resepi kangkung goreng belacan sedap 1

Siapa penggemar sayur-sayuran boleh la cuba resepi kangkung goreng belacan sedap. Memang sungguh sedap dan lagi berselera bila kita makan bersama nasi. Juadah ni ringkas sahaja tapi memang sedap.

Jadi ruginya kalau sesiapa yang belum mencubanya. Gerenti kalau sekali cuba makan pasti nak lagi. Cara penyediaannya juga sangat mudah dan simple sahaja.

Tak susah dan renyah pun. Lagipun sayur-sayuran memang baik untuk sistem pencernaan kita. Kulit kita pun lagi sihat bila amalkan makan sayur.

Memang banyak sangat khasiat dalam sayur-sayuran yang kita makan. Jadi rugi sangat kalau kita tak nak makan sayur.

Tips Memasak Kangkung Goreng Belacan Yang Sedap

Nak memasak resepi yang berasakan kangkung mudah jer. Kita kena sediakan semua bahan yang diperlukan sebelum memasak. Jangan bila tengah masak baru nak tumbuk bawang la apa la.

Nanti kangkung akan jadi lembik kerana terlebih masak. Sebaiknya, bila kita tengok kangkung dah layu. Kita pun cepat-cepat tutup api untuk elakkan daripada terlebih masak.

Mesti ada dalam kalangan kita yang tak tahu cara potong kangkung kan? Jangan risau kerana saya akan kongsikan cara potong kangkung yang betul. Lepas ni pasti kangkung kita masak tu nampak cantik jer bila dihidangkan.

Tiada la yang pendek atau terlebih panjang huhu. Kita semua faham. Malu juga kalau nak hidangkan pada tetamu kalau resepi kangkung belacan sedap tak menjadi.

Belajar Daripada Kesilapan

Risau kalau orang komen macam-macam kan. Tapi semua tak jadi masalah. Kita kan nak belajar?

Jadi kita kena sedia belajar daripada kesilapan. Kemudian, jangan ulangi kesilapan yang sama dah lepas ni. Jangan biarkan kesilapan dulu berulang tau.

resepi-kangkung-goreng-belacan-sedap-2 Resepi Kangkung Goreng Belacan Sedap. Berselera Bila Makan Dengan Nasi.

Kalau dulu masak rasa juadah kita terlebih masin. Maka lain kali bila nak masak, kita kurangkan la garam dalam masakan. Jangan la pula lepas buat silap dan orang komen.

Kita terus putus asa dan tak nak memasak dah lepas tu. Haa tu contoh yang salah tau. Kita kena jadikan komen daripada orang sekeliling sebagai suatu benda positif.

Nanti kita boleh jadikan komen tu untuk baiki masakan kita. So, be positife and do not give up. Keep learning and moving forward.

Cara Potong Kangkung

Mudah jer cara potong kangkung. Sesetengah orang potong ikut citarasa mereka sahaja. Asalkan nampak cantik di mata cukup la.

Ada sesetengah orang suka potong daun dan batang muda kangkung. Kiranya, kita ambil bahagian daun dan batang muda sahaja. Kalau batang kangkung dah tua buang jer.

Jangan ambil pula nanti keras pula bila nak makan. Bila dah selesai potong baru cuci hingga bersih. Mudah kan?

resepi-kangkung-goreng-belacan-sedap-2 Resepi Kangkung Goreng Belacan Sedap. Berselera Bila Makan Dengan Nasi.
kredit gambar: manado.tribunnews.com

Mana ada susah. Selain itu, ada juga sesetengah daripada kita yang kurang tahu cara yang betul. Bagi mencuci kangkung hingga bersih untuk membuang pasir atau serangga.

Jadi saya akan kongsikan cara mencuci kangkung yang betul. Semoga ianya dapat memberikan manfaat buat kita semua.

Cara Mencuci Kangkung Yang Betul

  • Bersihkan Kangkung Sebelum Potong

Biasa sesetengah daripada kita suka potong dulu kangkung. Baru la dibasuh pada air yang mengalir. Tapi kalau kita nak bersih sebenarnya.

Kita basuh dulu pokok kangkung satu persatu sebelum kita potong. Jadi mudah kita nak periksa bahagian daun dan batangnya jika terdapat ulat atau kekotoran. Bila dah bersihkan satu persatu baru la kita potong.

Bila dah selesai potong kita cuci lagi sekali supaya yakin ia bersih. Memang nampak renyah sikit. Tapi demi kesihatan dan keselamatan orang yang tersayang.

Kita rasa semua tu tak menjadi masalah pun. Betul tak?

  • Rendam Di Dalam Larutan Garam

Bila dah selesai potong pokok kangkung mengikut citarasa masing-masing. Kita rendamkan ia seketika di dalam larutan garam. Air garam tadi akan membantu untuk mematikan ulat, serangga dan kotoran yang melekat pada kangkung.

Rendam jer selama 5 minit hingga 8 minit di dalam larutan garam. Memang larutan garam bagus untuk kita gunakan bagi merendam sayur-sayuran. Sebelum kita memasak.

  • Rendam Di Dalam Cuka

Kalau tak nak guna garam. Kita boleh gantikan dengan cuka. Caranya sama jer dengan larutan garam tadi.

Sendukkan 3 sudu cuka ke dalam air. Kacau bagi rata kemudian rendam sayur seketika. Larutan cuka membantu membunuh serangga atau ulat yang melekat pada sayur.

resepi-kangkung-goreng-belacan-sedap-2 Resepi Kangkung Goreng Belacan Sedap. Berselera Bila Makan Dengan Nasi.
kredit gambar: food.detik.com

Yer la biasa kita dengar orang jatuh sakit kerana makan sayur yang tak di cuci bersih. Siap ada ulat lagi kat dalam perut tu disebabkan makan sayur yang tak dicuci bersih. Mesti kita tak nak orang yang kita sayang jatuh sakit kan?

Jadi ikhtiar la guna cara ni. Kalau kita tak usaha mana nak tahu hasilnya. Betul tak?

  • Cuci Di Bawah Air Yang Mengalir

resepi-kangkung-goreng-belacan-sedap-2 Resepi Kangkung Goreng Belacan Sedap. Berselera Bila Makan Dengan Nasi.
kredit gambar: detik.net.id

Bila dah lepas rendam tu bilas atau cuci sayur menggunakan air bersih yang mengalir. Sambil cuci tu, gosok la sikit pada bahagian daun dan batang. Bagi memastikan tiada kekotoran atau serangga yang melekat pada sayur.

Kemudian, bila dah selesai cuci sayur kita toskan seketika sebelum kita memasak. Wah mudah jer kan? Ala tak susah pun.

Terima kasih kepada Puan Bahiah Saripuddin keran sudi berkongsi resepi kangkung goreng belacan sedap. Tanpa membuang masa lagi. Jom kita sama-sama usha sikit bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak?

 

Resepi Kangkung Goreng Belacan Sedap

Bahan-bahan:

1 ikat kangkung
2 inci belacan
2 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3 biji cili padi

Cara Penyediaan:

  1. Tumbuk kasar bahan seperti bawang merah, bawang putih, cili padi dan belacan.
  2. Panaskan sedikit minyak. Kemudian, tumis bahan yang ditumbuk tadi hingga kekuningan.
  3. Kemudian, masukkan kangkung yang dicuci bersih. Gaul sebati semua bahan.
  4. Kalau nak berkuah, masukkan sedikit air. Tidak perlu perasakan dengan gula garam dah ada belacan. Bila kangkung dah layu tutup api.
  5. Siap untuk dihidangkan untuk seisi keluarga.

resepi-kangkung-goreng-belacan-sedap-2 Resepi Kangkung Goreng Belacan Sedap. Berselera Bila Makan Dengan Nasi.

Semoga perkongsian mengenai resepi pada kali ni dapat memberikan manfaat buat kita semua. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini dengan orang yang tersayang. Selamat mencubanya di rumah.

Bila nak memasak atau baru belajar memasak. Kita kena percaya yang kita boleh buat. Jangan mudah putus asa. Sentiasa positifkan diri kita.

Do not worry. You can do it guys. Trust yourselves okay?

Ingin dapatkan lembaran kerja dan latihan yang menarik dan berkualiti?
Jom sertai kami di Telegram.
Semestinya diberikan kepada anda secara percuma je!!

 

? Jom join link Telegram dibawah ini..

http://t.me/kitpramenulisworksheet
http://t.me/kitpramenulisworksheet

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.