Resepi Nasi Goreng Kampung

Masak apa jer hari ni? Meh saya perkenalkan resepi nasi goreng kampung.

Sebut je nasi goreng mesti orang akan cakap “alaa senang jer tu”. Iya memang sangat  senang, mudah dan cepat penyediaannya. Jadi rugi kalau anda semua tak tahu cara nak memasaknya.

Kita semua tahu pada era zaman moden ni, semua benda nak cepat hatta memasak pun nak yang cepat, mudah tapi sedap. Jadi, masakan ni laa antara masakan yang menepati semua ciri di atas.

Resepi-Nasi-Goreng-Kampung-2 Resepi Nasi Goreng Kampung Paling Umphh Sedap Dimakan Dengan Sambal Belacan

Resepi nasi goreng kampung ni bukan sahaja orang perempuan boleh masak. Orang lelaki pun boleh masak tau sebab cara memasaknya mudah dan simple. Bahan-bahan yang diperlukan pun memang barangan asas yang sememangnya ada dalam peti ais.

Jadi rasanya tak menjadi masalah kepada sesiapa untuk memasaknya. Sebabnya, bahan yang digunakan untuk memasak memang senang dijumpai. Tinggal rajin atau malas sahaja. Hehehe…

Takpe laa mula-mula kalau nak pro memasak ni memang perlu paksa diri masuk dapur. Nanti lama-lama orang cakap “alah bisa tegal biasa” gtuu… Dah hari-hari kat dapur nanti tak kekok la nak pegang sudip dengan periuk.

Memang takde siap dalam dunia ni lahir-lahir dah pandai masak. Hatta chef terkenal seperti Chef Kamarul, Chef Anis Nabilah dan Chef Zam pun belajar dari bawah dulu tau. Bukannya lahir-lahir terus hebat memasak.

Basically, if we only dreams to be someone that successful but we do not work hard to achieve it. So it just become a dreams not reality. Mungkin jika bukan sehebat chef di atas tapi kita boleh menjadi hebat dalam memasak untuk keluarga dan orang tersayang.

Jadi kalau hari ni masakan yang kita masak tak sedap, esok cuba lagi dan lagi untuk perbaikinya. Jangan terus putus asa tau. Fighting!!!

Berbalik kepada resepi nasi goreng kampung, ianya sedap di makan ketika sarapan pagi bersama teh o panas atau kopi o panas. Fuhhh memang padu la kalau dimakan bersama minuman di atas.

Sedar tak sedar, dah berpinggan-pinggan saya tambah nasi. Sedap sangat sampai tak ingat orang belakang nak makan. Betul tak?

Kalau di kampung, masakan ni adalah makanan yang mak saya akan masak pada waktu pagi ketika sarapan. Memang tak dinafikan sedap sangat. Lagi-lagi air tangan ibu kan?? Mananya tak sedap semuanya sedap.

Kalau kat kampung memang resepi nasi goreng kampung ni biasanya dimakan ketika sarapan pagi. Maklum la majoriti orang kampung kerja kat bendang atau kebun. Jadi mereka perlukan banyak tenaga untuk melakukan kerja-kerja berat.

Jadi tidak hairan la kalau masakan ni mereka makan ketika waktu sarapan pagi. Haa kalau yang tak biasa dengan kampung tu memang begitu la lebih kurang situasinya.

Memang best tau tinggal di kampung. Udaranya yang nyaman, santai dan tenang daripada kesesakan lalu lintas berbanding di ibu kota. Bestnyer.

Ehh.. rasa tak sabar la pulak nak balik kampung. Hehehe.. Kalau ikut resepi mak saya memasak resepi nasi goreng kampung. Dia suka letak ikan goreng yang dihancurkan ke dalam nasi goreng.

Masakan ini juga sedap dimakan ketika panas bersama dengan keropok ikan. Wahh sedapnya… Memang kalau tak cuba pasti tak tahu.

Jadi kena la cuba dulu rasa. Pasti anda semua akan mengakui keenakannya. Meh kita tengok apa bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak?

 

Resepi Nasi Goreng Kampung 

Bahan-bahan:

Nasi putih-  untuk 2 orang makan

Perencah nasi goreng kampung adabi

3 ulas bawang merah- dihiris halus atau ditumbuk

2 ulas bawang putih-dihiris atau ditumbuk

4 biji cili padi- tambahkan jika nak lagi pedas

1 biji cili merah- dihiris

1 batang sayur sawi

1 biji telur

isi ayam goreng- dicarik halus isinya terlebih dahulu

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan. Kemudian pecahkan telur dan kacau biar hancur.
  2. Masukkan isi ayam yang dicarik halus dan cili merah. Kemudian, masukkan nasi dan kacau biar sebati semua bahan.
  3. Kemudian, masukkan perencah nasi goreng kampung Adabi. Kacau biar rata. Masukkan sayur sawi dan kacau lagi nasi hingga rata.
  4. Angkat dan hidangkan bersama yang tersayang.

Resepi-Nasi-Goreng-Kampung-2 Resepi Nasi Goreng Kampung Paling Umphh Sedap Dimakan Dengan Sambal Belacan Resepi-Nasi-Goreng-Kampung-2 Resepi Nasi Goreng Kampung Paling Umphh Sedap Dimakan Dengan Sambal Belacan

Selamat mencuba semua. Semoga sedikit perkongsian yang saya berikan ni memberi manfaat untuk semua orang. Dan jangan lupa untuk kongsikan masakan ni kepada semua yang tersayang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.