resepi cek mek molek 1

Nakkan resepi cek mek molek yang mudah serta teksturnya lembut, rangup, gebu serta sedap. Kalau nak tahu resepi ini berasal daripada negeri Kelantan. Bahan utama untuk membuat kuih ini sudah tentu ubi keledek, tepung gandum dan gula.

Kalau sesiapa yang tak pandai nak makan kuih ni pasti akan cepat comot. Sebabnya bila kita gigit kuih ini gula yang cair di dalamnya akan memancut keluar. Jadi kalau nak makan kuih ni kena jadi sopan sikit.

Tak boleh main gigit jer. Kena hati-hati supaya air gula yang keluar tidak terkena baju atau tumpah di lantai. Tapi sebenarnya makan kuih ini sangat syok dan best.

resepi-cek-mek-molek-2 Resepi Cek Mek Molek Mudah, Gebu dan Sedap. Rugi Laa Kalau Tak Cuba
my.theasianparent.com

Mungkin disebabkan rupanya yang bujur, menarik dan cantik bila dipandang dengan mata. Haa tu hanya pandang jer kalau dah makan mesti ramai yang akan kata sedap. Pasti sesiapa yang menggemari kuih ni pasti akan mengakui bahawa kuih ini sungguh sedap.

Pada sesiapa yang belum mencubanya lagi, anda perlu cuba rasa resepi cek mek molek ni sendiri. Baru la anda tahu betapa sedap, gebu, lembut dan rangupnya kuih ni. Makan pula sambil hirup teh o panas kurang manis.

Perghh memang menyangkut giler dengan tekak ni. Kebiasaannya, kuih ini dihidangkan ketika sarapan dan minum petang. Best sangat kalau makan kuih ini sambil santai-santai bersama keluarga.

resepi-cek-mek-molek-2 Resepi Cek Mek Molek Mudah, Gebu dan Sedap. Rugi Laa Kalau Tak Cuba
wordpress.com

Kalau sesiapa yang nak cuba membuatnya sendiri pun tak rugi tau kalau nak belajar. Daripada kita membazir pergi beli kat kedai. Lebih baik kita uli jer sendiri.

Bila kita uli sendiri, kita boleh membuat kuih ini dalam kuantiti yang banyak. Bahan-bahan pun kita takkan berkira kalau perlu dimasukkan lebih sikit daripada kebiasaannya. Berbanding kita beli kat kedai yang kadang-kadang rasa kuihnya yang indah khabar daripada rupa.

Lagi berbaloi kalau kita beli jer bahan-bahan dan buat sendiri resepi cek mek molek ini. Jadi lepas ni tak perlu nak hadap rasa tak puas hati atau sedih dengan kuih yang dijual di kedai-kedai.

Cara Buat Cek Mek Molek Sedap

resepi-cek-mek-molek-2 Resepi Cek Mek Molek Mudah, Gebu dan Sedap. Rugi Laa Kalau Tak Cuba

  • Goreng Menggunakan Minyak  Yang Secukupnya

Nak memasak mana-mana juadah sekalipun memerlukan cara yang betul. Hari ni kita nak kongsikan cara buat resepi cek mek molek sedap. Pertama, goreng kuih ni didalam minyak yang banyak.

Jangan sesekali kedekut untuk menggunakan minyak dalam kuantiti yang banyak semasa menggoreng. Nak tahu minyak sikit ke banyak. Perhatikan jika kuih ni tenggelam sepenuhnya di dalam minyak.

Maknyanya minyak untuk kita menggoreng dah cukup dan kuih akan masak dengan sempurna. Bila dah masak sempurna maka gula didalamnya pun akan mencair sepenuhnya. Nanti takde la masa nak makan, gula masih lagi berketul dan tak cair.

Jangan risau yer. Tak susah pun nak menggoreng kuih ni. Asalkan kita ikut cara, teknik dan langkah yang betul.

  • Guna Tepung Dalam Kuantiti Yang Sepatutnya

Selain itu, anda kena menggunakan tepung dalam kuantiti yang sepatutnya. Kalau tidak, adunan kuih masa nak uli akan jadi keras. Nak senang pastikan kuantitinya sikit berbanding ubi keledek.

Yer la kita nakkan rasa keledek lebih daripada tepung. Bukannya keledek sikit tapi tepungnya banyak. Aumm sedapnya bila makan masa masih panas-panas.

  • Goreng Menggunakan Api Perlahan

Seterusnya, pastikan semasa sedang menggoreng. Anda gunakan api yang perlahan sahaja. Maka hasilnya, kuih akan masak dengan sempurna, rangup dan gulanya cair dalam mulut.

Bayangkan kalau anda menggunakan api yang besar. Sudah tentu kuih ini tidak akan masak dengan sempurna dan cepat hangit. Haa betul tak.

Disini nak ceritakan bahawa pentingnya teknik, cara dan tips memasak yang betul. Supaya kita dapat menghasilkan masakan yang sedap, rangup dan lembut jer bila dimakan. Kemungkinan besar juga, jika hasil masakan anda tidak seperti yang anda inginkan.

resepi-cek-mek-molek-2 Resepi Cek Mek Molek Mudah, Gebu dan Sedap. Rugi Laa Kalau Tak Cuba
jatimaktual.com

Ianya disebabkan kekurangan cara, langkah dan tips yang bagus untuk memasak sesuatu masakan itu. Pernah tak alami situasi, masa tengah mengadun adunan. Adunan masih lagi lembik padahal kita dah masukkan tepung mengikut sukatan yang dah ditetapkan.

Aishh mesti rasa risau, sedih dan kelam kabut kan. Haa jangan risau sebab anda hanya perlu untuk ratakan sedikit minyak pada tangan. Semasa anda nak membentuk kuih ni.

Hasilnya, tekstur kuih akan lebih lembut, rangup dan sedap bila siap digoreng. Diingatkan supaya jangan tambahkan tepung pula yer kalau adunan masih lembik. Padahal kita dah masukkan tepung mengikut sukatan yang ditetapkan.

resepi-cek-mek-molek-2 Resepi Cek Mek Molek Mudah, Gebu dan Sedap. Rugi Laa Kalau Tak Cuba
akurat.co

Sebab nanti, kuih tekstur kuih akan jadi lebih keras bila nak makan nanti. Yer la disebabkan kuantiti tepung dah terlebih daripada yang dah ditetapkan. Selepas kuih ini digoreng.

Pastikan anda sejukkan ia seketika sebelum makan. Jangan makan semasa kuih masih terlalu panas. Dikhuatiri lidah anda akan melecur disebabkan oleh gula yang cair yang ada dalam kuih tersebut.

Tapi kalau anda rasa lidah anda kebal dan boleh tahan panas. Boleh jer makan terus selepas digoreng. Haa masa tu anda akan tahu la langit tu tinggi ke rendah.

resepi-cek-mek-molek-2 Resepi Cek Mek Molek Mudah, Gebu dan Sedap. Rugi Laa Kalau Tak Cuba
besthqwallpapers.com

Sebab itu penting kita mengamalkan sikap sabar dalam kehidupan seharian. Kalau tak sabar mesti mulut kita akan melecur sebab tak sabar nak tunggu kuih sejuk. Tak pasal-pasal dari tiada kerja nak buat terus dapat sakit.

Orang yang bersabar ni tak rugi pun. Tak rugi kerana dia boleh jer makan kuih tu bila dah sejuk. Syok jer dapat makan kuih ni masa ia sedikit sejuk sebab boleh feeling gitu.

Fuhh memang berbaloi tunggu seketika sebab nak pastikan kuih ni sejuk. Best sangat dapat makan dan gula yang cair dalam kuih ni keluar boomm di dalam mulut. Seronoknya.

resepi-cek-mek-molek-2 Resepi Cek Mek Molek Mudah, Gebu dan Sedap. Rugi Laa Kalau Tak Cuba
health.grid.id

Mana lagi nak cari kuih yang bila digigit maka di dalamnya akan keluar gula yang cair. Perghh memang syok sangat ni makan sambil santai-santai. Rugi sangat kalau anda tak belajar buat sendiri kuih ni.

Kalau beli kat kedai dah berapa dah harganya kan. Lepas tu, bila makan pula rasa kuihnya tak berapa nak sedap. Sebabnya penggunaan tepung lagi banyak berbanding ubi keledek.

Masa tu memang akan terdetik ‘kenapa la aku tak belajar buat kuih ni sendiri’. Haa masa tu jangan nak menyesal pula yer. Dah jatuh baru nak terngadah.

resepi-cek-mek-molek-2 Resepi Cek Mek Molek Mudah, Gebu dan Sedap. Rugi Laa Kalau Tak Cuba
thumbs.dreamstime.com

Jawabnya, telan jer la walaupun tak sedap. Terima kasih kepada Raja Amanina yang sudi kongsikan resepi cek mek molek untuk dicuba bersama. Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kuih ni.

Haa mesti ramai yang dah tak sabar nak membuatnya kan. Let’s check it out.

 

Resepi Cek Mek Molek

Bahan-bahan:

-ubi keledek
-sedikit tepung gandum
-garam
-gula untuk inti

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan keledek kemudian toskan. Masukkan air, garam secukupnya dan keledek ke dalam periuk kemudian rebus hingga empuk.
  2. Bila dah empuk, angkat dan toskan seketika keledek daripada air rebusannya. Kemudian, kupas kulit keledek.
  3. Masukkan keledek yang sipa dikupas ke dalam bekas. Kemudian, tambahkan tepung sedikit demi sedikit ke dalamnya. Tepung ditambah jangan sampai keras/liat.
  4. Pastikan doh yang diuli tidak melekat pada tangan untuk jadikan ia elok. Ambil sedikit adunan tadi kemudian bentukkan ia menjadi bulat.
  5. Kemudian, leperkan sedikit lalu letakkan gula dan jadikan ia bentuk bujur. Ulang hingga adunan habis dibentuk.
  6. Panaskan minyak dalam kuali. Bila minyak dah betul-betul panas, goreng menggunakan api sederhana cek mek molek tadi hingga keperangan.
  7. Angkat dan toskan seketika. Siap untuk dihidangkan.

resepi-cek-mek-molek-2 Resepi Cek Mek Molek Mudah, Gebu dan Sedap. Rugi Laa Kalau Tak Cuba

Selamat mencuba. Semoga perkongsian pada kali ini juga bermanfaat buat semua. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini kepada semua kenalan anda.

Yer la kita memasak supaya semua orang sekeliling kita dapat rasa keenakan daripada masakan kita. Kalau kiita bagi orang sekeliling makan. Nanti mereka boleh beri komen tentang kelebihan dan kekurangan masakan kita.

Kemudian, kita boleh perbaikinya dan masakan kita akan lagi sedap hari ke hari.