resepi nasi ayam hainan 13

Nak resepi nasi ayam hainan yang mudah dan ringkas? Kalau anda tanya samaada sedap atau tak. Tentu sekali jawapannya sedap sungguh hingga menjilat jari.

Ramai jer yang cakap tak puas makan lepas cuba sekali. Masakan ni membuatkan kita nak makan berkali-kali. Tapi, walaupun dah makan berkali-kali tapi masih tak jemu-jemu tau.

Sebabnya, nasi ayam hainan ni sedap dan membuka selera sesiapa sahaja yang memandangnya. Sungguh hebat penangan masakan ni kan? Boleh membuatkan seseorang tu makan tak kenyang, tidur tak lena dan mandi tak basah.

resepi-nasi-ayam-hainan-14 Resepi Nasi Ayam Hainan Sedap Sangat Memang Kena Dengan Selera

Kelazatan Nasi Ayam Hainan

Disebabkan tak dapat nak rasa masakan ni. Jadi, hati-hati yer. Kalau rasa dah mengidam nak makan resepi nasi ayam hainan tu baik cepat-cepat penuhinya. Kang sampai terbawa-bawa dalam mimpi.

Haa susah nanti nak handle haha. Kenapa saya cakap nasi ayam hainan ni boleh membuka selera makan kita? Wah macam mana tak berselera kalau aroma kuah supnya menusuk-nusuk rongga hidung ni?

Tak mampu nak tepis lagi kalau sampai tahap menusuk lubang hidung ni. Haha mampu merelakan sahaja mulut ni menghirup sup yang masih panas tu. Perghh rasa supnya lebih kaw dan padu.

resepi-nasi-ayam-hainan-14 Resepi Nasi Ayam Hainan Sedap Sangat Memang Kena Dengan Selera

Tak menyesal langsung mengidam resepi nasi ayam hainan. Memang keenakannya tu berbaloi dengan tahap mengidam saya. Terbaik la.

Mula-mula dulu pun saya macam ragu-ragu samaada masakan ni sedap ke tak. Tapi setelah mencubanya untuk kali pertama. Saya jadi nak makan lagi dan lagi.

Bunyinya macam ketagih kan? Siapa tak ketagih dengan nasi ayam hainan ni kalau dihidangkan dengan sup yang sedap. Dimakan pula dengan sambal kicap dan sambal cili.

resepi-nasi-ayam-hainan-14 Resepi Nasi Ayam Hainan Sedap Sangat Memang Kena Dengan Selera

Perghh nikmat apa lagi yang nak kita dustakan? Memang kalau masih tak bersyukur tak tahu la nak kata apa. Sebab masakan ni begitu sedap.

Masakan ni juga sesuai dihidangkan ketika makan tengahari, makan malam, jamuan makan dan sebagainya. Kebetulan sanak saudara saya nak bertandang ke rumah hari ni. Jadi amat sesuai la kalau dihidangkan dengan masakan ni.

Betul tak? Mesti mereka akan menggemari keenakan masakan ni. Bestnya dapat hidangkan tetamu makanan daripada hasil tangan sendiri.

resepi-nasi-ayam-hainan-14 Resepi Nasi Ayam Hainan Sedap Sangat Memang Kena Dengan Selera
graphicriver.net

Nak tanya, anda semua tak tertanya-tanya ke kenapa masakan kita diberi nama resepi nasi ayam hainan? Yer la kenapa ‘hainan’ tu dipilih menjadi nama kepada masakan ni? Tak curious ke?

Haa kalau nak tahu, nama masakan diberi kerana ayamnya direbus dan berwarna putih. Kalau di Malaysia biasanya kita lebih suka goreng ayam tu hingga keperangan kan? Sebab kena dengan selera tekak kita.

Asal Usul Nasi Ayam Hainan

Kalau nak tahu, di Tenggara China terdapat pulau kecil yang bernama Hainan. Di sana terdapat satu bandar dikenali sebagai Wenchang. Dan dipercayai bahawa asal usul nasi ayam berasal dari kepulauan di situ.

Di sana nasi ayam yang popular ialah nasi ayam Wenchang. Macam mana dapat nama tu? Ianya sempena ayam Wenchang.

Ayam ni popular disebabkan ianya dipelihara sejak Dinasti Ming dan isi dagingnya juga enak. Penduduk di Wenchang juga pernah mempersembahkan kepada Maharaja Ming ayam ini. Disebabkan rasanya yang enak, Maharaja terus menamakan ia sebagai ayam Wenchang.

resepi-nasi-ayam-hainan-14 Resepi Nasi Ayam Hainan Sedap Sangat Memang Kena Dengan Selera
researchgate.net

Kebiasaannya, penduduk Wenchang akan hidangkan masakan ini kepada para tetamu ketika ada sebarang majlis. Ianya bagi menzahirkan tanda penghormatan penduduk kepada tetamu mereka.

Akhirnya, ia mula dibawa masuk ke negara Singapura oleh kaum cina pada awal abad ke-20. Sebelum masakan ini tersebar ke Ipoh, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Melaka.

Dan akhirnya tersebar ke semua negeri lain sampai ke hari ini. Wah hebat sungguh masakan ni dan jauh sebenarnya asal usulnya masakan ni. Begitu la serba sedikit sejarah masakan ini.

resepi-nasi-ayam-hainan-14 Resepi Nasi Ayam Hainan Sedap Sangat Memang Kena Dengan Selera
sketsaonline.com

Baru la semangat kan nak masak dan makan selepas dah tahu asal usulnya? Nak mula memasak ni mesti ada tips kan? Kalau tak masakan kita akan kurang enak dan umphh.

Tips Kulit Ayam Cantik Biarpun Selepas Direbus

  • Celup Ayam Ke Dalam Bekas Berisi Ais

Nak tak tips untuk memastikan kulit ayam cantik biarpun direbus dengan air panas? Caranya mudah sahaja. Selepas rebus dengan air panas, celup ayam ke dalam bekas berisi ais.

Hasilnya, kulit ayam kita akan menjadi lebih berkilat dan segar.

Cara Memasak Ayam 

Terdapat dua cara nak memasak ayam iaitu rebus ayam bersaiz sederhana dan dijadikan hidangan. Cara kedua ialah rebus ayam bersaiz besar dan dijadikan stok. Wahh mudah bukan?

Mesti tertanya-tanyakan stok ni untuk apa? Stok ini kegunaannya untuk memasak nasi ayam dan dibuat sup. Haa mudah kan?

Itu la antara serba sedikit tips yang dapat saya kongsikan dengan semua. Terima kasih kepada Puan Bahiah Saripuddin. Atas sumbangan resepi nasi ayam hainan untuk kita cuba bersama.

Tanpa buang masa lagi, jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak?

Resepi Nasi Ayam Hainan

Bahan-bahan Untuk Ayam Hainan:

  • 4-5 ketul ayam (kalau nak guna sebelah pun boleh)
  • Seinci halia (diketuk je)
  • Sepohon daun bawang (simpul)
  • Sedikit garam
  • 1.5 liter air

Cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali ayam. Masukkan air secukupnya dan biarkan semua bahan mendidih. Kemudian, masukkan ayam yang dicuci bersih dan biarkan semua bahan mereneh seketika.
  2. Bila ayam sudah empuk, tutup api. Angkat dan ketepikan seketika.

resepi-nasi-ayam-hainan-14 Resepi Nasi Ayam Hainan Sedap Sangat Memang Kena Dengan Selera

Bahan-bahan yang diperlukan.

resepi-nasi-ayam-hainan-14 Resepi Nasi Ayam Hainan Sedap Sangat Memang Kena Dengan Selera

Masukkan semua bahan kecuali ayam ke dalam periuk.

resepi-nasi-ayam-hainan-14 Resepi Nasi Ayam Hainan Sedap Sangat Memang Kena Dengan Selera

Kemudian, masukkan ayam dan biarkan ia mereneh seketika.

resepi-nasi-ayam-hainan-14 Resepi Nasi Ayam Hainan Sedap Sangat Memang Kena Dengan Selera

Ayam yang dah empuk.

Bahan- bahan Untuk Nasi Ayam:

  • 2 cup beras putih (dibasuh)
  • 1 inci halia (diketuk)
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 helai daun pandan (disipul)
  • Sedikit minyak/mentega
  • Air rebusan ayam secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak/mentega dalam kuali. Tumis halia, bawang putih dan daun pandan. Kemudian, tutup api.
  2. Angkat dan tuangkan bahan yang ditumis ke dalam periuk yang mengandungi nasi. Tuangkan stok rebusan ayam dan kacau biar sebati. Kemudian, tanak nasi di dalam rice cooker seperti biasa.

resepi-nasi-ayam-hainan-14 Resepi Nasi Ayam Hainan Sedap Sangat Memang Kena Dengan Selera

Bahan-bahan yang diperlukan.

resepi-nasi-ayam-hainan-14 Resepi Nasi Ayam Hainan Sedap Sangat Memang Kena Dengan Selera

Masukkan bahan yang ditumis bersama beras putih ke dalam rice cooker.

resepi-nasi-ayam-hainan-14 Resepi Nasi Ayam Hainan Sedap Sangat Memang Kena Dengan Selera

Tuangkan stok rebusan ayam. Kacau biar sebati. Kemudian, masak nasi seperti biasa.

 

Bahan-Bahan Untuk Sambal Cili:

  • 10 biji cili padi merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 biji limau nipis
  • 2-3 sudu makan cuka
  • 2 sudu besar gula putih
  • Secubit garam
  • 1/2 cawan air rebusan ayam

Cara Penyediaan:

  1. Campurkan cili merah, bawang putih, serai, halia, gula putih, garam dan air rebusan ayam. Kisar semua bahan hingga lumat dan sebati. Tuangkan bahan kisar ke dalam mangkuk dan masukkan perahan limau nipis dan cuka. Gaul biar semua bahan sebati.

resepi-nasi-ayam-hainan-14 Resepi Nasi Ayam Hainan Sedap Sangat Memang Kena Dengan Selera

Bahan yang diperlukan.

resepi-nasi-ayam-hainan-14 Resepi Nasi Ayam Hainan Sedap Sangat Memang Kena Dengan Selera

Kisar semua bahan di atas.

resepi-nasi-ayam-hainan-14 Resepi Nasi Ayam Hainan Sedap Sangat Memang Kena Dengan Selera

Masukkan perahan limau nipis.

resepi-nasi-ayam-hainan-14 Resepi Nasi Ayam Hainan Sedap Sangat Memang Kena Dengan Selera

Tuangkan cuka kemudian kacau sambal cili biar sebati.

 

Bahan-bahan Untuk Sambal Kicap:

  • 2 ulas bawang putih di cincang
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/3 cawan air rebusan ayam
  • Bancuhkan 1/2 sudu tepung jagung dengan sedikit air
  • Sedikit minyak untuk tumis

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak. Kemudian masukkan bawang putih. Tumis hingga kekuningan. Kemudian, tambah sos tiram, kicap dan air rebusan ayam. Jika perlu tambahkan bahan perasa secukupnya.
  2. Tambahkan tepung jagung yang dibancuh dengan air. Kacau hingga sebati dan boleh la tutupkan api.

resepi-nasi-ayam-hainan-14 Resepi Nasi Ayam Hainan Sedap Sangat Memang Kena Dengan Selera

Bahan-bahan yang diperlukan.

 

Sup Kosong:

Air rebusan ayam boleh dijadikan kuah. Boleh dihidangkan dengan bawang goreng dan hirisan daun bawang. Selamat menjamu selera.

resepi-nasi-ayam-hainan-14 Resepi Nasi Ayam Hainan Sedap Sangat Memang Kena Dengan Selera

Semoga sedikit perkongsian yang disampaikan memberi manfaat kepada semua. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini kepada yang tersayang. May Allah SWT bless us with what we do.

Selamat mencuba dan menjamu selera semua.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.