabkan teksturnya lembut dan gebu itu. Ni bukan setakat orang tua jer yang menggemarinya.

Tak mustahil kanak-kanak pun sukakannya. Dengan syarat, kita buat ia dengan menggunakan cara yang betul. Supaya hasilnya pun sedap dan gebu gebas.

resepi-pau-1 Resepi Pau Kukus Inti Sebut Jer Nak Apa. Pasti Gebu, Lembut Dan Sedap
siraplimau.com

Ramai yang berpendapat pau ni sedap sangat bila dimakan pada waktu sarapan dan minum petang. Perghh layan pula sambil hirup air minuman kegemaran kita. Aumm memang menyangkut dengan selera makan.

Resepi pau kukus inti kelapa ni bila dilihat daripada jauh pun rasa geram jer nak makan. Haishh mesti ramai yang setuju dengan kenyataan ni kan. Yer la siapa suruh gebu dan lembut kan.

Walaupun belum kita sentuh dan hanya lihat sahaja pun kita tahu ianya gebu dan lembut. Ni kalau dah makan tak tahu la. Mesti licin sepinggan dan lepas tu mesti dah tak nak makan nasi dah.

resepi-pau-1 Resepi Pau Kukus Inti Sebut Jer Nak Apa. Pasti Gebu, Lembut Dan Sedap
istockphoto.com

Sebabnya, biarpun orang tengok saiz pau ni macam tak percaya jer boleh mengenyangkan perut. Kita kena selalu ingat yang do not judge a book by it’s cover yer. Orang kata diam-diam ubi berisi ni.

Jadi jangan pandang ia sebelah mata jer tau. Sebab bila dah makan nanti kenyangnya tu tak mustahil tak nak dah makan nasi. Biarpun ramai yang mencipta inti yang pelbagai jenis untuk pau seperti pau cendawan dan sebagainya.

Tapi lidah dan selera saya tetap inginkan pau yang versi lama iaitu inti kelapa dan kacang merah. Uishh rasa pau yang versi lama ni lain macam tau. Bila kita makan lagi syok dan best daripada pau-pau yang lain.

resepi-pau-1 Resepi Pau Kukus Inti Sebut Jer Nak Apa. Pasti Gebu, Lembut Dan Sedap
myrujukan.com

Tak menyesal sebab dah cuba makannya sebab keenakannya itu memang tak terkata. Teknik memasaknya juga sangat menyihatkan dan mampu mengekalkan rasa asli pau. Haa tak lain dan tak bukan kaedah memasaknya ialah mengukus.

Seperti yang kita tahu biarpun mengukus mengambil masa yang sedikit lama untuk masak. Namun, makanan yang dikukus lebih mudah untuk dicerna berbanding yang lain. Memang berbaloi la kan orang kata biarpun tempoh nak masak lama.

Tapi hasilnya memang mampu membuatkan kita tersenyum puas. Lalu mulut akan mengungkapkan kata pujian sedap jer untuk pau ni.

Ramai yang memilih untuk belajar buatnya sendiri di rumah. Yer la jika dibandingkan kalau kita beli di kedai. Kuantiti intinya hanya sedikit sahaja.

Berbeza jika kita buat sendiri sebab kita boleh letakkan seberapa banyak inti yang kita suka. Wahh syok kan kalau boleh buat sendiri. Lagi pun air tangan kita sendiri mesti la sedap berbanding beli di kedai.

Tips Untuk Simpan Pau Secara Frozen

Lagi satu, pau ni memang tahan lebih seminggu kalau kita simpan dalam bekas kedap udara. Kemudian, kita masukkan dalam peti ais. Selepas dikeluarkan kita kukus semula untuk menjadikan ia sedap dan enak bila dinikmati nanti. Senang jer kan.

Cara Buat Kuih Pau Lembut dan Gebu

resepi-pau-1 Resepi Pau Kukus Inti Sebut Jer Nak Apa. Pasti Gebu, Lembut Dan Sedap

Resepi pau kukus inti kelapa pun macam masakan lain. Mempunyai cara buat kuih pau lembut dan gebu. Jadi tidak hairan la kalau ia merupakan antara makanan kegemaran orang ramai.

  • Periksa Keadaan Yis Sebelum Nak Menggunakannya 

Mula-mula periksa samaada yis hidup atau tak. Caranya mudah sahaja. Masukkan yis ke dalam air suam kemudian tunggu beberapa minit untuk yis bertindakbalas.

Bila yis mengeluarkan buih maka yis berkenaan hidup. Manakala jika tiada sebarang tindakbalas maka ia tidak hidup. Kemudian, kalau nakkan pau lembut dan gebu anda boleh cuba cara ni.

  • Pastikan Air Dalam Kukusan Mendidih

Semasa nak mulakan proses mengukus, pastikan air dalam kukusan betul-betul mendidih. Kemudian, baru la anda masukkan pau yang nak dikukus. Hasilnya, memang memuaskan kerana pau lebih lembut dan gebu gebas.

  • Rehatkan/Perapkan Doh Seketika

Sebelum itu, tips nak bagi doh mengembang. Anda perlu perapkan seketika doh yang anda uli. Tujuannya, supaya ianya mengembang satu kali ganda daripada bentuk asalnya.

  • Tumbuk Doh Bagi Mnegeluarkan Angin

Lepas perapkan untuk seketika, anda tumbuk doh tadi untuk mengeluarkan angin. Jangan tumbuk seolah-olah anda nampak mak cik-mak cik bawang yer. Hanya tumbukan manja jer tak perlu bertumbuk macam dalam WWE pula.

  • Uli Hingga Doh Tidak Melekat Pada Tangan

Uli doh biar tidak melekat pada tangan anda. Kalau dah tak melekat pada tangan maka hasil bila dikukus nanti. Pau akan jadi cantik dan licin jer.

Haa siapa yang dah rasa geram jer nak buat sendiri lepas diceritakan semua benda ni. Macam mana tak geram kalau makanan yang kita nak buat ni. Menjanjikan tekstur yang lembut dan gebu gebas.

resepi-pau-1 Resepi Pau Kukus Inti Sebut Jer Nak Apa. Pasti Gebu, Lembut Dan Sedap
pinterest.com

Makin geram dan tak sabar la kan nak cuba buat sendiri. Tapi bersabar la kejap sebab kita ada banyak lagi tips yang nak dikongsikan bersama anda. Jangan lupa untuk balut penutup kukusan menggunakan kain bila nak kukus pau.

  • Balut Penutup Kukusan Menggunakan Kain

Tujuannya bagi mengelakkan air kukusan menitik pada pau yang sedang dikukus. Lagi satu, untuk mengelakkan pau berkedut selepas dikukus. Anda boleh buka tudung periuk kukusan.

Selepas anda angkat sekali bahagian pau yang dikukus bersama dengan tudung periuk kukusan. Hasilnya, permukaan pau takkan nampak berkedut atau menggerutu. Mesti ada dah tak sabar nak tahu bahan-bahan yang digunakan untuk membuatnya kan.

resepi-pau-1 Resepi Pau Kukus Inti Sebut Jer Nak Apa. Pasti Gebu, Lembut Dan Sedap
pinterest.com

Tapi terlebih dahulu, terima kasih kepada Raja Amanina yang sudi kongsikan resepi pau kukus inti kelapa. Semoga anda dimurahkan rezeki dan kesihatan untuk terus berkongsi resepi dengan kami. Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk membuatnya.

 

Resepi Pau Kukus Inti Kelapa Lembut dan Gebu Gebas

Bahan-bahan:

-2cawan tepung gandum
-3sudu besar minyak masak
-2sudu besar mauripan@yis
-2sudu besar susu pekat
-1sudu besar gula
-1/2cawan air suam
-secubit garam
-pewarna(optional je)

Cara Penyediaan:

  1. Satukan air suam,yis dan gula kacau sebati dan biarkan 10 minit@ hingga berbuih.
  2. Di dalam mangkuk berasingan satukan tepung gandum, susu pekat, garam dan minyak gaul sebati. Masukkan bancuhan yis yang telah berbuih uli hingga jadi doh.
  3. Bentukkan@bulat-bulatkan doh(satu adunan dapat 10 biji pau saiz dlm gambar).Biarkan doh sedikit naik@kembang.
  4. Leperkan doh dan masukkan inti dan biarkan mengembang@naik sekali lagi(alaskan pau dengan plastik@daun pisang).
  5. Panaskan kukusan kemudian kukus pau menggunakan api sederhana besar selama 10 minit. Jangan terlebih kukus nanti pau berkedut. Balut tutup kukusan dengan kain.
  6. Setelah 10 minit angkat sekali dengan periuk kukusan baru buka penutup untuk elakkan pau berkedut.
*tips nak bagi pewarna senang rata masukkan pewarna ke dalam bancuhan yis
Bahan-bahan Untuk Inti Kari Ayam&Kentang
-isi ayam potong dadu
-kentang 4,5 biji potong dadu dan rebus hingga empuk
-1 inci halia
-setangkai daun kari
-1 biji bawang besar potong dadu
-2 ulas bawang putih hiris halus
-3 sudu besar serbuk kari
-gula garam

Cara Penyediaan:

  1. Tumis bawang besar,bawang putih,halia,daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air. Tumis lagi dan masukkan isi ayam.
  3. Masukkan kentang,perasakan gula garam dan masak hingga pekat. Sejukkan inti dan bulat-bulatkan.
resepi-pau-1 Resepi Pau Kukus Inti Sebut Jer Nak Apa. Pasti Gebu, Lembut Dan Sedap
Bahan-bahan Untuk Inti Kelapa Pandan:
-1 biji kelapa parut
-1/2 cawan air
-1/2 cawan gula
-secubit garam
-daun pandan
-sedikit pewarna hijau

Cara Penyediaan:

  1. Masak air,gula,garam,daun pandan,pewarna hingga mendidih.
  2. Masukkan kelapa gaul rata dan masak hingga agak kering lembap2. Sejukkan inti dan bulat-bulatkan.
resepi-pau-1 Resepi Pau Kukus Inti Sebut Jer Nak Apa. Pasti Gebu, Lembut Dan Sedap
*yang bentuk cendawan tu nina guna acuan lompang
-bulat-bulatkan doh yang dah di isi inti dan masukkan ke dalam acuan lompang
-sapukan bancuhan Coklat
*1 sudu serbuk koko
*1 sudu tepung beras
*2,3 sudu air
-campurkan semua hingga sebati dan sapukan dipermukaan pau dah mengembang boleh kukus.
resepi-pau-1 Resepi Pau Kukus Inti Sebut Jer Nak Apa. Pasti Gebu, Lembut Dan Sedap

 

Semoga perkongsian pada kali ni pun memberi manfaat untuk anda membuat juadah kegemaran anda ni. Jangan putus asa jika cuba sekali tapi tak menjadi. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini kepada semua kenalan anda.

Selamat mencuba.