Mesti ramai juga yang tertanya resepi roti canai ni mula-mula datang dari mana. Hingga akhirnya menjadi sarapan rutin untuk rakyat Malaysia. “Mamak, roti canai satu kasi banjir”.
Itu merupakan ayat yang selalu kita dengar bila berkunjung ke kedai makan. Tapi adakah anda tahu menu ini berasal dari Chennai, India. Ia mula-mula dibawa masuk ke Tanah Melayu ketika zaman penjajahan British.
Dan kekal menjadi makan kegemaran rakyat Malaysia. Roti canai atau roti leper ni sedap jika dimakan dengan segelas teh tarik panas. Memang kaw, umphh dan padu gitu gabungan rasanya.
Mmmm sedapnya. Dah terbayang-bayang di minda di depan saya ada roti canai. Lalu saya koyakkan menjadi cebisan kecil untuk mudahkan saya suapkan ke dalam mulut.
Selepas itu, saya cicah dengan kuah dan saya masukkan ke dalam mulut. Perghh sampai pejam mata ni nak feeling resepi roti canai yang sangat sedap. Wahh sampai tak perasan anda dah telan air liur kan sambil membayangkan keenakannya bersama saya tadi.
Eleh malu la tu nak mengaku dah tergoda dengan juadah ni. Biarpun hanya membayangkan sahaja dah tergoda kan. Kalau ada di depan mata mesti tak menyempat nak toleh kiri kanan kan hehe.
Saya berazam nak tebar roti biar kalah kedai mamak tu. Nanti takde la saya kena selalu ke kedai mamak untuk menikmati roti kegemaran saya. Tebar sendiri ni lagi syok dan puas hati.
Daripada kita jadi ragu-ragu akan kebersihan diri dan kedainya. Baik kita buat jer sendiri. Tak payah pening-pening nak fikir bersih ke tak sedap ke tak.
Yer la saya pernah makan resepi roti canai yang liat kat satu kedai ni. Lepas itu, dah berazam untuk belajar tebar sendiri dah. Tak nak gaduh-gaduh dan marah-marah kat penjual tu nanti diri sendiri yang rugi.
Kenapa rugi? Yer la kalau marah-marah mesti kita akan keluarkan perkataan yang tak elok kan? Nanti buat kurang pahala jer.
Baik diam dan belajar jer buat sendiri. Keras, liat, lembut atau sedap ke roti tu nanti kita juga yang makan. Betul tak hehe.
Tips Tebar Doh Roti Canai Mudah Dan Cepat Khusus Buat Yang Baru Belajar
Mesti ada dalam kalangan kita yang tak pandai atau baru belajar menebar resepi roti canai. Mesti frust dan sakit hati kan setiap kali tebar mesti roti akan terkoyak dan tak cantik. Nak tahu tak sedikit sebanyak tips untuk memudahkan kita untuk tebar roti?
Kini anda tak perlu risau lagi. Guna sahaja bahagian belakang talam. Mula-mula, ambil doh dan leperkan di bahagian belakang talam dengan menekannya biar rata. Kemudian tarik-tarik setiap bucu roti ke hujung talam.
Pastikan tarik doh roti hingga menipis yer. Macam kat kedai buat. Kemudian, lipat ia kepada bentuk segi empat.
Lepas tu, boleh la kita angkat dan goreng ia seperti biasa. Semudah ABC kan cara ni. Perghh mudah giler, cepat dan yang pasti sedap hingga menjilat jari.
Tips ni ibu saudara saya yang ajarkan. Cara ni dia gunakan semasa mula-mula belajar menebar dahulu. Kini dah expert bab tebar menebar roti jadi tak perlu gunakan talam.
Ibu saudara saya cakap jika ada roti yang lebih boleh jer kita simpan dalam frozen. Nanti bila nak makan boleh goreng jer. Mudah, senang dan jimat masa kan.
Terima kasih buat Princess Larra Lanna yang kongsikan resepi roti canai untuk kita cuba bersama. Tanpa buang masa lagi, kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak.
Resepi Roti Canai
Bahan-bahan:
- Tepung 4 cawan
- Gula pasir 1 sudu besar
- Garam 1/2 sudu kecil
- Telur 1 biji
- Margerin 2 sudu besar
- Air suam satu cawan( sbb uli pakai tgn)
# kalau guna mesin guna air sejuk
#resepi ini boleh dapatkan 12 biji doh
Cara penyediaan:
- Tepung, gula, garam, margerin dimasukkan ke dalam bekas yang sedikit besar. Kacau hingga rata semua bahan-bahan.
- Masukkan telur yang dipecahkan terlebih dahulu serta air secukupnya. Kemudian, boleh uli menggunakan tangan hingga sebati lebih kurang setengah jam.
- Bila doh sudah sebati boleh asingkan doh kepada beberapa bahagian untuk membentuknya menjadi bulat.
- Bila dah siap bentukkan doh menjadi bentuk bulat. Susun ia ke dalam bekas. Kemudian tuangkan minyak dan biarkan doh tenggelam dalam minyak.
- Sekurang-kurangnya 2 jam kita kena perapkan doh tadi (jika roti untuk dimakan waktu pagi, malam dah boleh buat dohnya).
- Sekarang tiba masa untuk proses menebar roti canai. Jika anda tidak mahir menebar boleh gunakan bahagian belakang dulang/talam.
- Letakkan doh di atas permukaan belakang dulang/talam kemudian tekan ia biar leper. Kemudian, dengan perlahan-lahan tarik doh biar memenuhi permukaan dulang/talam.
- Kemudian, lipat doh menjadi bentuk segi empat macam biasa dijual di kedai.
- Panaskan kuali. Ratakan minyak secukupnya pada kuali dengan merenjisnya. Letakkan roti yang siap ditebar dan masak hingga roti garing dan betul-betul masak. Ulang langkah di atas hingga doh habis.
- Tutup api dan angkat roti. Sebelum dihidangkan di atas pinggan kepuk-kepukkan sikit roti dengan tangan. Supaya roti lebih gebu dan lembut bila dimakan.
- Boleh dihidangkan dengan apa-apa kuah yang kita suka.
Semoga sedikit perkongsian ini memberikan manfaat kepada kita semua. Dan jangan kupa untuk kongsikan resepi ini untuk yang tersayang juga yer. If we share we can get new knowledge too
Selamat mencuba. Semoga berjaya memasak juadah yang sihat dan sedap untuk yang tersayang.
? Jom join link Telegram dibawah ini..
? Jangan lupa like dan share page Kitpramenulis di FB yea.
? Jangan lupa dapatkan lembaran kerja di website kami kitpramenulis.com
? Cikgu-cikgu ada permintaan lembaran kerja dan cadangan? Wasap kami dibawah.
+6011-13141039